Analisis Taktikal: Perak TBG Mudah Manipulasi Zon 14 Dan Half Space Lemah Sarawak

Antara perlawanan tumpuan pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia ialah perlawanan membabitkan Perak TBG dan juga Sarawak FA di Stadium TLDM, Lumut.

Kedua-dua pasukan menggunakan sistem permainan yang hampir sama, dengan formasi 4-4-1-1 milik Sarawak, dan 4-4-2 dipraktikkan oleh Perak TBG.

Analisis ini memberi penekanan kepada pasukan Sarawak, kerana isu-isu yang dimiliki oleh pasukan ini sepanjang perlawanan.

1. Serangan Sarawak

Sarawak mempunyai pelbagai isu di dalam perlawanan ini. Sama ada ia ralat taktikal, atau perubahan yang cuba digarap oleh Ian Andrew Gillian, ia adalah persoalan yang hanya boleh dijawab oleh beliau sendiri.

Jaringan awal Sarawak di awal permainan terhasil melalui visi menarik Muzammir Hadi yang berjaya mencari Roskam.

Hanya tiga percubaan tepat oleh Sarawak sepanjang 90 minit perlawanan bermakna skuad Ian Gillian menggambarkan isu di bahagian tengah dan serangan.

Formasi Sarawak.

Perhatikan kesebelasan utama di atas. Bobby Gonzales yang merupakan seorang penyerang baka poacher diberikan peranan di bahagian sayap.

Selain daripada itu, Sarawak juga mempunyai isu kreativiti, dengan hanya hantaran lambung mencari Roskam dilakukan hampir sepanjang perlawanan.

Disiplin pemain Perak dan kekurangan gerakan kreatif terutama dari posisi No.10, menyebabkan Sarawak gagal mengekalkan bola di kawasan lawan.

Perhatikan Nebojsa yang tidak berada di dalam keadaan bersedia untuk membantu rakan sepaukan ketika melakukan serangan.

1.1 Perubahan posisi

Menyedari ketidakberkesanan Nebojsa di posisi No.10, pemain ini akhirnya dijadikan pemain tenngah (central midfielder) dalam sistem flat 4-4-2 skuad Bujang Senang.

Ini memberi ruang kepada Alif Hassan untuk beraksi di sebelah kiri, dan Bobby digandingkan semula dengan Roskam di bahagian hadapan.

perubahan formasi 4-3-3 Sarawak

Perubahan ini hampir membuahkan hasil, apabila salah satu hantaran lintang Alif menemui Roskam di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, tandukan deras Roskam, berjaya ditampan penjaga gol Perak.

Malah pada satu ketika ketika masih ketinggalan 2-1, Ian Gillian menggunakan formasi 4-3-3 untuk memberi kelebihan di bahagian hadapan, namun ia tidak membuahkan hasil.

2. Perak manipulasi Zon 14 dan Half Space 

Perak banyak melakukan ancaman melalui zon 14 dan half-space. Ini adalah kerana Sarawak jelas membenarkan kawasan itu bebas tanpa kawalan.

Kerapuhan di bahagian pertahanan, terus menjadikan zonal-marking pasukan Sarawak tidak teratur, sekaligus sering memberikan banyak ruang kepada pemain Perak memberi ancaman di zon berbahaya.

Lakaran di atas menggambarkan bagaimana dengan mudahnya Perak boleh menembusi garisan akhir pertahanan Sarawak dengan asakan di bahagian zon 14 dan half space.

Perkara ini berlaku berulang kali sepanjang perlawanan tanpa sebarang perubahan untuk tujuan recovery dari Sarawak.

Lakaran di atas ialah bagaimana mudahnya pemain Perak melakukan hantaran lintang dari kawasan half space. Sangat bebas bukan?

Ini bermakna Sarawak hampir tidak mempunyai sistem dalam permainan pertahanan mereka, menyebabkan zon 14 dan half space mudah dicerobohi oleh pasukan Perak.

2.1 Gol pasukan Perak

Dua kali Sarawak dihukum oleh pasukan Perak dari kawasan Zon 14. Manakala satu lagi gol adalah hasil hantaran tinggi dari sebelah kiri serangan Perak.

Sepanjang perlawanan, Perak giat memanipulasi bahagian half-space pasukan Sarawak yang tidak dikawal.

Gerakan yang mencetuskan penalti oleh Sabree Abu.

Akhirnya, bermula dengan larian daripada kawasan half-space, Nor Hakim Hasan menggunakan kawalan longgar pertahanan Sarawak untuk meloloskan diri di zon 14, sebelum dijatuhkan.

Perhatikan sistem sokongan (width) yang dibentuk oleh pasukan Perak dalam serangan ini.

Dua pemain berada di wide area, dua lagi pemain di hadapan sebagai  option melakukan hantaran  dan seorang lagi pemain di belakang sebagai sokongan jika kehilangan bola.

Zonal-marking yang berterabur turut mendedahkan kelemahan pertahanan Sarawak.

Perhatikan ruang bertanda yang boleh dieksplotasi oleh dua pemain Perak di setiap bahagian tanpa sebarang kawalan.

Gol kedua Perak TBG.

Gol kedua pasukan Perak TBG turut terhasil dari kelonggaran pertahanan Sarawak.

Perhatikan kedudukan dua pertahanan tengah (CB) pasukan Sarawak. Bukankah kedua-duanya yang sepatutnya berada di garis akhir pertahanan?

Di dalam lakaran di atas, Rames Lai (bek kiri) cuba melakukan bentesan akhir, namun gagal berbuat demikian.

Ia memberi rumusan jelas bagaimana Perak memanfaatkan zon 14 dan bahagian half space pertahanan Sarawak yang lemah untuk melakukan sebarang kejutan.

Kredit: Perak TBG

Manakala gol ketiga Perak adalah bukti bagaimana man-marking yang tidak berkesan, menghukum Sarawak.

Kredit: Perak TBG

Rumusan

Dengan kualiti pemain yang ada, kami berpendapat Perak seharusnya lebih mudah memanfaatkan lebih segala kelemahan di bahagian pertahanan Sarawak.

Bagi Sarawak, terlampau banyak isu di dalam taktikal permainan, terutama di bahagian pertahanan.

Ian Gillian pasti mempunyai banyak kerja untuk dilakukan demi memastikan Sarawak terus kekal kompetitif di saingan Liga Premier.

Apa-apa pun ini ialah saingan Piala FA. Menang mara, kalah anda tersingkir.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN