Analisis Taktikal: Eriksen Fokal Di Half-Space, Ralat Dalam 4-2-3-1 Man. United

Jika anda menjangkakan satu perlawanan yang biasa di antara Spurs dan United, di Wembley dan sentiasa memihak United, anda pastinya kecewa.

Ramai yang berpendapat, Man. United mungkin ada 1,001 masalah tetapi menghampakan Spurs di Wembley bukan salah satu daripadanya walaupun United menurunkan sesiapa pun.

Namun ia berbeza dalam perlawanan kali ini. United tewas 2-0 dan jika tidak kerana De Gea, mudah sahaja mereka tewas lebih besar.

Pembentukan pasukan

Jose Mourinho melakukan pertukaran yang banyak kali ini. Isu pada pemilihan pasukan beliau adalah terlalu ramai pemain ofensif. Young adalah bek sisi yang diubah daripada pemain sayap. Begitu juga dengan Valencia.

United memilih 4-2-3-1 kali ini dengan meletakkan Pogba dan Matic sebagai pivot. Sanchez di peranan no.8. Saya tak kata ia nombor 10 kerana ia terlalu ke bawah.

Lagipun Mourinho sendiri pernah mengakui, dia kurang gemar gunakan no.10 dalam pasukan United yang ada. Itu juga menjadi sebab kenapa Mkhitaryan gagal untuk menyerlah di United kerana dia baka no.10 tipikal pemain sayap tengah.

Untuk Spurs, pembentukan pasukan mereka sudah dijangka. Mereka bermain dengan sistem 4-2-3-1. Meletakkan Eriksen sebagai pemain yang aktif di half-spacce dan Dele Alli sebagai no.10 di belakang Harry Kane.

Analisis pertahanan United

Manchester United ada isu pertahanan yang kronik kali ini. Mereka melepaskan gol terlalu awal, hanya 11 saat dalam perlawanan. Namun kita bukan fokus kepada bek berempat sahaja, kita akan fokus kepada struktur keseluruhan mereka ketika bertahan.

Mereka memberikan ruang terlalu selesa di tengah kepada Spurs. Paul Pogba yang sepatutnya menjadi pivot kembar ataupun box-to-box telah menampakkan dia lebih kepada no.8.

Ini yang mewujudkan 2 no.8 di dalam 4-1-4-1. Yang saya yakin dibentuk bukan atas arahan Mourinho, ia adalah kerana sikap pemain yang tak nak turun ke bawah.

Matic sentias berhadapan dengan ‘gelombang’ serangan Spurs di tengah tanpa ada sokongan. Paling ketara pemain seperti Lingard dan Matic terpaksa turun ke bawah untuk cuba membantu di pertahanan.

Apabila ini berlaku, mereka sukar menggerakkan serangan balas segera. Impak Sanchez sangat minima. Lihat heatmap Sanchez pada separuh masa pertama ini:

Sanchez membantu untuk meneutralkan Eriksen di Half-space. Pemain itu terlalu dominan di zon tersebut.

Seterusnya gol kedua itu adalah kesilapan teknikal oleh Jones. Dia sepatutnya menggunakan kaki kiri untuk mengeluarkan bola, dia menukar fikiran saat akhir dan menggunakan kaki kanan.

Ini adalah pandangan dari sudut berbeza.

Di bek berempat pula, banyak aksi gugup ketika situasi 3 vs 4 ataupun 4 vs 4.

Serangan Manchester United

Mereka asasnya tidak ada disiplin ketika bertahan dan menyerang juga. Pada fasa serangan pemain terlalu kerap mewujudkan kesesakan zon (congested) seperti mereka tidak ada latihan taktikal.

Sanchez turun terlalu ke bawah dan Martial terlalu banyak hilang bola. Lukaku pula jelas terputus daripada hubungan dengan pemain lain (isolated). Ini adalah ‘heatmap’ Lukaku yang akan buatkan anda cakap, ini betul ke Lukaku ataupun heatmap Hererra?

Mourinho mengeluarkan Pogba dan memasukkan Fellaini untuk memberikan keseimbangan di tengah supaya mereka lebih agresif dan berdisplin di tengah.

Semua ini berpunca daripada kegagalan mereka dalam transisi daripada serangan ke pertahanan.

Mourinho tidak memerlukan 2 no.8, sebab pasukan lawan mereka terlalu dominan. Jadi Pogba yang ‘menyesatkan’ diri dia ke peranan nombor 8 telah dikeluarkan.

Ancaman Spurs

Secara asasnya, mereka ada 2 titik ancaman utama iaitu, di zon 14 terutama di half-space kanan dan di sayap kanan. Lihat ‘heatmap’ keseluruhan mereka dalam perlawanan ini.

Eriksen masuk ke dalam untuk menjadi Attacking Midfielder Right (AMR) dan Trippier akan membekalkan lebar di sebelah kanan.

2 pemain ini banyak mencipta peluang kepada pasukan mereka. Ashley Young jelas tak selesa dengan keadaan ini. Dia sendiri beberapa kali menunjukkan riak wajah tertekan.

Ini adalah gambaran bagaimana struktur 4-1-4-1 United ketika bertahan sukar untuk mengekang permainan progresif oleh Spurs yang bertitik fokal pada Eriksen.

Lihat bagaimana bebasnya pemain-pemain Spurs di zon 14 itu. United tidak kompak ketika bertahan terutama sekali pada separuh masa pertama, seperti mereka sudah lupa cara bertahan.

Tekanan tinggi Spurs

Sepanjang perlawanan United tak selesa dengan tekanan di garisan tinggi pasukan Spurs terutama sekali separuh masa pertama. United bermasalah untuk melepasi blok ‘counter-pressing’ tersebut kerana terlalu banyak hantaran lemah dan hilang bola.

United hanya memilik 79% ketepatan hantaran dalam perlawanan ini. Untuk pasukan yang ada kualiti seperti mereka, itu dikira dalam kategori tak cukup baik.

Lihat di bawah ini Spurs mengenakan counter-pressing, pemain menekan pemain.

Dan terus hilang bola

Rumusan

Ini adalah perlawanan di mana United memberikan ruang terlalu besar kepada lawan mereka. Untuk mencari satu perkataan sesuai menggambarkan aksi United pada awal pagi tadi saya pilih disjointed.

Mereka juga agak lemah mengatasi garisan pertahanan tinggi Spurs. Isu pertama, kelajuan Lukaku, keduanya adalah pemain seperti Sanchez terlalu ke belakang untuk melakukan tugas ini. Martial pula banyak aksi cemerkap.

Pasukan yang lebih baik menang dalam perlawanan ini. 22 percubaan gol daripada Spurs dan hanya 6 oleh United. Spurs melakukan 17 ciptaan peluang dan United hanya 4, ianya adalah rumusan paling mudah menggambarkannya.

Sukar untuk menyalahkan Jose Mourinho 100%, namun beliau tetap berhak dikritik dari segi pemilihan kesebelasan utama.

Di atas padang pula, pemain beliau kurang disiplin ketika bertahan dan menyerang. Ia adalah tanggungjawab 1 pasukan untuk kekalahan kali ini.

Boleh dikatakan pemain Manchester United tidak perasan yang mereka sedang bermain dalam persalinan Red Devils. Ralat taktikal dan ralat dalam posisi.

Eriksen adalah pemain terbaik pilihan kami.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram