Analisis Taktikal: Mexico Tumpul, Improvisasi Willian Tambahkan Fluiditi Brazil

Iklan

Mexico patut menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan beberapa situasi serangan balas mereka dalam 3 vs 3, 3 vs 4 dan 4 vs 4 pada separuh masa pertama.

Brazil menang 2-0 dan mara ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Mexico bermain ‘high press’

Pasukan Mexico memang pasukan yang gemarkan bola sepak eksklusif dan tidak takut menyerang. Mereka menekan Brazil dengan tekanan tinggi pada separuh masa pertama.

Kesannya, mereka menyukarkan Brazil membina serangan daripada bawah. Brazil mengambil masa lebih setengah jam untuk keluar daripada tekanan pasukan Mexico.

Masalah keputusan di kawasan serangan

Kawasan serangan adalah final third. Mexico sekali lagi membuatkan Tite pening bahawa Brazil ada masalah mengekang asakan lebih awal. Beberapa kali Mexico tiba di kawasan serangan dan di luar kotak penalti.

Namun isu paling kritikal adalah keputusan yang mereka buat. Pemain kerap mengambil keputusan yang lemah sedangkan ada sokongan kiri kanan untuk permainan kombinasi.

Ini antar beberapa contoh daripada perlawanan ini, dan ada beberapa lagi anda mungkin boleh ingat jika anda menonton perlawanan ini.

Masalah ini sebenarnya menghantui mereka sejak perlawanan pertama lagi. Ingat lagi aksi menentang Jerman? Jika mereka lebih tajam dalam membuat keputusan mereka boleh menambah 2 atau 3 gol lagi.

Brazil sabar dan dapat rentak

Seperkara yang menarik tentang Brazil adalah, mereka sabar dan tidak panik ketika usaha mereka cuba mendapatkan ‘shape’ taktikal mereka diganggu pada awal perlawanan.

Mereka terus berusaha dan cuba memperbaiki permainan kombinasi. Selepas minit ke-30 mereka baru nampak mulai bermain lebih baik. Pada separuh masa kedua, mereka mendapat rentak daripada awal perlawanan.

2 gol Brazil adalah hasil daripada permainan kombinasi di final third dan juga aspek larian di sisi buta (blind side run) yang baik oleh Neymar dan Firmino yang menyempurnakan hantaran yang penuh visi dan imaginasi.

Jika perlawanan pertama kami menggariskan isu Willian yang terlalu lemah untuk terlibat di kawasan lebih ke dalam, namun dalam perlawanan ini Willian memperbaiki aspek itu.

Willian cepat masuk ke dalam half space dan bergerak sehingga ke sayap sebelah lagi. Gol pertama Neymar adalah hasi daripada gerakan progresif beliau.

Ini heatmap Willian vs Costa Rica di mana beliau terlalu statik di sayap sedangkan taktikal perlukan beliau lebih fluid.

Ini pula heatmap beliau semalam yang sangat progresif.

Kesannya, permainan kombinasi mereka lebih tajam di kawasan serangan.

Tempo Mexico kendur

Isu yang jelas dihadapi Mexico adalah stamina. Itulah bezanya pasukan Brazil dan Mexico. El Tri tidak mempunyai stamina yang cukup untuk mengekalkan corak high pressing dan bola sepak bertenaga.

Aspek ini sering menghantui mereka sejak perlawanan pertama lagi. Mereka adalah pasukan yang sangat agresif memulakan perlawanan namun kerap menamatkan perlawanan dengan keadaan tidak intensif.

Ketika menentang Jerman mereka ada gol pendahuluan pada fasa mereka intensif, dan fokus pada bertahan pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan menentang Brazil penyudah yang tumpul pada fasa mereka intensif dan bertenaga membuatkan mereka sukar pada separuh masa kedua.

Ini masa mereka ditekan dengan teruk oleh Brazil yang ternyata memiliki kecergasan yang jauh lebih baik. Itulah yang membezakan pasukan seperti Brazil dengan pasukan seperti Mexico, mereka ada kualiti tambahan yang membuatkan mereka dinamik.

Rumusan

Mexico tidak mampu menghukum Brazil pada separuh masa pertama dan bergelut untuk menyaingi intensiti Brazil pada separuh masa kedua.

Brazil sekali lagi sangat fokus dalam tugasan mereka dan mereka berhak menang kerana aksi separuh masa kedua dan berpotensi kalah kerana aksi 30 minit pertama.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Neymar (Brazil)

https://twitter.com/BrazilEdition/status/1013815193405538304

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram