Analisis Taktikal: Bagaimana Two Banks Of Four Atletico Membuatkan Liverpool Sifar ‘On Target’

Kerjasama Semuanya BOLA

Aksi UCL di antar Atletico dengan Liverpool adalah perlawanan tumpuan minggu ini.

Dan seperti yang kita semua sedia maklum, Liverpool gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat di dalam perlawanan ini.

Bukan mudah untuk menghalang skuad Jurgen Klopp daripada tidak melakukan sebarang percubaan tepat.

Kerana, apabila anda berjaya mengekang serangan bertiga – yang sukar dikekang – anda masih berhadapan dengan ancaman daripada pemain tengah mereka.

Struktur Atletico Madrid

Seperti yang semua kita tahu, Diego Simeone antara defensive coach terbaik di dunia ketika ini.

Beliau jurulatih yang pragmatik di dalam pendekatannya untuk mendapatkan keputusan.

Main cantik atau tak, itu bukan penting, yang penting dapat keputusan positif. Atletico bermain dengan sisteem 4-4-2 klasik.

Atletico agresif dan kompak

Mereka sangat agresif dan kompak apabila bertahan. Membuatkan para pemain Liverpool tidak selesa dengan pendekatan itu dan banyak kali berpatah balik dalam aliran bola.

Atletico bermain dengan sistem man to man marking yang  berdisiplin. Bukan semua pasukan yang boleh melakukannya sepanjang masa berhadapan dengan pasukan Liverpool.

Trent Alexander Arnold dineutralkan

Atletico cepat untuk menolak Liverpool ke tepi padang. Namun sudah banyak pasukan melakukan perkara ini, tetapi masih diancam oleh hantaran lintang daripada Trent Alexander Arnold.

Dan Simeone malah mengarahkan pemain penyerang mereka Correa untuk mengekang Arnold di tepi, ketika pemain lain reshape untuk membentuk sistem yang kompak.

Dalam bertahan, biasanya sesebuah pasukan membenarkan pemain lawan untuk menggunakan ruang di sayap.

Namun untuk pasukan Liverpool, Diego Simeone memadamkan peraturan asas itu dan mengenakan layanan keras.

Arnold sentiasa menjadi perhatian utama Atletico di dalam perlawanan ini.

Sistem ini berjaya kerana Arnold banyak kali melakukan hantaran lintang dalam ruang yang tidak selesa dan juga cuba melakukan hantaran segera kerana tekanan.

Atletico tidak berminat dengan pemburuan bola

Salah satu perkara yang jelas di dalam perlawanan ini, Atletico tidak berminat dengan usaha Liverpool yang cuba menarik mereka untuk memburu bola.

Sebaliknya mereka fokus kepada bertahan di belakang dan membentuk 2 banks of four di dalam sistem mereka.

Liverpool menguasai 75% penguasan bola pada separuh masa pertama. Dan 74% pada separuh masa kedua.

Kejayaan Atletico mendapat gol awal juga membolehkan mereka untuk membuang tekanan mencari gol, di mana fokus mereka adalah cuba bertahan dan melakukan serangan balas.

Jika Liverpool tanpa on target sepanjang perlawanan, Atletico pula tanpa on target selepas minit ke-27, ketika Alvaro Morata dalam situasi satu lawan satu dengan Alisson.

Atletico akan menekan segera pembawa bola yang masuk ke kawasan serangan mereka dengan mengarahkan dua atau tiga pemain untuk pergi ke arah mereka.

Roberto Firmino didiamkan dengan baik dalam perlawanan ini, menutup outlet kepada dua pemain  peyerang utama di sayap iaitu Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Rumusan

Diego Simeone menekankan aspek bertahan dalam 4-4-2 sepanjang masa dan pada masa yang sama menekan Trent Alexander Arnold serta Roberto Firmino di dalam perlawanan ini.

Ini kerana dua pemain ini boleh memberikan hantaran ataupun sumber kepada pemain lain ketika ruang tertutup dengan pertahanan kompak.

Jurgen Klopp kali ini buntu untuk memecahkan benteng Atletico. Kali terakhir mereka gagal mencatatkan on target adalah pada 2018 menentang Napoli.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram