Andreas Christensen: ‘Ball-Playing Centre Back’ Meningkat Naik Yang Mengejar Kemasyuran Di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Jika anda pernah menonton perlawanan Bundesliga yang membabitkan Borussia Monchengladbach di siaran Hypp TV Sport sejak 2 musim yang lalu, maka Andreas Christensen bukanlah watak asing.

Tetapi ramai di antara kita pasti tidak menyedari anak muda berasal daripada Denmark ini adalah salah seorang pemain muda Chelsea yang dipinjamkan sejak beberapa musim lalu.

Christensen kini berumur 21 tahun, mempunyai kelebihan membaca permainan yang menakjubkan jika usia mudanya diambil kira. Tidak ramai pemain mampu beraksi seperti Christensen, sehinggalah ke usia pertengahan 20an.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Ini menjadikan Christensen seorang ‘ball-playing centre back’ hebat dalam pembikinan di kem Chelsea.

Berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Squawka, kami melakukan perbandingan di antara Andreas Christensen dan beberapa pemain pertahanan tengah yang lain; John Stones (Manchester City), Davinson Sanches (Ajax & Tottenham Hotspur) dan juga Eric Bailly (Manchester United).

3 kriteria yang menjadi ukuran untuk seorang ‘ball-playing centre back’ ialah ketepatan hantaran, keupayaan melakukan hantaran jauh tepat dan juga kreativiti mencipta peluang dan melakukan lorongan (killer/penetrative pass).

1. Ketepatan

Sejak permulaan kempen pada musim lalu, John Stones merekodkan 92% ketepatan hantaran. Ini menjadikan Stones sebagai pemain yang mempunyai ketepatan hantaran tertinggi di kalangan pemain di dalam perbandingan ini.

Namun demikian, Christensen merekodkan 1894 hantaran- 200 hantaran lebih banyak daripada Stones.

Musim ini Stones merekodkan 97% ketepatan bersama Manchester City; pasukan yang mengutamakan penguasaan bola berbanding Chelsea yang masih menekankan taktikal dan falsafah bola sepak yang sama pada musim lalu.

Stones menyerlah ketika menentang Feyenoord dalam pertandingan UCL.

Manakala Christensen adalah pemain kedua yang mempunyai ketepatan hantaran di kalangan pemain yang dibandingkan. Beliau merekodkan 91.5% ketepatan sejak musim lalu sehingga kini.

Bersama Borussia Monchengladbach, statistik menunjukkan Christensen melakukan 91.4% ketepatan untuk setiap 90 minit perlawanan. Manakala bersama Chelsea pada musim ini, pemain antarabangsa Denmark ini sudah menjangkau purata ketepatan 94% hantaran.

Untuk rekod, prestasi terbaik Christensen pada musim lalu ialah ketika Gladbach berhadapan dengan Hertha Berlin. 98.2% ketepatan hantaran dalam perlawanan tersebut adalah rekod tertinggi di dalam Bundesliga.

Prestasi ini diteruskan oleh Christensen dalam saingan EPL pada musim ini. Perhatikan sahaja ketepatan hantaran oleh Christensen dalam kemenangan 4-0 Chelsea ke atas Stoke di atas pada hujung minggu lalu.

Javi Martinez adalah satu-satunya pemain pertahanan yang memiliki ketepatan hantaran berbanding Andreas Christensen di Bundesliga pada musim 2016-17.

Eric Bailly sekadar merekodkan 86.1% ketepatan hantaran pada musim pertama di Manchester United manakala pemain pertahanan baharu Tottenham Hotspur merekodkan 85.2% ketepatan hantaran di Ligue 1.

2. Ketepatan hantaran jauh

John Stones memiliki keupayaan dalam melakukan hantaran jauh. Keupayaan ini adalah berdasarkan jumlah hantaran jauh yang dilakukan berjaya dilakukan daripada keseluruhan hataran yang dilakukan. Stones melakukannya sebanyak 102 kali.

Ini bermakna Stones merekodkan 57.1% ketepatan. Ini tidak menghairankan kerana di Manchester City, Stones diberikan kebebasan untuk melakukan hantaran sedemikian; walaupun secara keseluruhan Guardiola menerapkan ‘possession football’ di City.

Data Squawka di bawah menjelaskan keupayaan Stones.

Selepas Stones, sekali lagi Christensen berada tidak jauh di belakang dengan 56% hantaran jauh yang direkodkan dari musim lalu sehingga permulaan musim ini.

Ini diikuti oleh pertahanan antarabangsa Columbia, Davinson Sanchez yang mempunyai purata ketepatan hantaran bola jauh sebanyak 55.6%.

Eric Bailly adalah pemain terlemah dengan hantaran jauh yang tidak sampai ke sasaran dengan hanya purata ketepatan 45% direkodkan sejak musim lalu.

3. Kreativiti

Untuk kreativiti- mencipta peluang dan lorongan (killer/penetrative pass, Andreas Christensen berada di atas berbanding pemain di dalam senarai perbandingan ini.

Untuk setiap 90 minit perlawanan, Christensen mencipta 0.34 peluang dan lorongan bola. Pemain kedua tertinggi dalam perbandingan ini sudah semestinya John Stones; membuktikan dirinya benar-benar berjaya digilap oleh Pep Guardiola.

Stones merekodkan purata peluang dan lorongan 0.16 untuk setiap 90 minit perlawanan.

Pemain pertahanan Tottenham, Sanchez merekodkan purata terendah dengan 0.13 peluang untuk setiap 90 minit perlawanan setakat ini. Eric Bailly tampil lebih baik untuk kreativiti dengan catatan purata 0.17 peluang dan lorongan bola terhasil untuk Manchester United.

Anda mungkin berpendapat jumlah purata yang direkodkan oleh pemain-pemain ini adalah rendah. Ini kerana anda harus mengambil kira hakikat dan kesukaran untuk seorang pemain pertahanan tengah mencipta peluang jaringan.

Ia bukan peranan hakiki mereka. Lebih lagi, seorang pemain pertahanan tengah tidak berada di posisi untuk melakukan hantaran lintang seperti seorang pemain bek sayap.

Statistik yang direkodkan oleh Christensen untuk kreativiti menunjukkan beliau mempunyai kebolehan yang ketara berbanding pemain pertahanan yang lain di dalam senarai.

Rumusan

Di dalam bola sepak moden, ia adalah satu kelebihan untuk memiliki seorang ‘ball-playing centre back’. Sergio Ramos misalnya, adalah antara ‘ball-playing defender’ terbaik pada masa kini dan tunjang kepada kejayaan Real Madrid di La Liga dan Eropah.

Chelsea berjaya menjulang kejuaraan EPL pada musim lalu dengan sumbanga daripada David Luiz di posisi itu.

Peranan Luiz di dalam sistem bek bertiga Antonio Conte adalah signifikan kepada kejayaan Chelsea menjulang kejuaraan pada musim 2016-17.

Di kalangan pemain di dalam senarai perbandingan di atas, John Stones jelas mendahului dari segi keupayaan. Namun Andreas Christensen tidak berada jauh di belakang.

Mengambil kira faktor usia mudanya, maka kita boleh simpulkan bahawa Chelsea telah menemui seorang lagi ‘ball-playing centre back’ yang boleh disandarkan keupayaannya untuk musim-musim yang mendatang.

Pengganti kepada David Luiz barangkali? Siapa tahu? Buat masa ini, ia kelihatan pasti.

Sumber:

1. Nick Thompson, Squawka (2017): How Andreas Christensen has staked his claim to be the Premier League’s best young ball-playing centre back; http://www.squawka.com/news/how-andreas-christensen-has-staked-his-claim-to-be-the-premier-leagues-best-young-ball-playing-centre-back-analysis/990623#CRrOw1UKxopoheOv.99

2. George Perry, The Pride of London (2017): Andreas Christensen could be “the one” for a Chelsea 3-1-4-2; https://theprideoflondon.com/2017/09/25/andreas-christensen-chelsea-3-1-4-2/

3. Alex Lynch, Outside of the Boot: Scout Report- Andreas Christensen; http://outsideoftheboot.com/2016/03/02/scout-report-andreas-christensen/