Andy Robertson Mengadu Alami Kecederaan Hamstring Ketika Bantu Scotland

Andy Robertson Scotland Hamstring

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pastinya tidak senang duduk apabila dimaklumkan mengenai Andy Robertson yang mengadu mengalami kecederaan hamstring ketika membantu Scotland layak ke kejohanan EURO selepas menewaskan Serbia.

Selepas perlawanan, pemain pertahanan kiri itu mengatakan beliau tidak dapat mengambil sepakan penalti kerana terpaksa menahan sakit dengan kecederaan tersebut selepas perlawanan diheret sehingga 120 minit.

Robertson mengetuai Scotland untuk layak ke kejohanan utama mereka buat kali pertama selepas 22 tahun dan pasukannya kini perlu bersedia untuk aksi Liga Negara-Negara Eropah (UNL) berdepan Slovakia dan Israel pula dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Semasa separuh masa kedua masa tambahan, kaki kiri saya ada rasa sedikit kejang, saya risau jika ianya adalah kecederaan hamstring,” ujar Robertson selepas perlawanan.

Liverpool telah pun kehilangan dua pemain pertahanan tengah iaitu Virgil van Dijk sebelum ini yang telah menjalani pembedahan ligamen anterior cruciate (ACL) dan kemdian Joe Gomez pula masih menunggu keputusan imbasan terhadap kecederaan lututnya.

Sementara bek kanan Trent Alexander-Arnold juga sedang menjalani proses pemilihan kerana kecederaan hamstring sewaktu perlawanan menentang Manchester City tempoh hari.

Klopp sebelum ini sudah pun merancang untuk menukar peranan Robertson ke bahagian pertahanan tengah bagi menampung ketiadaan pemain pertahanan berpengalaman di posisi tersebut, namun perkembangan terbaharu ini pasti membuatkannya semakin runsing.

Keadaan semasa pastinya memaksa Liverpool untuk berbelanja semasa tempoh perpindahan musim sejak pada Januari nanti untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu dengan beberapa pemain sudah pun disenarai pendek.

Antaranya adalah dua pertahanan Sevilla, Diego Carlos dan Jules Kounde selain tonggak pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

5 Pemain Pertahanan Yang Liverpool Patut Beli Januari Ini

Kecederaan Lutut Joe Gomez Memaksa Klopp Cipta ‘Mascherano Baharu’

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply