Anda Kini Boleh Main Football Manager 2020 Secara Percuma!

Berita baik untuk anda semua dikala wabak Covid-19 melanda negara!

Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bergerak semahunya ke mana-mana.

Mujur ada khabar gembira daripada Sports Interactive iaitu pembangun permainan Football Manager, kini edisi 2020 (FM2020) untuk permainan itu boleh dimainkan secara percuma!

FM2020 boleh diakses secara percuma di aplikasi Steam sehingga 25 Mac 2020 dengan keseluruhan ciri permainan itu boleh dinikmati oleh para pemain.

Selepas daripada tarikh itu, pemain perlu membeli FM2020 dengan segala rekod permainan yang dicatat sepanjang tempoh percuma itu akan disimpan dan boleh disambung semula selepas pembelian penuh dilakukan.

Cara untuk bermain FM2020 secara percuma ini cukup mudah, caranya:

  • Log masuk ke akaun Steam anda, jika belum ada muat turun aplikasi Steam di laman sesawang mereka dan daftar
  • Cari “Football Manager 2020” dan klik butang “Play Game”
  • Permainan FM2020 akan disimpan di Library dan anda boleh mula memuat turun permainan itu secara percuma
  • Kemudian, mainlah sampai pengsan!

Tawaran percuma ini hanyalah untuk Football Manager 2020 versi Windows dan Mac dan bukannya Football Manager Touch atau Football Manager Mobile.

Apa tunggu lagi? Serang!

Baca juga artikel kami mengenai Football Manager:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram