Analisis Taktikal Kelayakan Piala Dunia 2018: Malaysia 1-2 Arab Saudi

Malaysia mempamerkan persembahan pragmatik dalam perlawanan semalam untuk tewas 1-2. Perlawanan kemudiannya terganggu seketika pada minit 88′ sebelum pengadil membatalkan perlawanan.

Malaysia terlebih dahulu membuat kejutan apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim pada minit 70′.

Bagaimanapun kurang 6 minit kemudian, Arab Saudi berjaya menjaringkan 2 gol dalam masa 3 minit untuk kembali mendahului 2-1.

Jentera pertahanan bertambah baik

Secara keseluruhannya masih banyak yang boleh diperbaiki di jentera pertahanan Malaysia.

Tetapi jika dibandingkan dengan persembahan jentera serangan Malaysia ketika di bawah kendalian Dollah Salleh, persembahan mereka di bawah Ong Kim Swee lebih baik.

Bermain dalam formasi 4-1-4-1, Malaysia sentiasa mempunyai 9-10 orang pemain di belakang bola.

Ini membantu menjelaskan keputusan 0-0 pada separuh masa pertama.

Jentera pertahanan dan tengah Malaysia membentuk blok defensif seramai 9 orang.

Junior Edstal diarahkan bermain sebagai anchor man. Di mana tugasnya adalah menutup ruang di hadapan 4 pemain pertahanan dan ruang belakang 4 pemain tengah.

Dengan S. Kunanlan dan Azammudin Akil sebagai pemain sayap, bek kiri dan kanan Malaysia – Nazirul Naim dan Matthew Davies – mempunyai perlindungan yang lengkap dari segi defensif. Kedua-dua pemain sayap ini rajin membantu bek mereka.

Malah secara praktikalnya, Malaysia kelihatan seperti bermain dengan 2 bek di setiap kawasan sayap.

Meskipun Arab Saudi jelas menguasai perlawanan, mereka sukar untuk melakukan larian dan hantaran penetrasi di kubu Malaysia.

Sebabnya hanya satu: jentera pertahanan tengah yang dikemudi Razman Roslan dan Fadhli Shas pula tidak meninggalkan banyak ruang di belakang mereka.

Badhrul Bakhtiar dan Safiq Rahim pula lebih banyak membiarkan Salman Al-Faraj untuk memegang bola dan merancang tempo perlawanan tanpa tekanan.

Sebaliknya mereka memilih untuk mengekalkan bentuk defensif (defensive shape) 4-1-4-1 Malaysia.

Transisi daripada pertahanan ke serangan masih tak lancar

Satu perkara yang jelas dan perlu diperbaiki segera oleh Malaysia adalah transisi daripada pertahanan ke serangan.

Disebabkan defensive shape Malaysia yang padat, kompak dan mempunyai organisasi yang baik, Malaysia kerap merampas bola melalui pintasan hantaran (interception) dan bentesan (tackle) yang baik.

Bagaimanapun setiap kali Malaysia mahu melancarkan serangan, terdapat ketidak serasian yang nyata antara pemain-pemain.

Hantaran pendek sesama pemain tidak menemui sasaran. Hantaran jauh Badrol Bakhtiar juga tidak menemui sasaran.

Pemain sayap Malaysia, Azammudin Akil dan S. Kunanlan, juga tidak mampu menewaskan pertahanan Arab Saudi dalam situasi 1 lawan 1.

Arab Saudi menumpukan serangan di sayap kiri

Seperti yang kami tulis dalam scouting report kami semalam, Arab Saudi gemar menyerap melalui sayap kirinya.

Baca: 5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ARAB SAUDI

Dengan 2 pemain sayap; Taiser Al-Jassam dan Salman Muwashar beserta bek kiri Abdullah Al-Dossary, Arab Saudi kerap berjaya mencipta situasi 3v2 di kawasan Matthew Davis.

Di bahagian sayap kanan Arab Saudi cuma ada bek kanan mereka, Yassir Al-Shahrani.

Dengan Arab Saudi yang menguasai perlawanan, Al-Shahrani kelihatan bermain sebagai pemain sayap kanan berbanding bek kanan.

Bagaimanapun di sebalik penguasaan sayap kiri mereka, tiada peluang yang jelas berjaya dicipta oleh Arab Saudi.

Ini kerana Razman dan Fadhli sendiri tidak membiarkan banyak ruang di belakang mereka. Hasilnya serangan Arab Saudi tiada penetrasi.

Gol Safiq Rahim

Disebabkan Arab Saudi hanya mempunyai Yassir Al-Shahrani sahaja di sayap kanan mereka, Arab Saudi terdedah kepada bahaya sekiranya ada pasukan yang menyerang kawasan Al-Shahrani.

Itulah yang berlaku kepada Arab Saudi semalam.

Pada separuh masa pertama, pemain sayap kiri S. Kunanlan mempunyai 2 peluang untuk melancarkan serangan balas kerana ruang yang diberikan kepadanya.

Al-Shahrani bergelut untuk menandingi kelajuan Kunanlan sebelum Osama Hawsawi datang membantu.

Malah gol tunggal Malaysia juga sebenarnya berpunca daripada serangan balas Malaysia di kawasan Al-Shahrani.

arabsaudimas1

2 gol dalam masa 3 minit

Bagaimanapun Arab Saudi tidak mengambil masa yang lama untuk mendedahkan kelemahan Malaysia.

Meskipun Arab Saudi terpaksa mengharapkan ‘magik’ Yahya Al-Shehri untuk menewaskan Badrul Bakhiar dan Matthew Davies untuk gol pertama mereka, mereka juga perlu berterima kasih kepada posisi Junior Eldstal yang salah.

Ketika Junior sepatutnya mengawal ketat Taiser Al-Jassam, Junior tertarik kepada bola di kaki Yahya Al-Shehri.

Tindakan Junior ini meninggalkan ruang yang besar buat Al-Jassam untuk menjaringkan gol penyamaan.

arabsaudimas2

3 minit kemudian, Junior Edstal sekali lagi gagal mengikut larian Mohamed Al-Sahlawi yang menyerang hantaran lintang Yassir Al-Shahrani.

arabsaudimas3

Baca juga: ANALISIS TAKTIKAL KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018: UAE 10-0 MALAYSIA

Sumber: asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN