Analisis Taktikal: Real Madrid Tajam Dan Dominan Atasi Liverpool

Real Madrid menjuarai UCL untuk kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Liverpool 3-1 di Kyiv hasil 2 jaringan Bale dan 1 gol Benzema. 1 gol Liverpool menerusi Sadio Mane.

Permulaan

Real Madrid asasnya bermain dengan sistem 4-4-2 berlian namun berlaku pertukaran formasi pada pasukan ini. Mereka bertahan dengan 4-5-1.

Liverpool turun dengan formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini. Formasi utama mereka pada musim ini.

Pelan serapan Real Madrid

Pada awal perlawanan Liverpool bermula dengan baik dengan intensiti dan tekanan ke zon Real Madrid. Pada fasa ini, Real Madrid cuba menyerap intensiti ini. Mereka agak mengambil masa tetapi ia tetap dijalankan Real (slowly but surely).

Marcelo tidak terlalu ofensif pada fasa Mohamed Salah berada di padang. Mohamed Salah telah menjadi pengeluar bola kepada pemain lain terutama sekali Trent Alexander Arnold. Klopp tahu Real Madrid akan cuba mengekang Salah segera. Inilah fasa, mereka melepaskan bola kepada pemain lain.

Ini adalah gambaran bagaimana Salah menjadi pengeluar (outlet) bola kepada pemain lain dari situasi sempit di half-space.

Real Madrid kemudian cuba meningkatkan penguasaan bola mereka dengan pertukaran hantara di bahagian belakang. Mereka cuba menyedut tenaga Liverpool dengan cuba memaksa Liverpool memburu ataupun mengejar bola.

Ia dilakukan dengan baik oleh Real Madrid kerana mereka ada ‘ball-playing defenders’ yang sangat yakin dan bagus ketika memegang bola. Sebarang kesilapan mereka sedar akan kesannya. Anda pasti ingat bagaiman Liverpool menghukum City yang melakukan kesilapan di zon sendiri.

Peranan Ronaldo

Nak tak nak perlu dijelaskan peranan pemain ini. Ini kerana dia seakan-akan diberikan kebebasan memilih posisi yang beliau mahukan.

Pada awal perlawanan beliau bermain sebagai penyerang no.9 kembar dengan Karim Benzema. Kemudian Ronaldo pergi ke sayap kiri. Dan satu fasa, beliau telah menukar peranan dengan Isco untuk bermain di sayap kiri dalam sistem seperti 4-2-3-1.

Kemasukan Bale menyaksikan Ronaldo-Benzema-Bale bermain dalam sistem asas 4-3-3 kembali. Ronaldo bergelut dalam perlawanan ini walaupun memiliki beberapa peluang.

Boleh dikatakan pertahanan Liverpool bertahan dengan baik. Cuma masalah mereka adalah 2 kesilapan penjaga gol dan 1 gol spektakular Gareth Bale yang tiada jawapan untuk mana-mana penjaga gol.

Sistem Klopp berasaskan Salah?

Penjelasan untuk persoalan ini adalah bukan. Sistem Klopp adalah berasaskan Firmino. Salah adalah penyudah kepada sistem. Firmino adalah brain dan Salah adalah finisher ataupun pelengkap kepada sistem.

Ramai penyokong Liverpool menyatakan, ketiadaan Salah akan membuatkan Liverpool sentiasa bergelut. Dalam perlawanan EPL sebelum ini dan juga perlawanan menentang Roma. Asal Salah keluar, Liverpool hilang motivasi.

Penjelasannya adalah, apabila Salah keluar, Firmino akan menurun impak dalam padang. Ini adalah perkara yang harus diperbaiki Firmino.

Jika anda perasan, dari awal perlawanan Salah adalah lebih kepada pengeluar bola kepada pemain lain berbanding dengan pembawa bola (ball carrier) seperti yang saya jelaskan di atas.

Jadi, jika Salah keluar sekalipun sepatutnya Liverpool tidak terlalu terasa terbeban kerana mereka ada kualiti lain yang baik di kawasan serangan. Namun masalah utama, Firmino hilang arah kerana tidak dapat berkombinasi dengan pemain lain sebagaimana dia bergabung dengan Mohamed Salah.

Kemasukan Lallana sangat lemah impaknya. Klopp memasukkan pemain yang tidak cukup cergas. Lallana membuatkan Nacho menjadi seperti Marcelo di sebelah kanan. Pemain itu tiada kelajuan tetapi tetap berada di kawasan sangat advance kerana Lallana tidak bertahan.

Prinsip asas bola sepak, pemain bek sisi pasukan lawan yang pergi menyerang, bermaksud pemain sayap anda harus meneutralkan mereka. Robertson ada ‘workload’ ketika bertahan kerana dia perlu mengurangkan impak Isco dan Nacho.

Kemasukan Bale dan ketajaman Real Madrid

Ini adalah testimoni sebenar bagaimana Real Madrid memanipulasi kegagalan Liverpool bertahan dengan pemain sayap mereka. Robertson ada ‘workload’, tetapi Isco gagal memanipulasi keadaan kerana beliau tidak berada dalam prestasi terbaik.

(L-R) Gareth Bale of Real Madrid during the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool on May 26, 2018 at NSC Olimpiyskiy Stadium in Kyiv, Ukraine(Photo by VI Images via Getty Images)

Kemasukan Bale, pemain ini efektif. Walaupun Bale ada peluang terhad, tetapi beliau tajam menyudahkannya.  Teknik rembatan beliau memang memberikan perbezaan terbesar dalam perlawanan ini.

Gol Benzema adalah pemberian daripada Karius. Satu kesilapan untuk dilupakan. Apa yang pasti, Real Madrid adalah pasukan yang sangat oportunis di hadapan gol. Perkara ini yang membuatkan mereka menjuarai UCL dengan banyak dalam beberapa musim ini sejak Era Ancelotti.

Rumusan

Secara asasnya, Liverpool tidak bermain dalam gegenpressing yang sangat intensif dalam perlawanan ini. Isu kecergasan pemain juga menjadi persoalan. Milner dan Henderson gagal memberikan bantuan ketika proses menekan lawan di garisan tinggi. Lallana dan Can jelas tidak memberikan impak dalam sistem.

Real Madrid sekali lagi membuktikan mereka pasukan yang ada struktur formasi yang jelas dalam perlawanan serta kualiti teknikal yang lebih baik berbanding Liverpool. Zidane melakukan pertukaran yang memberikan kesan, dan Klopp gagal.

Real Madrid memusnahkan motivasi Liverpool dengan ketajaman mereka dan kemudian menyerap asakan dan tekanan dengan baik.

Jika anda perasan, pemain tengah Real Madrid, Kroos dan Modric juga tidak berada dalam prestasi terbaik. Malangnya Liverpool tidak dapat menggunakan kesempatan ini untuk menguasai tengah.

Perlawanan ini adalah pertarungan beberapa pemain tengah yang tidak bermain baik daripada kedua dua pasukan. Dan impak sentiasa hadir setiap kali mereka memunggah (offload) segera bola ke sayap, terutama sekali Real Madrid. Modric dan Kroos sangat cepat menukar bola ke sayap.

Ia sangat berbeza dengan corak permainan Real Madrid sebelum ini yang asasnya adalah cengkaman di tengah.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Gareth Bale (Real Madrid)

KIEV, UKRAINE – MAY 26: Real Madrid’s Gareth Bale kisses the trophy after winning the UEFA Champions League final football match against Liverpool FC at the Olimpiyskiy stadium in Kiev, Ukraine, on May 26, 2018. (Photo by Vladimir Shtanko/Anadolu Agency/Getty Images)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN