Analisis Taktikal: JDT Lebih Dinamik Dan Lancar Menentang Angkor

Sebelum ini dalam program Bolatelly saya ada menyatakan, formasi 4-3-3 adalah pilihan terbaik Mora sekiranya mahu menggunakan Safiq Rahim di dalam padang.

Ia jelas formasi yang lebih baik untuk JDT buat masa ini sebelum mereka melakukan transisi lebih stabil.

Permulaan

JDT bermula dengan sistem 4-3-3, pivot tunggal. Manakala, Angkor pula bermula dengan sistem 4-4-1-1.

JDT lebih free flow football pada fasa awal

Jaringan Gabriel Guerra adalah testimnoni terbaik kepada sistem yang lebih mengalirkan bola dengan bebas ataupun free flowing football.

Mereka lebih baik dari segi permainan kombinasi. Lihat binaan gol ini dibuat.


 
Ia dilakukan dengan komitmen setiap pemain untuk bergerak dalam koridor dan zon yang betul. Jadi, tugas untuk mengalirkan bola menjadi mudah.

Tengah bertiga JDT lebih animasi

Dengan sistem tengah bertiga yang ada pemain di belakang 2 pemain box to box Nazmi dan Safiq, JDT lebih animasi di tengah.

Kualiti pasukan Angkor agak teruk dalam perlawanan ini. Menjadikan tengah bertiga JDT seperti sedang di padang latihan.

Sistem ini tidak memerlukan Safiq Rahim untuk bertahan kerana dia akan turun ketika perlu sahaja.

Posisi Afiq Fazail memudahkan transisi dan memberikan lesen kepada bek tengah untuk naik lebih tinggi.

Afiq juga memberikan lesen kepada Safiq dan Nazmi untuk terlibat lebih awal dalam serangan.

Beliau sentiasa memastikan ada jarak yang sesuai untuk tidak dikenakan pressing. Ataupun dia berada pada jarak supaya ada sedikit margin sekiranya melakukan kesilapan.

JDT lebih pro-aktif, sistem pressing Angkor terlalu lemah Angkor sentiasa bertahan dengan unit pemain yang ramai. Namun sangat pasif. Ramai yang cuma memerhatikan bola.

Tidak ada tekanan yang kuat ataupun agresif. Mereka terlalu tidak agresif.

Ini adalah binaan gol ke-2 yang dijaringkan oleh Nazmi Faiz. Ia berlaku kerana sikap pro aktif para pemain dan kebijaksanaan Hazwan mengekalkan bola dan keupayaan Safiq menghantar ke blind space.

Ini satu lagi contoh pressing oleh Angkor yang sangat lemah dalam perlawanan ini.

Sistem JDT di bahagian sayap kanan JDT

S.Kunanlan dan Mahali Jasuli berjaya membentuk gandingan yang baik dalam perlawanan ini.

Menjadikan sistem di sayap kanan JDT sangat interaktif dan menjadi antara titik ancaman utama. Ketika binaan serangan berjalan, Mahali dan Kunanlan ada interaksi yang sangat baik.

Tidak berlaku isu konflik posisi kerana ketika Mahali masuk ke half-space, Kunanlan akan membekalkan kelebaran di kanan.

Ketika Mahali ke bahagian sayap, Kunanlan akan cuba memberikan sokongan di zon half-space.

JDT bertahan lebih kompak

Ini mungkin pengajaran yang mereka dapat daripada kekalahan ketika menentang Perak. Bek berempat JDT lebih kompak dan berada di zon half-space dan ke dalam.

Sebelum ini pemain bek sisi terlalu di hujung dan membuka ruang half-space. Mahali memberikan perlindungan yang lebih kuat di sebelah kanan sebagai pemain sayap defensif.

Di sebelah kiri, Azriff agak terdedah cuma ancaman ke atas paukan JDT dalam perlawanan ini agak terhad.

Guerra harus meningkatkan lagi aspek pertahanan beliau. Ini kerana, komposisi di sebelah kiri agak bermasalah sekiranya ada lawan yang memilki bek sisi yang ofensif.

Kualiti Angkor

Mereka hanya ada 19% penguasaan bola dalam perlawanan ini. Kebanyakan permainan mereka bergantung kepada Hikaru Mizuno.

Pasukan ini terlalu kurang bola untuk melakukan sesuatu. Ia membuatkan mereka dibuli oleh JDT. Ibarat datang ke Larkin dan melihat JDT berlatih.

Mereka memang tidak ada perancangan taktikal yang baik untuk perlawanan ini.

Pemain seperti Junior Eldstal bukanlah terlalu ampuh untuk bertahan kerana ada sedikit gugup. Namun kualiti Angkor terlalu sukar untuk menghukum JDT.

Angkor terlalu banyak hantaran lemah dalam perlawanan ini. Lihat statistik di bawah ini.

Gol ke-3 Safiq Rahim adalah sangat naif. Penjaga gol bukan menjaga near post sebaliknya seperti mahu menjaga byline.

Penilaian

Ia adalah aksi yang dominan oleh JDT. Mereka menjadi lebih cair dan free flowing kerana sikap pemain yang segera menghantar bola kepada rakan.

Tidak ada isu overplay di dalam perlawanan ini. Pemain seperti Safiq Rahim tidak tercari-cari apa yang harus dilakukan.

Nazmi Faiz dan Afiq Fazail adalah binaan penting dalam sistem ini. Namun JDT tetap harus memperbaiki isu mematikan ancaman lebih awal.

Angkor terlalu 1 man show dalam perlawanan ini dan mereka tetap mampu mara dengan sistem ini.

Dalam erti kata lain, tengah bertiga JDT beraksi baik ketika dalam penguasaan bola, namun ketika menghentikan serangan lebih awal, mereka masih perlukan latihan bersama, secara taktikal dan teknikal.

Ini antara aksi terbaik JDT secara taktikal musim ini. Namun sukar untuk memberikan penilaian terlalu tinggi kerana pasukan Angkor terlalu rendah kualiti taktikal mereka.

Apa yang pasti, Mora mungkin harus membangunkan sistem 4-3-3 ini buat masa ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Nazmi Faiz (JDT)

Walaupun pemain seperti Afiq, Kunanlan dan Mahali berada dalam senarai. Kami memilih Nazmi kerana dia memberikan dimensi ketika menyerang dan ketika turun untuk bertahan.

Statistik

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Tengah Bertiga Perak Menjadi Pagar Penting Untuk Tewaskan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram