Andreas Christensen Mampu Capai Tahap Yang Sama Seperti John Terry Di Chelsea

Andreas Christensen

Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya bahawa pemain pertahanan, Andreas Christensen mempunyai kemampuan untuk menyamai apa yang telah dikecapi oleh John Terry ketika bersama Chelsea.

Terry telah menghabiskan 19 tahun masa bersama Chelsea selepas keluar daripada akademi kelab tersebut dengan memenangi 5 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 5 trofi Piala FA dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah.

Christensen yang dipinjamkan ke Borussia Monchengladbach sehingga akhir musim lalu kini menjadi pilihan utama buat Conte dan telah membantu Chelsea 9 perlawanan tidak dibolosi dalam 21 penampilannya.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 16: Antonio Conte manager / head coach of Chelsea with Andreas Christensen of Chelsea during the Premier League match between Chelsea and Southampton at Stamford Bridge on December 16, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Conte mengakui beliau tidak menyangka pemain antarabangsa Denmark berusia 21 tahun itu dapat menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris begitu cepat kerana berikutan usianya yang masih muda, tetapi pengendali dari Itali itu menegaskan Andreas Christensen berpotensi untuk berada dalam sejarah kelab.

”Ini merupakan satu perbandingan yang besar. John Terry telah mencipta sejarah kelab dan memenangi banyak kejuaraan,” kata Conte memuji legenda hidup Chelsea itu.

”Saya mengharapkan Christensen turut mempunyai karier yang sama seperti John (Terry). Saya rasa dia mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk beraksi dengan lebih lama bersama kelab ini dan seterusnya menjadi pemain yang sangat penting buat pasukan ini, untuk kelab ini.”

”Christensen merupakan pemain yang menunjukkan peningkatan mendadak sejak awal musim, walaupun pada usianya yang masih muda.”

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 30: Gabriel Jesus of Manchester City and Andreas Christensen of Chelsea battle for possession in the aiir during the Premier League match between Chelsea and Manchester City at Stamford Bridge on September 30, 2017 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Dia merupakan kejutan yang paling baik buat saya,  kelab, rakan sepasukan dan buat para penyokong. Setiap kali saya memilih untuk memberikan peluang kepada dia untuk beraksi, dia bermain dengan persembahan yang menakjubkan. Persembahannya meyakinkan saya bahawa Christensen perlu lebih kerap beraksi.”

Pertahanan kental ini dijangka akan direhatkan pada perlawanan suku akhir Piala Carabao bertemu Bournemouth pagi esok. Conte sudah pasti akan menggilirkan para pemain menjelang jadual padat yang akan dihadapi menjelang Hari Natal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN