Analisis Taktikal: Bagaimana Gan Menjadi Kunci Menewaskan Thailand Di Tengah

Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand. Salah satu pasukan yang paling cemerlang setakat ini dalam kumpulan G untuk kelayakan Piala Asia/Piala Dunia kali ini.

Kali ini kami akan memfokuskan analisis kepada peranan Brendan Gan di dalam perlawanan ini.

Awal 15 minit pertama

Thailand bermula dengan sangat baik. Mereka mendominasi bahagian tengah. Mendesak Malaysia untuk turun bertahan.

Thailand juga menggerakkan bola dengan lancar dan laju. Gol pertama adalah definisi kepada permainan kombinasi pantas.

1. Ekanit menempatkan dirinya di satu ruang yang sangat baik untuk menerima bola dan berhubung dengan ‘wide player’. Beliau mencipta ruang untuk dirinya dan rakan.

2. Syameer mulai ‘disadvantage’ dalam beberapa langkahan di sini. Beliau melakukan ‘track back’ namun sudah lambat

3. Fasa ini, Ekanit secara tak langsung mencipta satu lagi ruang bersama dengan Chanathip. Gerakan Ekanit membuatkan 2 bek tengah Malaysia membiarkan ruang besar di belakang mereka. Chanathip sedia menyerang ruang itu. Gan melakukan ‘track back’ namun Chanathip sudah ada ‘extra yard’.

Ruang inilah yang digunakan Thailand untuk melakukan gol pertama. Khairul Azhan tidak memiliki refleks yang cukup kuat untuk bertindak ke atasnya. Ia pantas.

Pressing oleh Thailand

Thailand bermain dengan sistem yang high line pressing. Namun tidak intensif atau agresif.

Mereka hanya menekan pada ruang yang secukupnya untuk menutup garisan hantaran (pass lanes) pemain Malaysia.

Pada awal perlawanan ini, Malaysia sukar melakukan binaan serangan. Terlalu banyak hantaran ke sisi dan neutral.

Malaysia selepas 25 minit

Fasa terbaik permainan Malaysia adalah sekitar 25 minit sehingga 35 minit. Inilah fasa di mana Harimau Malaya sangat dominan.

Inilah kunci kepada sistem binaan serangan lebih baik. Malaysia mendapat gol yang mirip dengan Thailand. Pemain melakukan cut back daripada byline dan kemudian ada ruang di hadapan penjaga gol. Bezanya hanya sedikit. Pemain Thailand tak melakukan track back dan hanya ball watching.

Anda lihat pemain di belakang Brendan Gan itu:

https://twitter.com/i/status/1194968478203011072

Malaysia semakin yakin dan berani bermain secara kombinasi.

Thailand bermasalah dalam mengekang permainan kombinasi pasukan Malaysia. Namun Harimau Malaya sering dihampakan oleh penyudah yang lemah dalam beberapa siri serangan.

Peningkatan di bahagian tengah

Selepas 25 minit Malaysia berjaya meningkatkan dominasi di bahagian tengah. Inilah kunci utama kejayaan Malaysia.

Thailand hilang kawalan di tengah dan membuatkan akses mereka kepada Chanathip dan pemain serangan yang lain mati.

Brendan Gan adalah kunci utama. Beliau bermain peranan box to box, terlibat dalam banyak aksi bertahan dan menyerang.

Beliau membolehkan Syameer Kutty Abba naik ke atas. Dan pada masa yang sama dia sendiri kerap naik apabila  serangan balas.

Kedua-dua, Gan dan Syameer bermain peranan box to box. Namun Gan lebih jauh jelajahannya berbanding dengan Syameer kerana lebih mobiliti.

Gan membantu pertahanan untuk mematikan serangan mereka lebih awal.

Misalnya gol kedua Malaysia, ia adalah rumusan terbaik kepada aksi Gan. Beliau melakukan bentesan penting dan memenangi bola di hadapan garisan akhir pertahanan.

Kemudian, bentesan itu telah mencetuskan serangan balas. Tidak terhenti di situ, Gan melakukan larian progresif untuk membekalkan sokongan secara ‘depth’ – dari belakang penyerang.

Penyudah yang sempurna apabila Gan menerima bola dan melakukan lob through pass yang sangat cantik. Mungkin itu adalah ‘assist of his life’.

Thailand tidak kreatif dan tiada plan B

Masalah Thailand dalam perlawanan ini mereka hilang percikan kreativiti yang ada pada pemain seperti Chanathip, Supachok mahupun Ekanit.

Chanathip adalah ‘outlet’ paling penting, kerana beliau konduktor kepada 3 penyerang di atas. Ini adalah idea Thailand dengan pemain no.10, Chanathip.

Dan pemain ini dimatikan secara sumber dan ruang.

Thailand jelas sekali bermasalah dengan gerakan di bahagian sayap, selain daripada gol pertama itu.

Mereka gagal untuk mengatasi Corbin Ong dan juga Syahmi Safari.

Malaysia lebih baik dalam mencipta peluang, dan lebih baik dari segi permainan kombinasi.

Apabila kurang gerakan yang fluid oleh Thailand, mereka tidak akan dapat membekalkan bola kepada Teerasil Dangda yang bukan target man. Beliau memerlukan bola hantaran lolos sesedap rasa untuk melancarkan tembakannya.

Kehilangan kawalan di tengah memberikan impak sangat besar keapda Thailand sepanjang perlawanan ini. Mujur Malaysia tidak terlalu tajam di final third dalam perlawanan ini. Jika tidak, Thailand boleh kalah lebih besar.

Thailand kemudian tiada variasi dalam permainan mereka. Kekal dengan plan A. Cuma melakukan pertukaran teknikal dengan pertukaran sisi oleh 2 pemain sayap. Ekanit dan Supachok bertukar-tukar arah.

Rumusan

Malaysia melakukan kebangkitan yang sangat baik secara mental dan taktikal. Mereka melakukan peralihan penguasaan di tengah dengan sangat awal, sebelum setengah jam perlawanan.

Apabila memiliki dominasi di tengah dan lebih agresif memenangi duel, ia memberikan masalah kepada Thailand yang cuba melakukan akses ke zon 14 yang ada Chanathip.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA.

Brendan Gan (Malaysia)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN