Ancelotti Mahu Kumpul Anak-Anak Emas Everton Beliau Di Real Madrid

Carlo Ancelotti

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mungkin sudah mengguris hati penyokong Everton apabila meninggalkan kelab tersebut selepas hanya seketika sahaja bersama mereka.

Kini, beliau dijangka bakal mengguris dengan lebih teruk perasaan mereka apabila cuba untuk mendapatkan salah seorang bintang kelab itu.

Laporan di England mendapati yang Ancelotti mahu membawa penyerang England, Dominic Calvert-Lewin ke Real sekaligus kembali bergabung semula dengan anak emasnya itu.

Menurut Daily Mail, perpindahan Calvert-Lewin ke Real dilihat berpotensi tinggi untuk berlaku kerana pemain itu mempunyai hubungan baik bersama Ancelotti ketika berada di Goodison Park.

Hasil statusnya sebagai ‘bin Ancelotti’ di Everton, Calvert-Lewin memperoleh 21 gol musim ini dalam seluruh kejohanan tempatan England dengan 16 daripadanya adalah hasil dalam saingan Premier League.

Jika perpindahan ini terjadi, Everton dilihat bakal melepaskan pemain itu dengan harga sebanyak £50 juta.

Selain Calvert-Lewin, Ancelotti dilihat mahu bersama semula dengan seorang lagi pemain Everton iaitu James Rodriguez.

Laporan di Colombia mendapati yang seorang lagi ‘bin Ancelotti’ iaitu James Rodriguez turut bakal kembali bersama pengurus itu di Real.

Kedua-dua individu ini mempunyai hubungan yang sangat baik apabila Ancelotti dan James sering kali bekerja bersama iaitu ketika di Real, Bayern Munich dan juga Everton.

Sungguhpun begitu, potensi untuk melihat perkara ini berlaku adalah rendah kerana Real sedang terhimpit dengan wang serta mereka masih mempunyai pemain lain yang beraksi di posisi yang sama seperti James iaitu Isco dan Martin Odegaard.

Baca juga artikel terkini kami mengenai bola sepak Eropah:

Sah Mendarat Di Nou Camp, Analisis Bagaimana Depay Akan Berfungsi Di Barcelona

Diajar Jerman Tanpa Ampun, Portugal Hasilkan 3 Rekod Mengaibkan Euro 2020 Sekaligus

Bermain ‘Seperti De Paula’, Harry Kane Dikritik Selepas 2 Perlawanan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply