Andriy Shecvchenko, Lagenda Dan Raja Di San Siro Dari Ukraine

Andriy Mykolayovich Shevchenko lahir di Dvirkivschyna satu wilayah di bawah Soviet Union. Keluaga beliau telah berpindah ke Obolon. Sebuah pertempatan di bandar Kiev.

Ketika kecil, beliau bercita-cita mahu menjadi tentera seperti ayahnya. Ibunya adalah cikgu tadika dan berkhidmat selama 20 tahun.

Bakat mulai dikesan

Shevchenko memang sukakan bola sepak sejak usia 3 tahun lagi. Ketika usia kecil beliau sangat lincah dan kuat berbanding dengan kanak-kanak lain seusia beliau.

Bakat bola sepak beliau dikesan oleh jurulatih pasukan bola sepak sekolah beliau iaitu Oleksandr Shpakov. Namun posisi awal beliau adalah penjaga gol kerana badanny yang besar.

Selain bola sepak, Shevchenko juga aktif dalam sukan tinju. Lebih-lebih lagi ketika bandar dan sekolah mereka dikosongkan sementara kerana kemalangan nuklear di Chernobyl Nuclear Power Plant.

Shpakov telah menghantar nama Shevchenko ke akademi Dynamo Kiev. Shpakov menjangkakan Shevchenko akan membangun sebagai seorang penjaga gol.

Karier Bersama Dynamo Kiev

Pada usia 16 tahun sekitar tahun 1992, Shevchenko telah diserap masuk ke dalam pasukan Dinamo 2.

Tidak lama berada di situ, pengurus Dynamo, Joseph Szabo pantas menyerapkan pemain muda berbakat itu ke dalam pasukan beliau.

Pada 4 November 1994, Shevchenko membuat debut untuk pasukan senior Dynamo Kiev menentang Shaktar Donestk. Ketika itu dia berusia 18 tahun.

Pada musim penuh beliau bersama Dynamo, penyerang muda ini telah menjaringkan 3 gol daripada 23 perlawanan. Namun 1 gol yang paling diingati adalah gol ke atas Bavaria ataupun Bayern Munich di UCL.

Tahun berikutnya, Shevchenko telah menjadi pemain utama pasuka Dynamo Kiev dan juga menjadi pemimpin di dalam padang.

Beliau membantu Kiev Dynamo menjuarai kejuaraaan berganda.

Pada musim 1997/98, Shevchenko telah menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar di Eropah. Beliau telah menjaringkan hat-trik dalam kemenangan bersejarah 0-4 ke atas Barcelona di Camp Nou.

Ia adalah perlawanan yang dianggap paling signifikan di dalam karier Shevchenko. Skuad kendalian Valeriy Lobanovskiy mara ke suku akhir menyingkirkan skuad Louis Van Gaal.

Namun mereka disingkirkan oleh Juventus dengan aggregate 5-2.

Musim berikutnya, Dynamo Kyiev mara ke separuh akhir UCL. Mereka menewaskan Real Madrid di separuh akhir.

Dymano seri 1-1 dengan Real Madrid, kemudiannya mereka menang 2-0 pada perlawanan kedua.

Kesemua gol Dynamo adalah dijaringkan Shevchenko. Dynamo tewas di tangan Bayern pada separuh akhir. Sheva tetap masalah utama Bayern.

Ini telah membawa Shevchenko sebagai pemain elit di pentas UCL dalam 2 musim tersebut dan telah ditandatangani kelab gergasi AC Milan.

Lagenda di Milan

Shevchenko tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan AC Milan. Beliau terus menjadi pemain utama. Menjaringkan gol dalam perlawanan debut beliau.

Dalam musim debut beliau juga, beliau menakluki liga yang memiliki banyak penyerang ternama di Itali sebagai penjaring terbanyak dengan 24 gol.

Beliau juga berjaya melakukan hat-trik ketika perlawanan menentang Lazio. 7 musim di Milan, Shevchenko adalah nama yang terlalu digeruni di Itali dan juga eropah.

Banyak kejayaan yang beliau menangi. Penyokong Milan dengan cepat memberikan gelaran King kepada beliau.

Pada musim 2002/2003, beliau menjadi penjaring kemenangan ke atas Juve untuk membantu Milan menjulang UCL.

Ia adalah kejuaran terbesar di dalam kakrier beliau. Tahun berikutnya Shevchenko dianugerahkan pemenang Ballon d’Or selepas 3 kali dicalonkan sebelum ini.

Namun kenangan ngeri beliau pastilah pada UCL 2005. Ini adalah peringkat kemuncak di dalam karier beliau dan bintang-bintang di dalam pasukan Milan.

Mereka ada Maldini, Nesta, Kaka, Dida, Staam, Cafu, Seedorf dan ramai lagi. Milan mendahului 3-0 namun dikejar oleh Gerrard dan rakannya pada separuh masa kedua.

Shevchenko sendiri gagal menjaringkan penalti dalam penentuan. Sebelum itu, beberapa peluang terhidang gagal beliau sudahkan.

Berhijrah ke Chelsea

Pemilik Chelsea sangat meminati pemain ini. Walaupun Mourinho menyatakan beliau tidak memerlukan Shevchenko.

Abramovich telah melakukan pembelian ini tanpa pengetahuan Mourinho. Kita semua tahu pengurusan Mourinho.

Dia tidak akan memberikan vice versa kepada perkara-perkara seperti ini. Beliau tidak menjadikan Shevchenko sebagai penggempur utama secara automatik.

Mourinho juga menyatakan beliau tidak kisah dengan status bintang yang ada, beliau hanya memilih pemain yang terbaik untuk pasukan.

Shevchenko gagal untuk meyakinkan Mourinho di latihan pasukan.

Perpindahan ini dianggap antara kesilapan di dalam karier beliau. Beliau gagal menjadi pemain utama di Chelsea dan tidak tajam di hadapan gol.

Shevchenko kemudian berhadapan dengan beberapa krisis kecederaan. Ketika cergas, beliau tetap bukan pilihan utama. Salah satu sebab Mourinho dipecat adalah kerana gagal menggunakan Shevchenko.

Shevchenko kebanyakannya bermain dalam pertandingan domestik seperti Piala FA.

Pada 2008, beliau memilih untuk kembali ke Milan secara pinjaman dengan opsyen perjanjian tetap. Namun beliau hanya menjaringkan 2 gol dalam semusim ataupun 26 perlawanan di sana.

Membuatkan Milan terpaksa menolak untuk mendapatkan beliau secara tetap. Sheva kembali ke Chelsea untuk menamatkan karier yang masih ada baki 1 tahun kontrak.

Tamatkan karier di Kiev

Tamat kontrak dengan Chelsea, pada 2008 beliau kembali ke tempat beliau memulakan segala kisah lagenda beliau iaitu Dynamo Kiev.

Dari musim 2009 sehingga 2012, beliau telah menjadi pemain utama di Dynamo Kiev dan bersara dengan rekod 23 gol dalam 56 perlawanan terakhir beliau untuk kelab.

Beliau menutup karier di peringkat kelab dengan 219 gol daripada 446 penampilan.

Kebangsaan

Di peringkat kebangsaan, era Shevchenko adalah era terbaik dalam sejarah pasukan Ukraine. Mereka mulai dikenali sebagai under dog yang digeruni.

Namun mereka masih gagal untuk mara ke dalam pertandingan major, Piala Dunia dan Eropah kerana tewas dalam 3 play-off berturut-turut (1998, 2000,2002).

Beliau menjaringkan gol dalam kesemua play-off tersebut namun masih gagal membantu Ukraine mara.

Sehinggalah pada 2006, akhirnya mereka berjaya mara ke Piala Dunia dan mara sehingga ke suku akhir. Shevchenko adalah watak utama dalam setiap perlawanan kelayakan dan juga peringkat kumpulan.

Mereka tewas di tangan Itali yang menjadi juara dunia ketika itu. Tugasan terakhir Sheva untuk Ukraine adalah pada Euro 2012. Beliau hadir ke kejohanan itu dengan sedikit masalah kesihatan.

Beliau menamatkan karier kebangsaan dengan rekod sebagai penjaring termuda dan paling tua dalam sejarah pasukan mereka.

Beliau menamatkan karier antarabangsa dengan 48 gol daripada 111 penampilan.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain bola sepak beliau aktif dalam politik. Beliau menolak tawaran untuk menjadi jurulatih kebangsaaan Ukraine pada 2012.

Itulah kisah satu nama yang pernah menggemparkan bola sepak Eropah satu ketika dahulu. Andriy Shevchenko antara penyerang terbaik dalam sejarah bola sepak Eropah.

Bermula dari Kiev, mencipta kegemilangan di Milan dan meninggalkan legasi yang hebat di dalam sejarah bola sepak Ukraine.

Baca juga: Mengenang Kisah Korea Utara ‘Menjuarai’ Piala Dunia 2014, Belasah Brazil 8-1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN