Ander Herrera: “Faktor Peminat Akan Buat De Gea Kekal Di Manchester United”

Pemain Manchester United, David De Gea mempunyai detik-detik yang sukar bersama skuad kebangsaan Sepanyol di Piala Dunia yang lalu.

Hal ini kerana, beliau dan negaranya mengalami detik perit apabila dimalukan oleh pasukan tuan rumah iaitu Rusia di peringkat kalah mati.

Selain itu, beliau langsung tidak menyelamatkan sebarang percubaan dari pihak lawan dalam kejohanan tersebut.

De Gea menjadi subjek kepada kritikan pedas dari ramai pihak. Jika tidak dihadapi dengan betul, berkemungkinan beliau akan terbawa-bawa prestasi buruk di Piala Dunia ke saingan Premier League.

Walaupun begitu, rakan sepasukan beliau iaitu Ander Herrera mempunyai pandangan yang berbeza mengenai itu.

Kata beliau, faktor penyokong akan menjadi pendorong kepada De Gea untuk kembali beraksi cemerlang dan kekal di Manchester United.

“Saya masih lagi ingat pada satu musim panas beliau menghadapi masa sukar dan semua orang bercakap mengenai spekulasi beliau ke Real Madrid.”

“Masa itu beliau bermain perlawanan pertama beliau di Old Trafford, dan penyokong menyanyikan ‘Ini cukup mengagumkan, merekalah yang terbaik’ dan De Gea menyukainya.”

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 03: David de Gea of Manchester United celebrates during the Premier League match between Manchester United and Huddersfield Town at Old Trafford on February 3, 2018 in Manchester, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Bagi Herrera, beliau kagum akan kebangkitan yang dialami De Gea untuk menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di dunia ketika ini.

“Saya masih ingat ketika beliau menyertai Manchester United, saya masih lagi di Sepanyol.”

“Di awal karier, beliau mengalami saat yang sukar namun selepas itu beliau menjadi antara penjaga gol yang terbaik di dunia.”

“Kami cukup bertuah kerana memiliki beliau. Saya tak kisah apa yang pengkritik nak katakan mengenainya.”

David De Gea merupakan pemenang anugerah Player of the Year peringkat kelab sebanyak 4 kali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN