Dikaitkan Dengan Crystal Palace, Namun Kini Andre Schurrle Hampir Jadi Pemain Fulham

Iklan

Andre Schurrle

Nampaknya, akan ada satu lagi kisah menarik dalam siri jendela perpindahan kali ini.

Pemain Borussia Dortmund dan juga Jerman iaitu Andre Schurrle kini semakin hampir untuk bergelar sebagai pemain bagi pendatang baharu Premier League – Fulham.

Schurrle yang telah diberitahu oleh kelabnya yang beliau tidak lagi diperlukan dalam skuad dalam usaha beliau untuk mencari pasukan baharu.

Sebelum ini, beliau dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League untuk menyertai Crystal Palace.

Namun kini beliau dikaitkan dengan Fulham pula dengan sumber menyatakan beliau kini dalam perjalanan ke England.

Beliau meninggalkan rakan sepasukan beliau di Amerika Syarikat yang sedang menyertai siri pra-musim mereka untuk terbang ke England bagi menyelesaikan urusan perpindahan beliau.

Schurrle dikatakan akan menjalani ujian perubatan bersama Fulham dalam masa terdekat.

Beliau dikatakan berminat dengan corak permainan hantaran yang diamalkan oleh Fulham yang menyebabkan mereka berjaya naik dari EFL Championship ke Premier League.

Fulham layak ke Premier League selepas menang perlawanan EFL Championship Play-off selepas menewaskan Aston Villa 1-0.

Sekiranya perpindahan ini berlaku, Schurrle akan beraksi buat kali kedua di England selepas beraksi untuk Chelsea sebelum ini.

Fulham juga akan menewaskan seteru London mereka iaitu Crystal Palace dan juga kelab Serie A iaitu AC Milan.

Schurrle mengalami pengalaman sukar bersama Borussia Dortmund apabila gagal memberikan impak yang diharapkan selepas menjaringkan 3 gol sahaja daripada 33 penampilan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram