Analisis Taktikal Piala Eropah : Wales 0 v Portugal 2 – Wales Gagal Melindungi Half Space

Permulaan

Wales bermula dengan 3-5-2, manakala Portugal dengan 4-4-2 diamond. Portugal meletakkan Sanches di  dan dan Joao Mario untuk active inter change di diamond spear atau diamond width. Portugal kekal menggunakan twin false 9 dalam perlawanan ini.

star

Deep Block Wales Rapuh Mengawal Half Space

Dalam analsis perlawanan Wales menentang Belgium saya memberikan penekanan cara Wales mengawal half space adalah antara struktur penting.

Dalam perlawanan ini, saya tidak nampak ada stabiliti dalam membentuk blok pertahanan terutama rantaian chain of 5 oleh Wales untuk membentuk 5-3-2.

Kesannya, Portugal diajak 1v1 secara teknikal dan anda akan tahu siapa akan menang jika tidak ada pelan taktikal yang lebih komprehensif.

Danny Collins dan Chester (yang ditukar ke kiri) banyak mendedahkan Ashley William kepada tackle menyelamat.

Manakala 2 wingback Wales pula tidak cukup efektif sama ada ketika menyerang atau bertahan.

Seterusnya kita fokuskan kepada isu tidak ‘melindungi’ half space dengan sebaik baiknya. Ini yang membolehkan pemain Portugal memanipulasi keaadaan tersebut.

Ini adalah organisasi mereka ketika menentang Belgium. Anda dapati mereka mengawal half space dengan sangat baik.

vb

Sekarang kita bandingkan dengan yang mereka lakukan ketika menentang Portugal awal pagi tadi. Mungkin ketiadaan Davies memberikan perbezaan besar dalam struktur pasukan mereka di pertahanan.

Ia memang sukar untuk Coleman kerana beliau tidak mempunyai squad depth yang seimbang di bangku simpanan.

halfs

Ini pula organisasi Iceland ketika ditewaskan Perancis. Ia juga kerana gagal mengawal half space dengan baik.

das

Kenapa Half Space?

Apabila berdepan dengan pasukan yang menggunakan pemain yang menngemari half space seperti Sanches, Ronaldo dan Nani, anda perlu mengawal kawasan tersebut.

Iceland gagal mengekan  Perancis yang ada Payet dan Griezman keran bahagian Half space akan menjadi lubang utama untuk mereka mencipta kelebihan secara numerical.

Ini adalah organisasi Portugal dalam perlawanan ini dimana mereka tahu kemampuan Gareth Bale untu membelah bahagian half space mereka.

haf

Kita akan dapati mereka lebih mengawal half space mereka. Ini yang dimaksudkan dengan bertahan dalam unit dalam halfspace.  Ia tidak terlalu compact tetapi cuba menutup blok penting dalam padang.

Portugal Progresif Dan Wales Kurang Aktif

Dalam perlawanan ini, mereka boleh menjaringkan lebih banyak gol walaupun cuma ada 6 cubaan tepat.

Ia bukanlah perlawanan yang benar benar berintensiti tinggi. Pada awal 15-20 minit perlawanan kelihatan agak menarik, namun selepas itu, intensiti agak menurun dan sederhana.

Keluar daripada bilik persalinan mereka terus mejaringkan 2 gol dalam masa 3 minit. Ia adalah kualiti yang mereka sedikit hilang dalam kejohanan kali ini kecuali menentang Hungary.

Berbeza dengan Wales, Portugal memiliki lebih keinginan untu penterating final third terutama dengan larian daripada Renato Sanches dan Joao Mario yang sentiasa cuba untuk berinteraksi dengan Nani-Ronaldo.

Ini adalah map hantaran Wales yang sangat minimum di final third. Mereka terlalu banyak bermain sideward passes tanpa ada penetrative passes.

wales

Hantaran mereka terlalu kurang di kawasan lawan dengan jumlah hantaran 497 hantaran. Ia dikira tinggi.

Keberanian Wales mungkin juga kerana ketiadaan Ramsey. Craig Bellamy dalam analisis beliau menyatakan;

‘Kita terlalu memandang rendah kepentingan Ramsey dalam pasukan selama ini’

Ketiadaan Ramsey menyukarkan Wales memberikan servis di tengah dan tidak ada pemain box to box. King sangat minimum kemampuan beliau untuk menampung ketiadaan Ramsey.

Wales Enggan Bermain High Line 

Portugal dalam perlawanan ini bermain agak rigid dari segi formasi. Mereka kekal bertahan dalam medium dan low line.

Setelah mendahului 2 gol, Portugal mengekalkan cara bermain dan ia acceptable. Cuma yang mengecewakan adalah cara Wales bermain.

aver

Mereka tidak mahu memberikan tekanan dengan high line pressing. Taktikal mereka adalah cuba untuk pergi ke wide area untuk melakukan cross atau cuba mencari terus Bale dan Kanu.

Seperti yang saya nyatakan di atas, Portugal bermain progresif sahaja bukannya high line pressing. Mungkin mereka mengambil kira back 4 mereka berpotensi di outpaced oleh pihak lawan.

Jika anda lihat di bahagian heat map dibawah anda akan dapati kedua dua pasukan agak rigid di dalam taktikal dan selesa dengan low backline.

heat

Sementara itu, Gareth Bale dalam perlawanan ini agak banyak bermain di tengah dan bahagia pertahanan. Apabila Bale di bawah, Wales sukar melancarkan counter attack.

Portugal Efektif Mencipta Peluang Melalui Crosses

Dalam perlawanan ini, Portugal kerap kali mengancam Wales dengan hantaran crosses. Dari awal kempen Piala Eropah ini lagi.

Mereka menunjukkan intention untuk bermain lebih banyak hantaran lintang namun yang paling efektif adalah ketika menentang Hungary.

Dalam perlawanan ini mereka Portugal melakukan 19 hantaran cross dan 1 daripadanya menjadi direct assist. 3 lagi mencipta peluang besar gol dalam perlawanan ini.

Verdict

Ia adalah kehilangan yang cukup besar untuk Wales tanpa Ramsey. Manakala Portugal beroleh manfaat kerana klinikal meyudahkan peluang.

Gol pertama Ronaldo adalah technically brilliance dengan tandukan deras dengan teknik yang kelas A. Manakala gol kedua oleh Nani adalah mimpi ngeri untuk Wales. 8 pemain di dalam box masih gagal mengawal 2 pemain.

Ia adalah kemenangan yang adil untuk Portugal kerana mereka jauh lebih baik dari segi organisasi dalam taktik.

Tinggal satu lagi perlawanan untuk Portugal menjulang Piala Eropah pertama mereka.Ronaldo menunjukkan sikap kepimpinan beliau yang tinggi kali ini.

Beliau berjaya memimpin pemain muda dan pasukan yang dianggap agak mediocre. Mereka berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir walaupun tanpa penyerang tulen.

Untuk Wales, mereka harus berbangga mara sejauh ini dan kami menjangkakan projek ini akan menjadi pasukan tumpuan untuk kejohanan besar seterusnya.

Soccer Euro 2016 Portugal Wales

Man Of The Match

Cristiano Ronaldo adalah pilihan SB. Namun begitu, Nani juga bermain sangat baik.

_90312676_ronaldo_epa

Statistik

stas

[adrotate banner=”9″]

 

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Eropah: Portugal v Poland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN