Analisis Taktikal: Perubahan Idea 2-2-6 Solskjaer & ‘Individual Brilliance’ Yang Selamatkan Man Utd

Jika anda mengikuti perkembangan dan cuba mengikuti taktikal yang diterapkan oleh Ole Gunnar Solskjaer bersama Manchester United anda akan mendapati perbezaan dan perubahan yang dilakukan oleh pengendali dari Norway itu pada musim lalu, berbanding lima perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Manchester United biasa beraksi dengan sistem 4-2-3-1/4-3-3. Namun ketika dalam permainan iaitu ketika transisi menyerang dan bertahan, bentuk pasukan akan berubah sesuai dengan game approach, idea dan kehendak/intention yang dituntut oleh jurulatih.

Perubahan dilakukan pada musim ini mempunyai sebab yang jelas – untuk menggandingkan Paul Pogba dan Bruno Fernandes secara lebih kerap dan memaksimakan kreativiti pasukan di bahagian serangan.

Bentuk transisi berbeza

Sebelum ini transisi serangan Manchester United lebih kerap kelihatan seperti 3-1-6 dengan Nemanja Matic akan berada di bawah bersama dua bek tengah, tatkala dua bek sayap akan bersama-sama Bruno Fernandes melakukan gerakan serangan.

Adanya Rapahel Varane yang merupakan seorang pemain dengan kepantasan dan kualiti membaca permainan lebih baik, musim ini Manchester United beraksi dengan bentuk 2-2-6 di fasa serangan.

Ia juga untuk mewujudkan kelebihan secara numerical di bahagian serangan dalam usaha memburu gol.

Bagaimana perubahan transisi permainan Manchester United menentang West Ham pada malam ini, dan sejauh manakah keberkesanannya?

Transisi 2-2-6 Man Utd

Bentuk transisi 2-2-6 dipraktikkan Solskjaer untuk memberikan lebih stabiliti dan kekuatan kepada Manchester United di bahagian tengah.

Ia bertujuan untuk membina platform yang lebih selamat di bahagian tengah untuk United, di mana Fernandes, Pogba dan Mason Greenwood bebas melakukan serangan.

Bentuk 2-2-6 Man Utd di fasa serangan. Sumber: The Athletic.

Rapahel Varane (No.19) pula berperanan untuk menyekat usaha West Ham untuk melakukan serangan balas pantas, manakala Scott McTominay (No.39) kembali ke dalam kesebelasan utama selepas pembedahan kecil berpasangan dengan Fred (No.17).

Hasilnya, babak pertama perlawanan di Stadium London berakhir dengan Manchester United memilik 11 percubaan ke arah gol, 7 daripada tepat, dan 65% penguasaan bola.

Kredit: Between The Post

Walaupun angka tersebut tampak meyakinkan di atas kertas, kedudukan bagaimanapun terikat 1-1. Manchester United mendominasi 20 minit pertama perlawanan sehingga sedikit peluang dari West Ham terus menghukum United melalui rembatan Said Beranha yang terbias masuk.

Tatkala idea permainan/ intention dari United berdasarkan bentuk/shape di atas sudah betul, pelaksanaannya pula sebaliknya – terutama ketika transisi bertahan yang langsung tidak mengujakan.

Keadaan ini berterusan pada babak kedua perlawanan. United terus dengan idea mereka cuba menyerang dengan kepantasan dan secara numerical tetapi seperti kehilangan arah dan struktur yang seperti rapuh setiap kali kehilangan bola.

Pasukan ini memiliki antara barisan pemain terbaik jika bakat individu diambil kira. Tetapi serangan dan hantaran sesama pemain tidak lancar/kurang fludity terutama pada babak kedua perlawanan.

Usaha mereka menghantar bola terus kepada Ronaldo pula dengan mudah dinyahkan oleh prestasi cemerlang Kurt Zouma dalam perlawanan ini.

Tetapi kebijaksanaan Ronaldo melepasi perangkap offside menyambar hantaran ke dalam Bruno Fernandes juga wajar dipuji. Ia jelas killer instinct dari bintang Portugal itu.

Perubahan oleh Solskjaer

Solskjaer sedar kesukaran yang dihadapi barisan pemainnya menentang West Ham yang bermain sebagai satu unit yang begitu berdisiplin terutama di bahagian pertahanan.

Pengendali dari Norway itu mengubah idea dan pendekatan dengan memasukkan Lingard dan Jadon Sancho dan mengeluarkan Pogba dan Greenwood dalam usaha memberi kelainan dan variasi kepada ancaman United dari sebelah sisi.

Pada ketika ini Manchester United semakin terdesak untuk mencari gol kemenangan. Ia dapat dilihat melalui purata posisi pemain seperti lakaran di bawah – yang memiliki garis lebih tinggi untuk menekan West Ham.

Man Utd semakin terdesak. Sumber: The Athletic.

Tetapi perubahan terbesar sebenarnya ialah dengan memasukkan Nemanja Matic untuk Fred. Pada ketika ini, penulis sudah terlepas kiraan berapa kali Fred dibuli oleh bahagian hadapan West Ham yang melancarkan serangan balas setiap kali Man Utd kehilangan bola.

Mujurlah Matic yang cemerlang dengan hantaran tepatnya dalam perlawanan menentang Newcastle United kini menghasilkan assist untuk Lingard, sebelum perlawanan ini berakhir dengan drama penalti yang dramatik.

Idea Solksjaer menggunakan Matic berhasil.

Anda juga boleh melabel kejayaan David de Gea menyelamatkan sepakan penalti Mark Noble – salah seorang pengambil penalti terhebat di Premier League – sebagai nasib.

Pada masa yang sama anda boleh memberikan kredit kepada David de Gea yang berusaha keras mengkaji cara terbaik menyelamatkan sepakan penalti ketika bersama kem Sepanyol di Euro 2020.

Selepas melepaskan 40 sepakan penalti dan kali terakhir menyelamatkan sepakan pada 2016, sukar untuk membayangkan pemain di tahap profesional sebegini tidak cuba berusaha untuk memperbaiki kelemahannya.

Rumusan

Manchester United mungkin bernasib baik kerana berjaya membawa pulang tiga mata dari perlawanan ini.

Satu perkara yang jelas perlawanan ini tidak dimenangi oleh Manchester United melalui ‘taktikal’ semata-mata. Ia lebih kepada bagaimana Solskjaer menerapkan ideanya, dan berharap kepada hasil akhir dari pemain secara individu.

Kredit juga harus diberikan kepada David Moyes dan West Ham kerana mereka nyata telah melakukan ‘homework’ untuk menyukarkan Man Utd.

Untuk merumuskannya, Man Utd tidaklah ‘sangat hebat’ tetapi pada masa yang sama kualiti yang ditunjukkan melangkaui purata average dalam perlawanan ini.

Tetapi sekali lagi minggu ini prestasi mereka itu berjaya memastikan tiga mata menjadi milik mereka dan tidak tewas dalam 29 perlawanan di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

 

 

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply