Analisis Taktikal EPL 2016/17: Plan B Mourinho Menjadi Penyelamat United

Analisis taktikal kali ini kita fokus kepada perlawanan Manchester United vs Liverpool yang berakhir dengan 1-1.

Permulaan

Kedua-dua pasukan bermula dengan sistem 4-3-3. Namun ketika bertahan, Liverpool akan membentuk 4-1-4-1.

Manchester United Bermula Baik Tetapi Konflik Di Pivot

Manchester United bermula dengan sangat baik. Mereka banyak menekan dari sebelah kiri. Pada masa yang sama mereka menewaskan garisan pertahanan Liverpool yang tinggi.

Ini adalah contoh taktikal ketika mereka menyerang dari kiri. Martial bermain peranan yang sangat wide dalam sistem hug the touchline flanker.

Sumbangan Martial dari segi hantaran agak lemah. Lihat ruang di belakang Mkhitraryan. Sangat besar untuk diserang balas. Hal ini berlaku kerana Hererra memberikan sokongan kepada Martial, sepatunya ia tugas Carrick.

Namun secara keseluruhannya mereka berjaya mencipta banyak peluang dengan pendekatan ini sepanjang perlawanan. Liverpool sangat bermasalah di half-space sebelah kanan mereka.

Di pivot pula, United ada sedikit kecelaruan(confusion). Ini kerana Mkhitaryan jelas diletakkan di kawasan tengah ataupun sekitar center circle.

Idea ini mahukan Mkhitaryan menerima bola di situ dan menghantar ke sektor kanan dan juga membebaskan Pogba. Ini adalah gambaran pelan taktikal Manchester United hampir 70% pada separuh pertama.

Ia menghalang Hererra untuk mara/progress dalam perlawanan ini. Jones juga turut celaru kerana posisi Herera seakan-akan memenuhkan half space ketika Valencia naik.

Ruang ini yang kerap digunakan Liverpool untuk menyerang mereka. Ia celaru! Impak ini turut dirasai Carrick yang sukar untuk merancang gerakan kerana Hererra tersekat.

Liverpool Lambat Mendapat Rentak

Istilah mudahnya adalah gagal untuk settle down lebih awal. Mereka mulai nampak berkembang ketika minit ke 22 ke minit ke-30.

Sebelum fasa ini, Liverpool sukar membentuk 4-1-4-1 ketika bertahan dan 3-3-4 ketika menyerang seperti yang kerap mereka lakukan.

Namun setelah mereka berjaya mendapat rentak, Liverpool menyukarkan United kerana counter pressing Liverpool membuatkan United sukar untuk memulakan gerakan dari blok rendah.

Ia diakui sendiri oleh Zlatan Ibrahimovic dalam temu ramah selepas perlawanan. United kucar kacir kerana desakan oleh Liverpool di garisan tinggi.

Ini adalah antara corak binaan serangan yang cuba dilakukan United melalui blok rendah. Anda fokus kepada warna biru adalah aliran hantaran.

1. Ketika Jones meghantar kepada Valencia, unit gegenpressing Liverpool akan menekan titik bola dan potensi opsyen di sekitar.

2. Titik A adalah Mkhitaryan yang memang kerap turun ke bawah di half space bukannya bermain di sayap. Sukar untuk Valencia menghantar bola ke titik A. Jadi pilihan Valencia adalah titik B dan C di sebelah sana.

Pertahanan Garisan Tinggi Liverpool Agak Leka

Kerapkali United menewaskan garisan tinggi ini dengan mudah. Mkhitaryan dan Pogba antara 2 pemain yang mendapat peluang 1 lawan 1 kerana organisasi garisan tinggi Liverpool yang kerap leka dan melepaskan bola mudah.

Kemasukan Coutinho

Liverpool turut bermasalah dengan half space ketika menyerang dalam perlawanan ini. Kemasukan Coutinho memberikan kualiti berbeza. Coutinho adalah pencipta ruang ataupun space maker.

Coutinho menjadikan pemain di sekitar beliau menjadi lebih baik. United agak sukar untuk mengawal asakan Liverpool dengan kemasukan Coutinho. Namun malangnya penyudah pasukan Liverpool sangat tumpul.

Perubahan Taktikal United Pada Separuh Masa Ke-2

Saya lebih menekankan perubahan pada separuh masa kedua. Ini kerana, selepas gol James Milner, United masih kekal dengan formasi dan corak taktikal yang sama.

Liverpool pula lebih positif selepas gol tersebut. Namun  fasa perubahan pada separuh masa kedua adalah kunci utama United untuk menghampakan Liverpool daripada membawa pulang 3 mata.

Mereka memasukkan Fellaini untuk bermain route 1 football ataupun bola sepak dengan bola long ball dan kejar. Konsepnya adalah membina ancaman terus dari bola tinggi, ini termasuk De Gea.

Lihat laporan chalkboard hantaran panjang Manchester United.

Mereka menjadikan Fellaini sebagai pemain yang membantu Ibrahimovic untuk memenangi bola di udara. Mkhirtaryan diturunkan ke bek kiri. Rooney dan Mata di sayap.

Manakala Fellaini menjadi penyerang kedua yang membantu Ibrahimovic. Ini adalah gambaran formasi dan taktikal mereka.

Sebenarnya taktikal United ini agak besar risikonya di dua titik yang saya tandakan A dan B. Liverpool berjaya mencipta ancaman melalui titik itu namun penyudah sangat lemah.

Dalam temu ramah selepas perlawanan, Mourinho mengakui mereka bermain direct football dengan bola tinggi kerana mereka sukar menembusi pertahanan Liverpool dengan permainan kombinasi.

Hal yang sama dijelaskan Ibrahimovic yang menyatakan mereka bergelut untuk melepasi counterpessing Liverpool pada separuh masa pertama.

Liverpool jelas pasukan yang bermasalah jika berhadapan dengan taktikal long ball. Mereka kurang kompetitif di udara. Ia diburukkan dengan ketiadaan Matip.

Dalam gol penyamaan mereka, bola tersebut dimenangi Fellaini dengan satu flick yang responsif. Fellaini hampir kehilangan bola tersebut.

Ia terkena tiang. Namun dari segi pertahanan. Wijnaldum tidak mengetatkan kawalan ruang dan membolehkan Valencia dengan mudah memenangi bola dan menghantar kepada Ibrahimovic dan gol.

Masalah Taktikal Liverpool

Ia adalah masalah dari segi circulation bola. Mereka kurang tajam dalam menggerakkan bola seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Seterusnya adalah pressing dan counter pressing mereka yang kerap tidak cukup intensif dan dengan mudah diatasi oleh Manchester United.

Apabila hal ini berlaku, mereka dalam bahaya kerana kurang pemain di unit bawah serta berada dalam garisan pertahanan yang tinggi.

United memiliki circulation yang jauh lebih baik daripda Liverpool. Namun sayangnya United terlalu banyak membazir peluang terhidang.

Penilaian

Saya merasakan, United adalah pasukan yang lebih secara keseluruhan terutama pada separuh masa kedua. Mereka mengawal rentak permainan dan mendesak Liverpool untuk bermain dalam cara dikehendaki mereka.

Jurgen Klopp mengakui pasukan beliau tidak cukup bagus dari segi kecergasan dan limitasi pemilihan pemain dalam perlawanan namun mereka masih bermain bola sepak dengan berani.

Mourinho menyedari kelemahan Liverpool bertahan bola tinggi. Jadi perubahan taktikal untuk bermain lebih banyak hantaran silang adalah satu perkara yang tepat.

Ia adalah perlawanan yang sangat sukar untuk kedua-dua pasukan. Pada separuh masa kedua, terasa debaran yang lebih kuat.

Serangan kedua-dua pasukan agak menghampakan dalam perlawanan ini. Banyak peluang terhidang yang gagal disudahkan.

Jadi, ia perlawanan yang lebih berkualiti pada separuh masa kedua berbanding dengan separuh masa pertama. Apa yang kita pelajari adalah, dalam bola sepak jika plan A anda gagal, cepat cepat tukar ke plan B.

Pemain Terbaik

Simon Mignolet (Liverpool)

Beliau melakukan 3 key saves penting yang membolehkan Liverpool tidak dibolosi lebih awal ataupun tewas selepas mendahului kerana kegagalan jentera serangan menyudahkan peluang.

 Statistik

Baca juga: Jersi Perak 2017 Kekalkan Kecantikan Visual Jersi Musim 2016

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram