Analisis Taktikal: Bagaimana Phil Foden Jadi Fokal Sistem ‘Strikerless’ Guardiola Benam Liverpool

Kerjasama Semuanya BOLA

Semua sedia maklum akan masalah kecederaan yang dialami Liverpool di bahagian pertahanan. Sejak beberapa perlawanan lalu, Jurgen Klopp sering meletakkan dua pemain tengah – yakni Fabinho dan Jordan Henderson – untuk mengisi posisis tersebut.

Apabila berhadapan dengan sebuah pasukan yang tempang seperti Liverpool, logiknya seorang pengurus akan meletakkan pemain penyerang untuk mengambil kesempatan akan kelemahan pasukan lawan.

Dalam perlawanan di antara Manchester City dan Liverpool di Anfield yang berkesudahan dengan kemenangan 4-1 untuk skuad Pep Guardiola, jurulatih itu melakukan sebaliknya.

Walaupun memiliki Gabriel Jesus sebagai No.9 semula jadi di dalam pasukan dan berkemampuan menguji gandingan Fabinho dan Henderson secara langsung , Guardiola memilih pemai muda, Phil Foden sebagai penyerang utama – di atas kertas.

Namun demikian, ada sebab kali ini sistem Manchester City dilabel sebagai ‘strikerless’ atau tanpa penyerang. Ia berkait rapat dengan peranan Phil Foden yang menjadi fokal serangan Guardiola dala perlawanan ini.

Phil Foden sebagai No.9 jadian

Phil Foden adalah pemain yang memiliki profil berbeza berbanding Jesus. Jika Jesus adalah seorang No.9, Foden pula adalah seorang pemain tengah menyerang yang mampu tampil sebagai perancang di dalam pasukan. Dalam perlawanan ini, Guardiola memberikan peranan penyerang utama/ central forward kepada Foden.

Di dalam sistem ini, Foden dianggap sebagai penyerang No.9 jadian; diarahkan untuk berada di antara dua blok – pertahanan dan tengah Liverpool – menjadi umpan buat Fabinho dan Henderson untuk keluar dari posisi asal (pertahanan) menghampiri posisi asal mereka (tengah).

Pada peringkat awal perlawanan Foden sering kali drop deep untuk berada di kawasan midfield Man City. Contoh terbaik Foden memainkan peranan sebagai No.9 jadian tiba seawal babak pertama.

Lihat kedudukan Foden di tengah memintas hantaran silang Thiago Alcantara.

Kedudukan tidak terlalu ke bawah bukan sahaja membenarkan Foden terlibat dalam permainan untuk menerima bola. Ia juga membantuk Foden merampas penguasaan dari Liverpool terutama di fasa awal gerakan yang dicetuskan pemain kreatif seperti Thiago Alcantara.

Bola menuju Ilkay Gundogan yang kemudian dihantar kepada Rodri. Rodri mengembalikan bola kepada Foden.
Foden pantas melakukan hantaran mencari Riyad Mahrez untuk mengeksploitasi high-line Liverpool. Mahrez berhadapan Henderson.

Hantaran pantas oleh Foden yang membebaskan Mahrez bermakna pemain sayap itu akan berhadapan Henderson secara 1 lawan 1. Perkara ini mengundang bahaya kepada kedudukan Liverpool. Dalam gerakan ini, Sadio Mane terpaksa melakukan tactical foul dengan menjatuhkan Mahrez sekaligus meneutralkan ancaman.

No.9 semulajadi dalam sistem 4-2-3-1 Guardiola

Babak kedua perlawanan Guardiola mengubah struktur permainan daripada sistem 4-3-3 kepada 4-2-3-1. Di dalam sistem ini Gundogan turut ke garis lebih rendah untuk melindungi bahagan pertahanan. Bernardo Silva pula diarahkan beraksi di garis lebih tingggi. Manakala Sterling dan Mahrez juga diarahkan bermain lebih ke bawah setiap kali tanpa bola.

Rodri pula kini seperti bergandingan dengan Gundogan di hadapan pertahanan City.  Di atas kertas tidak banyak perubahan kepada peranan Foden. Pemain muda ini masih turun ke bahagian midfield membentuk tiga pemain City berhadapan empat pemain Liverpool di jentera tengah.

Ederson terpaksa melakukan clearance selepas ditekan Trent Alexaner-Arnold.

Apa yang ditampilkan oleh Foden di atas padang lebih daripada seorang No.9 jadian, aksi beliau juga seperti seorang penyerang sejati. Lihat bagaimana ketika Ederson terpaksa melakukan clearance selepas diasak oleh Trent Alexander-Arnold.

Foden tidak teragak-agak mencabar Fabinho dan memenangi bola dari Henderson walaupun bersaiz badan lebih kecil berbanding pesaingnya.

Foden cuba memenangi second ball dari Henderson selepas melepasi kawalan Fabinho.

Dalam situasi di atas bagaimanapun pengadil memberikan sepakan percuma kepada Manchester City kerana Fabinho dikatakan mengasari Foden.

Foden sebagai deep lying forward

Foden bukan sahaja memberikan masalah kepada Liverpool apabila bersemuka satu lawan satu seperti situasi di atas.

Acap kali juga Foden berjaya mengumpan Fabinho ke bahagian sayap. Situasi ini sering kali menyebabkan Fabinho terpaksa mengasari Foden kerana gagal menyanyingi kepantasan pemain muda tersebut.

Foden berada di blok rendah untuk menangi penguasaan bola.

Apa yang menarik ialah kerja keras Foden untuk turn ke bawah untuk mendapatkan penguasaan bola untuk Manchester City. Peranan Foden di dalam sistem ini adalah persis seorang deep-lying forward.

Ancaman sebagai pemain sayap

Bagaimana Guardiola mengarahkan Foden beraksi dengan peranan yang pelbagai dalam satu perlawanan adalah sesuatu yang sukar kita tafsirkan. Selain tiga peranan berbeza di atas, Foden turut beroperasi sebagai pemain sayap.

Hantaran lintang yang hampir mustahil dilakukan.

Situasi di atas ialah apabila Foden menerima hantaran Oleksandr Zinchenko. Pada ketika ini Foden sudah bertukar posisi dengan Sterling yang beroperasi di tengah.

Larian lincah Foden dari sayap kanan sebelum assist kepada Gundogan.

Dalam situasi di atas dengan kehadiran Fabinho yang masih tidak menyedari perubahan posisi pemain City, Foden melakukan hantaran yang hampir menemui Sterling.

Giliran Foden jaring gol.

Selepas Guardiola memasukkan Jesus untuk Mahrez, Foden yang berkaki kiri diarahkan pula ke sayap kanan. Disitulah beliau memainkan peranan menghukum kesilapan Alisson sebelum memberikan assist untuk Gundogan.

Dan selepas itu Foden menampilkan bisa kaki kirinya dari posisi sayap kanan, berjaya melepasi hadangan Andrew Robertson sebelum merembat melepasi Alisson untuk gol keempat Man City.

Baca artikel menarik kami yang lain di:

Senarai Alasan “Ganjil” Pernah Diberikan Klopp Setiap Kali Liverpool Tercicir Mata

Kisah Haaland Yang Hampir Putus Asa & Bagaimana Solksjaer Bentuk Dirinya Jadi Mesin Gol

10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo

Rory Delap: Taktik Ganjil Hull City Hadapi Throw-In Yang Dibenci Wenger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply