Carlo Ancelotti: Protes Mario Balotelli Adalah Reaksi Yang Tepat

Balotelli

Langkah penyerang Brescia, Mario Balotelli yang menunjukkan tanda protes terhadap serangan perkauman penyokong Hellas Verona terhadapnya telah mendapat sokongan daripada pengurus Napoli, Carlo Ancelotti.

Perlawanan yang berlangsung di Stadio Marc’Antonio Bentegodi itu menyaksikan Balotelli bertindak menendang bola kearah penyokong tuan rumah selepas kedengaran ‘monkey chant’ ketika beliau mengawal bola.

Insiden pada minit ke-54 itu juga mengakibatkan penyerang berusia 29 tahun tersebut mahu meninggalkan padang tetapi rakan sepasukan serta pemain Verona memujuknya supaya terus kekal beraksi.

”[Balotelli] melakukan perkara yang betul, dia mempunyai reaksi yang tepat.”

”Sudah beberapa kali perkara ini terjadi menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan, jadi kami berada di landasan yang tepat.”

Meskipun terganggu dengan keadaan tersebut, Balotelli yang turut pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Manchester City dan Liverpool masih mampu menjaringkan gol saguhati buat Brescia pada minit ke-85.

Isu serangan perkauman terhadap pemain dalam kancah bola sepak Eropah nyata sukar untuk dibendung, badan induk bola sepak Eropah perlu lebih tegas dalam menangani permasalahan ini.

Kredit foto: Independent

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN