Analisis Ringkas: Kenapa Argentina Bermain 4-2-3-1 Dan Korbankan Dybala?

Kelayakan Piala Dunia 2018 oleh pasukan Argentina terus murung. Daripada calon pilihan layak secara automatik, mereka kemudiannya menjadi pasukan yang bertarung untuk slot play off.

Sebelum ini, Chile memberikan mereka talian hayat selepas gagal menang 2 perlawanan dalam minggu antarabangsa yang lalu.

Pada awal pagi tadi waktu Malaysia, skuad Argentina diikat Peru 0-0. Mereka kini kekal di tangga ke-6 dan Peru di tangga ke-5.

Kini, nasib pasukan mereka lebih bergantung di tangan Peru, Colombia dan Chile. Argentina pula berpotensi gagal mara ke Piala Dunia Rusia dengan status ramai pemain bintang di dalam pasukan mereka.

Argentina mengambil keputusan menukar venue untuk perlawanan menentang Peru. Ia antara langkah dan ikhtiar mereka untuk memperbaiki apa jua keadaan.

Mereka juga sudah melantik Jorge Sampaoli yang dianggap antara jurulatih terbaik di Eropah ketika mengemudi Sevilla.

Peru pula dilatih oleh legenda Argentina Ricardo Alberto Gareca Nardi yang pernah menjaringkan gol untuk menyingkirkan Peru daripada Piala Dunia satu ketika dahulu.

Kenapa 4-2-3-1?

Sampaoli bulan lalu menggariskan pasukan beliau kurang tenaga dan kepantasan untuk membina gerakan daripada blok pertahanan.

Kelajuan barisan pertahanan dan serangan tidak seimbang. Sampaoli menggunakan formasi 4-2-3-1 untuk memperbaiki isui ini supaya lebih seimbang.

Sistem 4-3-3 dan 3-4-3 dilihat banyak meninggalkan ruang terlalu besar di tengah dalam fasa serangan dengan pasukan mereka yang ada sekarang.

Lionel Messi pastinya menjadi tumpuan. Jika anda mengatakan pemain ini tidak sesuai dengan 4-2-3-1, anda silap. Musim lalu Luis Enrique mendapatkan yang terbaik daripada Messi dengan 4-2-3-1.

Musim ini, Ernesto Valverde beberapa kali bermain dengan 4-2-3-1 dan Messi selesa dengan sistem yang membolehkan beliau menjadi no.10 tulen.

Dalam perlawanan ini, Lionel Messi beraksi baik secara individu namun malangnya ia masih belum cukup untuk membantu Argentina. Ini adalah statistik Lionel Messi di dalam perlawanan ini.

Namun agak mengecewakan adalah aksi Alejandro Gomez dan Di Maria di sayap kanan dan kiri.

Sampaoli mengorbankan Dybala dan menurunkan Dario Benedetto. Ini kerana, Sampaoli mahukan ‘target man’ klasik. Dybala lebih kepada no.10 dan juga no.9 moden.

Namun begitu, Benedetto sangat bermasalah dengan ‘aerial duel’ ataupun pertarungan di udara. Beliau gagal memberikan aksi yang lebih baik di hadapan gol.

22 percubaan ke arah gol dilakukan oleh Argentina, namun tidak 1 pun berjaya menerjah gawang. Mereka menguasai 66% perlawanan ini.

https://twitter.com/GoalUK/status/916126132189171712

Bukan taktikal yang menjadi masalah tetapi teknikal pemain. Pemain gagal menjaringkan gol dengan banyak peluang terhidang.

Ini adalah jadual perlawanan terakhir untuk zon kelayakan Amerika Selatan. Adakah Messi dan rakan-rakan mampu untuk mara ke Rusia 2018?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram