Anderson Disiasat Kes Pengubahan Wang Haram Babitkan RM27 Juta Guna Kripto

Bekas pemain tengah Manchester United, Anderson kini berhadapan tuduhan kes pengubahan wang haram melibatkan nilai £4.7 juta (RM27 juta) menggunakan matawang kripto.

Anderson beraksi bersama Manchester United selama tujuh musim da merupakan salah seorang penjaring gol dalam penentuan sepakan penalti di perlawanan akhir Champions League 2008 untuk menewaskan Chelsea.

Penglibatan Anderson di dalam jenayah tersebut dilaporkan oleh akhbar tempatan Brazil, Globo sebagai salah seorag daripada lapan individu yang berhadapan dakwaan kerana terlibat di dalam aktiviti tersebut.

Pihak pendakwaraya tidak menamakan lapan individu tersebut, tetapi Globo mengesahkan Anderson adalah salah seorang daripada yang tertuduh dan kini disiasat.

Laporan sama berkata semua individu disiasat kerana terlibat dalam aktiviti jenayah termasuk kecurian, terlibat dengan organisasi jenayah, penggubahan wang haram, harta benda, dan hartanah.

Kertas siasatan dan operasi mencegah kegiatan tersebut dipanggil ‘Cryptoshow’, telah mula dilakukan sejak setahun lalu. Pada peringkat permulaan sisasatan 13 waran geledah telah dikeluarkan di wilayaj Porto Alegre.

Apartment kediaman milik Anderson adalah salah sebuah lokasi yang digeledah.

Anderson ketika bercakap kepada Globo mengesahkan dirinya telah melabur kepada mata wang kripto sejak 2019, dan berkata syarikat kendaliannya telah menjual bitcoins kepada salah sebuah syarikat terlibat. Beliau bagaimanapun tidak tahu wang itu datang dari sumber yang melanggar peraturan.

Peguam Anderson, Julio Cezar Coitinho Junior berkata Anderson akan membuktikan dirinya sebagai mangsa di dalam kes ini, dan bukan salah seorang pelaku.

Anderson yang kini berusia 33 tahun berasal dari Porto Alegre, sebuah bandar di selatan Brazil. Karier bola sepak beliau bermula bersama Gremio pada 2006, sebelum beliau berhijrah ke Porto. Dua musim kemudian Anderson dipancing oleh Manchester United.

Sepanjang bersama Manchester United, Anderson sempat meraih empat gelaran Premier League, selain daripada satu gelaran UEFA Champions League yang dimenanginya pada 2008.

Selepas meninggalkan England pada 2015, dan beraksi selama semusim bersama Fiorentina secara pinjaman, Anderson kembali ke Brazil dan menyertai seteru Gremio, iaiti Internacional.

Anderson akhirnya bersara daripada bola sepak pada 2020 selepas dua musim beraksi di Turki bersama Adana Demispor.

Globo dalam laporannya berkata siasatan telah menunjukkan kumpulan itu telah melakukan 11 transaksi elektronik daripada kepada enam syarikat di empat wilayah Brazil daripada sebuah akaun milik sebuah syarikat koperat besar – berjumlah £4.7 juta (RM27 juta).

Wang tersebut didakwa telah ‘dicuci’ di merata Brazil dan juga di luar negara menggunakan pelaburan kripto.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN