Andriy Shevchenko: Saya Berminat Bimbing AC Milan

Kerjasama Semuanya BOLA

Andriy Shevchenko

Bekas penyerang berbisa yang kini merupakan pengurus skuad kebangsaan Ukraine, Andriy Shevchenko mengakui beliau menyimpan hajat besar untuk membimbing kelab lamanya dalam saingan Serie A iaitu AC Milan.

Ketika bersama AC Milan bermula musim 1999/00 hingga 2005/06, Shevchenko dilabel sebagai antara penyerang digeruni dalam kancah bola sepak di Eropah sehingga beliau dipilih sebagai pemenang Ballon d’Or 2004.

Tujuh musim berbakti di San Siro, Shevchenko yang kini berusia 43 tahun berjaya menjaringkan 172 jaringan hasil 296 penampilan bersama AC Milan dalam semua pertandingan disertai skuad Rossoneri itu.

Sehubungan dengan itu, Shevchenko nyata amat berhajat untuk menjadi pengendali buat kelab yang telah menaikkan namanya di persada bola sepak dunia.

Embed from Getty Images

”[AC] Milan sentiasa di dalam hati saya dan satu hari nanti, apabila saya membuat keputusan untuk mengubah angin, saya sememangnya ingin melatih mereka [AC Milan].”

”Kita [AC Milan] perlu untuk menamatkan saingan musim ini di tempat yang terbaik. Semua orang [pemain] perlu untuk memberikan yang terbaik sebagai tanda hormat kepada para penyokong.”

”Kemudian nanti kita lihat apa yang akan berlaku dan lihat masa depan pasukan ini,” ujar Shevchenko menurut laporan Goal.

Shevchenko yang mula membimbing Ukraine pada 15 Julai 2016 setelah menggantikan Mykhaylo Fomenko berjaya membawa pasukan tersebut melayakkan diri ke saingan Euro 2020 selepas menundukkan juara bertahan, Portugal 2-1 di peringkat kelayakan.

Kredit featured image: Jamie McDonald/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Andriy Shevchenko dan AC Milan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply