Andrea Pirlo: Sandro Tonali Jauh Lebih Baik Dari Saya

Andrea Pirlo

Legenda hidup Itali, Andrea Pirlo menolak pendapat mengatakan pemain muda berbakat besar, Sandro Tonali mempunyai persamaan dengan corak permainan beliau ketika beraksi pada satu ketika dahulu.

Pirlo sebaliknya menegaskan bahawa pemain tengah berusia 20 tahun itu memiliki corak permainan yang jauh lebih baik jika ingin dibandingkan dengan beliau.

Sebelum ini, seorang lagi legenda Itali iaitu Francesco Totti melabelkan Tonali sebagai seorang pemain yang mempunyai kualiti seperti Pirlo dan Gennaro Gattuso.

Namun bagi Pirlo, beliau melihat Tonali adalah seorang pemain yang memiliki ciri-ciri yang cukup berbeza.

”Dikatakan dia [Sandro Tonali] merupakan pengganti buat saya. Tetapi saya tidak melihat terdapat banyak persamaan diantara kami.”

Embed from Getty Images

”Dia merupakan pemain dengan ciri yang berbeza,” ujar Pirlo menurut laporan Goal.

”Dia jauh lebih baik [lengkap] di kedua-dua fasa bertahan dan juga ketika merancang serangan. Dia adalah kombinasi antara karakter saya dan pemain yang lain.”

”Dia merupakan pemain tengah yang mempunyai masa depan cerah untuk berjaya. Dia pasti akan menjadi pemain yang hebat.”

Tonali yang masih mempunyai kontrak sehingga musim panas 2021/22 telah menarik minat kelab-kelab ternama dunia untuk mendapatkan khidmatnya dengan Totti turut cukup berminat untuk memujuknya menyertai agensi pemain milik legenda itu.

Kredit featured image: Paolo Bruno/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sandro Tonali dan Andrea Pirlo:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram