Andrea Pirlo Dilantik Pengurus Skuad B-23 Juventus

Iklan

Andrea Pirlo

Bekas pemain tengah kreatif, Andrea Pirlo yang meninggalkan Juventus pada penghujung musim 2014/15 kini kembali bersama kelab gergasi Itali itu dengan peranan berbeza cukup berbeza.

Hal ini kerana Pirlo yang kini berusia 41 secara rasmi telah dilantik sebagai pengurus skuad Juventus bawah 23 tahun (B-23).

Ia juga menjadi langkah pertama buat Pirlo dalam usahanya untuk terjun ke bidang pengurusan selepas menikmati karier hebat sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di dunia.

Menyertai Juventus secara percuma pada musim 2011/12, bekas pemain yang cukup terkenal dengan peranan ‘deep-lying playmaker’ itu telah membantu skuad The Old Lady menjuarai kempen Serie A bagi empat musim berturut-turut.

Beliau kemudiannya meninggalkan Allianz Stadium untuk berkelana ke Amerika Syarikat bagi menyertai kelab Major League Soccer (MLS), New York City selama tiga musim sebelum mengumumkan persaraannya di pentas bola sepak profesional.

Skuad Juventus B-23 beraksi dalam saingan Serie C dan menamatkan saingan di tempat ke-10 selepas mencatatkan 36 mata. Pasukan itu dilaporkan melayakkan diri ke saingan play-off ke kempen Serie B tetapi gagal di peringkat suku akhir.

Namun, menarik untuk diperkatakan apabila pasukan yang musim ini dibimbing oleh Fabio Pecchia itu berjaya menjuarai Coppa Italia Serie C.

Menurut sumber Goal, Pirlo bakal dibantu bekas pemain Lazio yang merupakan rakan sepasukannya ketika membantu Itali menjulang Kejuaraan Eropah B-21 2000, Roberto Baronio.

Manakala, bekas penjaga gol Juventus, Marco Storari akan bertindak selaku Pengarah Sukan sebagai sebahagian daripada kakitangan pilihannya.

Pirlo akan memulakan tugasan rasminya dalam saingan Serie C 2020/21 bermula 27 September nanti.

Kredit featured image: Marco Luzzani/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Andrea Pirlo:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram