Analisis Taktikal MSL MD2: Kedah v Terengganu (1-0)

Kedah mencatatkan kemenangan ke 14 daripada 21 pertemuan terakhir dengan pasukan Terengganu dalam semua kompetisi.

Set Up

Kedah bermula dengan formasi 4-5-1 dengan menarik Sandro ke posisi attacking midfielder. Di tengan Amirul Hisyam dan Liridon menjadi double pivot. Baddrol diarahkan bermain wing kanan.

Terengganu lari daripada modern football tactic dengan bermain 4-4-2 dengan meletakkan Ashari di posisi no.9. Agak pelik Ahmad Yusof tidak bermain 4-4-1-1 atau 4-5-1 dengan ketiadaan Issey. Gustavo dan Nordin beraksi di tengah.

Terengganu Bermula Agresif Namun Kedah Progres Dengan Baik

Terengganu memulakan ancaman dalam perlawanan ini dengan Ashari cuba mencipta peluang di  byline tetapi cepat di ‘closing down’  oleh pertahanan Kedah. Menariknya, cara kedah berkembang dalam perlawanan ini sangat cantik. Mereka memulakan ‘projek’ dengan cuba menguasai bahagian tengah. Amirul Hisyam dan Liridon seperti dah 10 tahun beraksi bersama. Organisasi pivot Kedah adalah, Liridon lebih kepada ball winner dan Amirul Hisyam pula adalah pengutip bola dan pelancar build up. Namun mereka berdua berberapa kali bertukar tukar peranan dalam keadaan cukup smooth/lancar.

4

q1

Amirul Hisyam kerap bermain sebagai quarter back bila Kedah melancarkan serangan. Berlaku pertukaran posisi yang sangat smooth antara Liridon dan Amirul apabila pasukan Kedah menukar rupa bentuk (shape) pasukan. Sistem quarter back anda boleh rujuk super bowl atau sistem Gerrard era Rodgers.

amir

Mereka akan turun menjadi pertahanan ke tiga dic elah celah CB dan melancarkan hantaran dari deep area. Dengan menolak 2 fullback menjadi wingback sistem quarter back Kedah telah membolehkan mereka mencengkam dengan dominan di tengah. Ini ditambah dengan kenaifan Terengganu untuk menghukum back 3 Kedah dalam 3-6-1. Terengganu tak ada pertukaran plan taktikal dan berterusan mengharapkan sistem 4-4-2 yang berterabur itu mendatangkan hasil.

Saya yakin sistem ini diwujudkan adalah kerana Tan Cheng Hoe mahu mengurangkan impak Gustavo di tengah. Lebih mudah untuk Kedah selepas itu dan lebih sukar untuk Terengganu apabila Gustavo dikeluarkan kerana kecederaan.

quarter

Daripada rajah di Atas, anda dapat melihat gambaran ringkas pelan taktikal yang membolehkan Kedah menguasai tengah dengan membentu 3-6-1. Jarak antara pemain yang dekat dan unit yang ramai di tengah membolehkan mereka megekalkan penguasaan bola. Sistem wingback Kedah semalam sangat stabil dan membantu dalam balancing.

Zonal Marking Pasukan Kedah

Dengan sistem quarter back, mereka bermain secara zonal marking seperti musim lalu. Tetapi dalam perlawanan ini pemain lebih sistematik dan menyebabkan Joseph Kalang Tie dan Ashari mahupun Sharin buntu. Khairul Helmi berada dalam top game beliau. Manakala Bang Seung Hwan mungkin pemain pertahan terbaik dalam perlawanan ini terutama pada separuh masa pertama. Dia mencipta 2 peluang dan juga 2 shots on goals. Nasib baik Bang tidak dihukum oleh Ashari ketika kesilapan ngeri yang hampir membolehkan Terengganu menjaringkan gol. Ia pasti akan memberikan publisiti songsang kepada kecemerlangan beliau.

Isu kreativiti pasukan Terengganu jelas tercabar bila Gustavo dan Issey tidak ada di dalam padang. Kebanyakan cubaan Terengganu adalah dari luar dan bukannya hasil team play.

9

Kedah Pressing Tactic

Press , Press And Press !. Attack Attack and Attack ! Mungkin itu arahan taktikal mereka. Mereka bermain high block tactic dengan memberikan tekanan di garisan atas / high line sepanjang masa. Taktikal instensif tinggi ini mendesak pertahan Terengganu panik dan melepaskan bola awal dalam keadaan pasukan tak bersedia.

high

Jarak antara pemain yang dekat dengan bantuan / support antara mereka membuatkan Kedah bermain bolasepak bertaktikal antara yang terbaik di MSL yang pernah saya saksikan pada separuh masa pertama. Banyak one touch football serta organisasi yang sangat baik. Mereka memaksa Sharbinee menjadi hero untuk menghalang satu clear cut chance.

Terengganu Bocor Juga

Kedua dua pasukan masih ada isu dengan kreativiti walaupun Kedah lebih banyak mencipta peluang. Namun akhirnya Kedah medapat gol daripada situasi yang Terengganu sangat lemah iaitu bertahan ketika sepakan penjuru walaupun ia bukanlah secara terus. Ia adalah bola kedua dan ketiga yang menjadi punca. Tak banyak yang boleh dikomen daripada keadaan pergelutan di depan gol selepas Sharbinee gagal menangkap bola tersebut. Kahe meledak gol pertama beliau untuk Kedah dalam Liga dan pertama untuk beliau dalam MSL.

Sistem Terengganu

Dari awal sehingga akhir pasukan Terengganu gagal menjadi pasukan yang lebih baik. Mereka menjadi second best untuk semua aspek. Joseph Kalang Tie mencipta 5 peluang dalam perlawanan ini dan ia antara yang terbanyak dalam perlawanan ini. Gandingan Mat Yo dan Ashari gagal mencipta shot on target. On target pertama Terengganu dalam perlawanan ini hadir pada minit ke 30 melalui Vincent Bikana dan ia satu satunya shot on target mereka dalam perlawanan ini.

Sistem serangan yang bercelaru dan tak pasti siapa sebenarnya di bahagian atas serangan / top attacker. Nak kata Mat Yo dia seperti second striker role, nak kata Ashari, dia pun banyak berada di Center Attacking Midfielder. Saya labelkan Ashari sebagai banyak ‘sesat’ dan hilang dalam sistem ! Ahmad Yusof memasukkan Morales terlalu lewat.

Kemasukan Morales baru menampakan mereka ada striker walaupun impak sangat minima. Ahmad Yusof perlu mengkaji sistem permainan  4-4-2 yang beliau gunakan semalam dan saya cadangkan sistem itu tak akan wujud lagi dalam pasukan ini. Saya bukan nak sangkal formasi 4-4-2 cuma saya mengkritik sistem 4-4-2 itu dimainkan dengan tidak ada target man.

Pivot Nordin Alias dan Amirul Syahmi gagal berhubung dengan winger dan serangan. Jadi jelas disini mereka perlukan pemain box to box kedua selepas Gustavo. Nordin dan Amirul terlalu deep dan kerap memilih long ball. Kepasrahan / frustration mulai menguasai berberapa pemain dan Terengganu banyak melepaskan ‘lazy foul’ ke atas pemain Kedah terutama di sebelah kanan. Kordinasi antara pemain yang kurang baik meyukarkan link up play.

Rajah dibawah adalah posisi dominan Terengganu dan double pivot mereka gagal mnjadi penghubung antara zonal ketika transisi. Jarak antara pemain agak jauh dan menyukarkan hantaran pendek. Kesannya banyak hantaran panjang dilakukan.

bo

Intensiti Kedah Menurun di Separuh Masa Kedua.

Saya lebih melihat isu ini berpunca daripada kegagalan mengekalkan tenaga dan stamina untuk menampung kos yang diperlukan oleh taktikal mereka. Tan Cheng Hoe terpaksa membuat pertukaran untuk memberikan injection stamina.

Mereka ada sistem pressing dan intensiti yang sangat bertenaga namun isu untuk mengekalkan enjin di separuh masa kedua jelas sukar. Liridon mula banyak bertindak atas kapasiti individu dan permainan pasukan Kedah membuatkan gol kedua seakan akan sukar.

Kemudian Syazwan Zainon kelihatan letih. Baddrol terpaksa ditukarkan ke kiri selepas itu. Kedah tahu 1-0 bukan selamat namun mereka gagal untuk menekan Terengganu berterusan dan pada ketika inilah Terengganu dilihat berpotensi merampas sesuatu daripada perlawanan ini.

Fokus pemain Kedah mulai hilang. Tapi secara keseluruhan mereka masih bermain lebih baik. terengganu hampir ‘mencuri’ 1 mata namun Morales pula sudah offside. Positifnya adalah teknik Morales memang terbaik.

Statistik

statistik dipetik daripada Astro Arena
statistik dipetik daripada Astro Arena

Rumusan Pasukan 7.0

Kedah 
– Menyerang melalui tengah
– Lebih banyak mencipta peluang
– bermain zonal marking
– possession football dan mendominasi tengah
– high line pressing football

Terengganu 5.0
– Banyak menyerang dari kanan
– Lebih defensif
– Bermain counter attacking football

MOTM Pilihan : Amirul Hisyam

Kesimpulan

Ia adalah kemenangan pasukan yang lebih berhak kerana lebih keinginan berdepan pasukan yang tactical error Terengganu. Agak mengejutkan apabila Terengganu bermain seperti yang mereka sajikan semalam dan Ahmad Yusof gagal menyediakan plan alternatif .  Kedah mungkin kehilangan produktiviti Sandro dengan sistem ini, namun mereka tetap beraksi cukup baik secara pasukan terutama pada 45 minit pertama. Organisasi pasukan Terengganu bercelaru dalam perlawanan ini dan sangat lemah ketika counter attack. Mat Yo dan berberapa pemain kekadang terlalu overplay dengan bola dan Kedah dengan cepat menutup (closing down) ruang.

Kedah mungkin boleh menggariskan isu stamina dan tenaga dari segi teknikal. Mereka juga masih ada isu dengan berberapa pemain membuat keputusan individu sedangkan pasukan sudah membentuk serangan. Kedua dua pasukan masih perlu memperbaiki kreativiti.

Tahniah Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN