Analisis: Transisi Syamim Yahya Dari ‘Flanker’ Kepada No.6

Mungkin ramai yang tidak menyukai pemain ini kerana kerap dikaitkan dengan aksi nakal dan keras di dalam padang. Namun musim ini, Syamim Yahya antara pemain yang konsisten dengan pasukan Pahang.

Posisi dan corak permainan

Syamim sebelum ini banyak bermain di posisi yang menyokong serangan seperti posisi sayap dan juga tengah serangan. Ketika karier di Felda United, Syamim Yahya melalui musim yang hebat sebagai pemain sayap.

Ketika menyertai Pahang, Syamin telah ditukarkan posisi kepada no.6 dan membentuk gandingan pivot kembar dengan pemain seperti Kiko Insa dan Azam Azih.

Dollah Salleh mencari inisiatif untuk mennjadikan Syamim sebagai pemain tengah kerana lambakan pemain sayap di dalam pasukan Pahang untuk mengisi posisi pasukan utama dan kedua.

Syamim Yahya dikenali dengan aksi beliau yang keras dan pada masa yang sama seorang yang rajin di dalam padang.

Tanggungjawab sebagai no.6

Pemain no.6 adalah pemain yang melakukan banyak ‘kerja kotor’ (dirty work) di dalam padang. Dengan sifat agresif dan keinginan untuk mematikan gerakan lawan dengan segera, Syamim telah diberikan peranan yang sepatutnya.

Beliau boleh dikatakan berjaya melakukannya dengan baik setakat ini walaupun dalam beberapa perlawanan beliau tidak dijadikan pivot oleh Dollah Salleh ketika Pahang bermain sistem 4-1-4-1 dengan adanya Kiko Insa.

Ketika beraksi di no.6 Syamim lebih berhati-hati dalam melakukan bentesan yang tidak perlu. Ini kerana posisi ini mendedahkan beliau dengan banyak aksi.

Bentesan yang tidak penting akan mendedahkan mereka kepada kad disiplin dan boleh dibuang padang lebih awal.

Stabiliti pasukan

Ini adalah aspek terpenting yang diberikan Syamim di dalam sistem pasukan Pahang. Beliau memberikan lebih stabiliti di tengah kerana kemampuan untuk bertahan dan menyerang.

Ia sangat membantu dalam proses transisi pasukan Pahang. Boleh dikatakan beliau adalah pemain tengah yang paling bagus dalam pasukan Pahang setakat ini dari segi aspek menstabilkan pasukan.

Apa yang harus diperbaiki

Syamim harus memperbaiki aspek mobiliti beliau di dalam padang. Ini bukan bermaksud Syamim seorang yang bermobiliti rendah.

Cuma, kami berpendapat, jika aspek ini ditingkatkan, beliau boleh menjadi pemain tengah kotak ke kotak yang baik.

Ini kerana, beliau ada keinginan yang kuat untuk terlibat dalam serangan. Aspek mobiliti ini mungkin harus digariskan oleh pengurusan pasukan Pahang.

Aspek lebih kesedaran taktikal juga harus diperbaiki oleh Syamim Yahya supaya lebih berkesan dalam aspek menghancurkan (destroying) gerakan lawan.

Ketiga adalah aspek yang paling penting iaitu kepimpinan di dalam padang. Mana-mana pemain tengah jeneral yang baik perlulah seorang ketua yang vokal di dalam padang.

Aspek yang agak sukar untuk kita dapat daripada beberapa pemain muda kita yang beraksi di bahagian tengah.

Rumusan

Separuh musim 2017, Syamim Yahya berada dalam kelompok pemain yang menunjukkan prestasi terbaik. Siapa sangka pemain ini mampu menerima adaptasi dengan baik dalam sistem Dollah Salleh.

Syamim Yahya/Foto: Asiana.my

Kejayaan mendapat panggilan skuad kebangsaan tempoh hari adalah bukti beliau di dalam perhatian pengurusan bola sepak tertinggi.

Jadi, harap beliau fokus kepada aksi bola sepak sepenuhnya dan cuba mempertajamkan lagi permainan beliau. Elakkan insiden ‘jari tengah’ di dalam padang.

Beliau harus berterima kasih dengan Dollah Salleh yang memberikan beliau kepercayaan dan minit yang banyak setakat ini. Ini bukanlah pertama kali Dollah Salleh melakukan ‘conversion’ kepada pemain muda.

Ia juga memberikan manfaat kepada pasukan kebangsaan kita yang ketandusan pemain tengah terutama sekali bahagian pivot.

Apapun, ‘good job’ Dollah Salleh dan kejurulatihan Pahang untuk transisi Syamim Yahya ini yang nampak lebih berkesan. Ini kerana pemain ini memang ada mentaliti menyerang dan bertahan.

Syamim Yahya layak diberikan lebih kredit pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN