Analisis Taktikal: 4-2-4 Bantu JDT Rampas Semula Perlawanan Dari Sarawak

JDT mengukuhkan lagi cengkaman mereka dalam kempen MSL 2017 setelah menang 3-1 dalam perlawanan menentang Sarawak di Larkin.

Permulaan

JDT turun dengan formasi biasa mereka 4-3-3. Manakala pasukan Sarawak menggunakan sistem 4-2-3-1 di dalam perlawanan ini.

Pertahanan Sarawak bermasalah

Dari awal perlawanan ini secara keseluruhannya, Sarawak ada masalah dengan struktur serta orientasi pertahanan. Mereka hanya bertahan dengan baik pada fasa permulaan separuh masa kedua.

Apa masalah pertahanan Sarawak?

Salah satu daripadanya adalah organisasi garisan pertahanan. Ini adalah punca mereka melepaskan gol penyamaan ketika menentang Selangor di Kuching sebelum ini.

Mereka gagal memerangkap pemain dengan perangkap ofsaid untuk pemain yang dengan jelas dengan mudah mereka boleh perangkap. Lihat anatomi gol pertama ini.

Pada fasa ini, Sarawak harus fokus kepada membentuk struktur kompak bukannya panik kerana Guerra. 4 vs 2, Sarawak panik!

Lihat cara Rojo berlari ke bawah dalam keadaan mereka ‘outnumbered’. Carrick fokus kepada meperlahankan gerakan (delaying) pembawa bola (ball carier). Pemain lain melakukan pemulihan dalam unit.

Dalam keadaan ini, Ghaddar terus ‘dijemput’ mara lebih jauh dan mendapat ruang yang beliau ingini. Perangkap ofsaid? Bagaimana dengan organisasi garisan pertahanan? ‘Recovery run’?

Seterusnya adalah, Sarawak terlalu banyak melakukan kesalahan (foul) ketika bertahan. Ia sangat lemah. Ada beberapa faul dilakukan di kawasan ‘zon kegemaran’ Safiq Rahim untuk melakukan sepakan bebas.

Sarawak berterusan bermasalah untuk bertahan di kawasan sayap (wide area). Struktur mereka terlalu lemah dan memberikan ruang yang banyak di half-space.

Ini adalah contoh 4-2-3-1 Sarawak. 2 pivot mereka tidak mampu melindungi zon no.14 JDT. 2 bek sisi mereka kerap berada di kawasan yang memberikan ruang besar. Kerapkali keluar dari garisan terlalu jauh.

Ini yang memberikan JDT kemungkinan yang besar untuk mendapat sesuatu setiap kali menggunakan ruang-ruang ini. Sarawak juga banyak diselamatkan aksi cemerlang penjaga gol mereka.

Taktikal Morais

Pada awal perlawanan Morais menggunakan sistem 4-3-3 dan Sarawak dengan 4-2-3-1. Mereka jelas ‘merajai’ bahagian tengah. Fokus serangan mereka adalah half-space.

Mereka agak bergelut untuk berhadapan dengan corak pertahanan Sarawak yang agresif. Namun mereka memperbaiki isu tersebut dengan mengurangkan permainan terlalu banyak dengan bola di kaki pemain mereka.

JDT lebih segera mengalirkan bola dari pemain ke pemain. Sarawak yang jelas ada isu dengan kesukaran untuk melengahkan, menghancurkan dan menghentikan (delaying, destroying & stopping) gerakan JDT.

JDT hilang cengkaman 20 minit separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Sarawak mengambil langkah awal menukar kepada 4-4-2 selepas 4-2-3-1 mereka lemah. Pada fasa pertukaran inilah JDT menjadi pasukan kedua terbaik dalam beberapa babak di separuh masa kedua.

Sarawak lebih baik dengan sistem 4-4-2, 2 pemain sayap mereka, Tommy Mawat dan Shamie Iszuan lebih banyak membantu pertahanan.

Hasilnya, Sarawak mendapat gol penyamaan menerusi sistem yang membolehkan mereka lebih banyak melakukan hantaran lintang.

JDT bermasalah untuk mengatasi hantaran lintang. Ia penyakit lama JDT pada awal musim ini, Sarawak efektif mencipta peluang dengan taktik ini.

JDT dengan 4-2-4

Selepas Sarawak mendapat gol penyamaan, Morais tahu ia adalah ‘wake up call’. Lalu beliau menggunakan 4-2-4. Mereka akan bertahan dengan 4-4-2.

Pada fasa ini, JDT merampas kembali jajahan di bahagian tengah dan memperbaiki sistem mereka. Mereka menjadikan pertarungan teknikal di bahagian garisan akhir pertahanan Sarawak.

Ini adalah salah satu punca gol kedua JDT dalam sistem 4-2-4.

Penilaian

Kemenangan ini adalah kerana perubahan taktikal oleh Morais. Pada masa yang sama, Sarawak juga boleh dikira berjaya mengejutkan JDT dengan perubahan formasi pada separuh masa kedua.

Sarawak ada kelebihan dari segi ‘pace’ di bahagian sayap namun produk akhir mereka agak lemah. Masalah di ‘final third’ masih menghantui pasukan Sarawak.

Dari segi pertahanan Sarawak harus meperbaiki aspek organisasi bek berempat, struktur ketika bertahan agar lebih cepat membentuk ‘compactness’. Selepas itu, perbaiki aspek bentesan dan juga posisi badan ketika bertahan.

JDT tetap ada isu di dengan pertahanan. Mereka juga ada masalah bertahan di bahagian sisi, namun Sarawak tidak setajam mereka untuk menghukum kelemahan itu. Ketika bertahan bola tinggi, JDT masih ada tabiat ‘ball watching’.

Safawi Rasid adalah perbezaan terbesar untuk JDT memiliki semula perlawanan ini setelah hilang pada fasa minit ke-45 sehingga minit ke-65 separuh masa kedua.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Safawi Rasid (JDT)

Safawi Rasid / foto: Asiana.my

Walaupun Ghaddar menjaringkan 2 gol di dalam perlawanan ini, Safawi Rasid lebih penting dalam pertukaran taktikal JDT. Beliau menjadi pemain simpanan paling efektif dalam perlawanan ini.

Bantuan gol beliau meletakkan JDT di hadapan sekali lagi. Manakala jaringan beliau meletakkan JDT ‘selesai’ tugasan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram