Analisis Taktikal Piala Eropah 2016; Jerman v Italy (1-1, aet, pens 6-5)

Jerman Neutralisasikan quick transition Itali dan bermain dalam formasi mereka

Setelah dilaporkan berlatih di kawasan yang sangat tertutup, Jerman mengejutkan ramai pihak apabila bermain dengan formasi yang sama dengan Itali dengan pendekatan yang berbeza.

Permulaan

Kedua dua pasukan turun dengan 3-5-2. Namun Jerman kemudian banyak bermain dalam formasi 3-4-1-2. Itali kehilangan pemain penting seperti De Rossi, Candreva dan Thiago Motta dalam perlawanan ini.

Meneutralkan asiditi Itali

Low menggunakan pendekatan drastik untuk cuba meneutralkan Itali dalam perlawanan ini secara formasi.

Saya yakin ia sudah dirancang sebelum temasya ini lagi kerana isu potensi untuk bertemu lawan seperti Itali.

Dalam berberapa perlawanan sebelum ini, lawan pasukan Itali gagal untuk mengekang quick transition football oleh Azzurri apabila mereka mendapat bola di kawasan sendiri.

3-5-2 membolehkan Jerman bertarung dengan Itali lebih teknikal. Low tahu akan kemampuan Conte untuk menyediakan plan taktikal untuk mengatasi pemain pemain berbakat beliau.

Jerman ada kelebihan teknikal yang tinggi , maka Low mengambil pendekatan yang agak berisiko kerana mereka tidak akan bermain dalam formasi utama mereka.

Kesannya, berberapa pemain seperi Kroos dan Kimmich dilihat berdepan dengan kesukaran. Kroos cuma melakukan 33 touches dalam separuh masa pertama dan ia amat rendah.

kross

Perlawanan sukar

Ia adalah satu pertarungan taktikal yang agak kompleks. Kedua dua pasukan gagal untuk lebih ofensif ke atas satu sama lain.

Jerman memiliki lebih banyak penguasaan bola namun mereka tetap gagal untuk menghadirkan ancaman lebih besar di kawasan serangan.

Pada separuh masa pertama adalah lebih kepada usaha kedua dua pasukan untuk meneutralkan antara satu sama lain. Ia memnjadikan tidak ada siapa pun pemain menjadi bintang dalam perlawanan ini.

Mereka cuma menyerang  pada skala yang sederhana. Kesannya, 0 on target dicatatkan kedua dua pasukan pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Itali dan Jerman cuba bermain lebih intensif namun masih sukar. Jerman gagal memecahkan blok pertahanan Itali dan Itali pula gagal melakukan quick break away  ke kawasan Jerman.

Kedua dua pasukan banyak bergantung kepada laser passses daripada pemain pertahanan seperti Hummel, Boateng dan sang pakar Bonucci.

ogg

Kedua dua pasukan banyak pergi ke wide area dan agak buntu untuk menggunakan channel tengah. Ini kerana kedua dua pasukan bertahan dengan baik di kawasan lebih dalam.

Itali berjaya mengurangkan ancaman pasukan yang ada kualiti ofensif manakala Jerman pula berjaya mengekang sebarang usaha counter attack tajam Itali.

Jerman bermain high line pressing dan mengawasi counter attack Itali

Jerman bermain high line football dan cuba sedaya upaya untuk memastikan Itali kurang memegang bola.

sasasasa

Ini kerana, Itali sangat efektif untuk melakukan sesuatu dengan bola di kaki mereka. Cara Jerman untuk menutup sebarang cubaan fast break away Itali adalah dengan memastikan jarak mereka dengan pemain Itali sentiasa rapat.

Ia juga kaedah yang digunakan Itali ketika bertahan, iaitu cuba sedaya upaya untuk mengecilkan jarak dengan pihak lawan.

Jerman berjaya mengekang sebarang potensi counter attack daripada bahagian sayap oleh pasukan Itali menerusi quick transition.

Itali mahu menggunakan Giacherini

Conte cuba menggunakan Giacherini untuk memanipulasi bahagian kiri di. Berlaku interaksi yang aktif di antara Chiellini, De Sciglio dan Giacherini untuk membuka ruang di belakang Kimmich.

heta

Mungkin Conte mengambil kira isu pace pada Boateng (sebelum tahu formasi Jerman 3-5-2) dan pengalaman Kimmich serta prestasi Giacherini yang cemerlang setakat ini.

Namun tugas ini nampak lebih ringan sedikit apabila Howedes yang akan berada di situ.

kim

Dalam rajah di bawah anda akan dapati Giacherini akan cuba beroperasi dari bawah. De Sciglio membantu membuka ruang di bahagia sayap.

a

Ini pula map hantaran di bahagian serangan pasukan Itali pada separuh masa pertama yang banyak bertumpukan kawasan tersebut.

gia

Itali dan Jerman ‘hilang’ strikers

Antara kesukaran terbesar Itali dan Jerman dalam perlawanan ini adalah mereka tidak dapat menemui penyerang mereka.

Dua penyerang kedua dua pasukan jelas ‘terkeluar’ daripada organisasi pasukan. Pendekatan Jerman yang sentiasa mengawasi pemain Itali dengan 1v1 antara sebab kenapa Eder dan Pelle sukar.

2 penyerang ini bukanlah pemain yang memiliki skil individu atau kekuatan teknikal yang tinggi untuk mengasti Boateng dan Hummel terutamanya.

Manakala, Turin wall yang dibantu aksi cemerlang midfielder 3 terutama Parolo telah mengurangkan ancaman oleh Gomez dan Muller.

cuma 3 cubaan tepat dilakukan oleh kedua dua pasukan dalam perlawanan ini. Cuma Muller melakukan 1 cubaan tepat di antara keempat-empat mereka.

Ini adalah heatmap 4 pemain tersebut yang ternayata banyak berlegar di luar kotak penalti.

st

Analisis gol Jerman dan Itali

Ozil memberikan gol pendahuluan dan kemudian dibalas oleh Bonucci melalui sepakan penalti dalam perlawanan.

Gol Jerman bermula daripada hantaran Neuer gagal dikawal pemain Itali. Mario Gomez melakukan hantaran split kepada Hector. Akhirnya Turin Wall roboh !

Hector mencipta peluang dan sedikit deflection untuk Ozil melakukan gol. Kredit tetap diberikan kepada Jonas Hector kerana usaha beliau telah mencipta kemungkinan.

Manakala gol Itali adalah kerana aksi komedi Boateng yang menaikkan tangan beliau seperti cuba melakukan hadangan bola tampar.

Penalti disempurnakan oleh Bonucci, dan ia adalah penalti dalam perlawanan pertama oleh beliau dalam karier.

Ia juga bolos pertama Neuer di dalam Piala Eropah kali ini, dalam perlawanan berbaki 10 minit untuk ditamatkan.

Masa tambahan dan penentuan sepakan penalti

Tidak banyak perubahan yang berlaku dan pemain Itali dan Jerman jelas agak keletihan. Banyak foul bodoh dan foul malas dilakukan mereka dan mengundang kad disiplin.

Itali memiliki pemain seperti Insigne untuk cuba mengubah nasib pasukan namun masih gagal. Conte memasukkan Zaza selepas perlawanan hampir pasti ke penentuan sepakan penalti.

Jerman memenangi penalti dengan kedudukan 6-5 dan ia adalah kemenangan keenam berturut turut Jerman dalam penentuan sepakan penalti di kejohanan major.

Kali terakhir mereka tewas regulasi ini adalah pada 1978 di tangan Republik Czech. Jonas Hector menjaringkan gol kemenangan.

Verdict

Kedua dua pasukan berhak menang selepas disiplin untuk meneutralkan ancaman masing masing. Jerman sanggup menukar formasi mereka demi perlawanan ini.

Ia adalah komitmen dan selayaknya seorang jurulatih komited untuk memikirkan apa yang taktik yang mereka akan pakai selepas ini ? Inilah juga ang dilakukan Conte sepanjang Piala Eropah kali ini.

Joachim Low menyatakan ia adalah kemenangan pasukan beliau adalah kerana mereka lebih bernasib baik.

Jerman mengadaptasi taktikal Itali dan Itali memilki apa yang Jerman miliki iaitu kemampuan Buffon untuk bermain sweeper dalam kejohanan kali ini.

Tahniah Jerman kerana memenangi perlawanan sukar ini. Selamat tinggal Azzurri ! Selamat tinggal Conte dan terima kasih kerana memberikan kami detik yang diingati untuk Piala Eropah kali ini.

Conte menamatkan tugasan beliau di Itali dengan rasa bangga dan berterima kasih kepada para pemain beliau. Buffon juga mungkin tampil untuk kali terkahir dalam Piala Eropah.
aw

Jika bukan Conte, saya tak pasti Itali akan sampai ke peringkat ini dengan pemain yang beliau miliki. Itali bangkit selepas tersingkir awal di Piala Dunia Brazil.

Conte telah menjadikan Azzurri sebagai pasukan yang digeruni dan selayaknya mereka dipandang begitu.

Ia agak terlalu awal untuk 2 jagoan bolasepak dunia ini bertemu. Seri adalah keputusan yang adil namun ini adalah kalah mati dan satu pasukan harus kalah.

Man of the match

Manuel Neuer

_90271966_epaneuer

Statistik

stats

[adrotate banner=”9″]

Baca juga :Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Jerman v Slovakia (3-0)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN