Prospek Penjaga Gol Terbaik Eropah, Andriy Lunin Sah Sertai Real Madrid

Penjaga gol muda, Andriy Lunin menjadi pemain pertama yang menyertai Real Madrid di era pengurus baharu Julen Lopetegui dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar €14 juta.

Lopetegui merupakan pengurus baharu Los Blancos berikutan peletakan jawatan Zinedine Zidane selepas membantu mereka meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Malah penyertaan Lopetegui ke Real Madrid tempohari diselubung kontroversi apabila dia dipecat oleh Sepanyol, dua hari sebelum mereka memulakan kempen Piala Dunia.

Real Madrid melalui kenyataan menerusi laman web rasmi kelab menyatakan mereka telah berjaya menandatangani pemain muda tersebut dengan kontrak selama 6 tahun.

Lunin yang berusia 19 tahun itu berpindah ke Bernabeu dari Zorya Luhansk FC, sebuah kelab di Liga Premier Ukraine. Sepanjang bersama kelab tersebut, dia telah membuat 51 penampilan.

Penampilan sulungnya bersama kelab tersebut adalah pada musim 2016/17 dan telah membantu kelab tersebut meraih kedudukan ke-3 dan ke-4 liga sepanjang dua musim.

Dia juga beraksi di Liga Europa ketika bersama Zorya Luhansk dan antara yang mencuri tumpuan adalah semasa membuat clean sheet ketika menewaskan kelab La Liga, Athletic Bilbao.

Menariknya, penjaga gawang muda yang juga merupakan antara prospek penjaga gol terbaik Eropah ini juga telah meraih dua kaps antarabangsa bersama Ukraine.

Lunin

Dia telah menjadi penjaga gol termuda yang membuat penampilan bersama Ukraine ketika terikat 1-1 menentang Arab Saudi dan juga menang 4-1 ke atas Albania baru-baru ini.

Penyertaanya ke Real Madrid pastinya untuk menjadi pesaing jersi nombor satu kepada Keylor Navas walaupun Los Blancos turut dikatakan menaruh minat kepada beberapa lagi penjaga gol.

Antara yang menjadi sasaran Real Madrid adalah penjaga gawang yang berpengkalan di Liga Premier Inggeris (EPL) iaitu David de Gea di Manchester United dan Thibaut Courtois (Chelsea).

Dengan penyertaan Lunin ini, pastinya United dan Chelsea sudah boleh menarik nafas lega walaupun belum dapat dipastikan samaada dia merupakan calon segera untuk skuad utama.

“Ketika ini saya tidak mahu fikirkan tentang menjadi penjaga gol nombor 1, walaupun saya memang mahukannya.

“Tetapi apa yang saya mahukan adalah untuk berada di sini bertahun-tahun dan meraih kejuaraan UCL bersama pasukan ini,” tekad Lunin kepada media tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN