Analisis: Peranan Baharu Ilkay Gundogan Sebagai No.8 Dalam Sistem Hybrid Man City

Ilkay Gundogan telah menjaringkan 11 gol untuk Manchester City pada musim ini. Apa yang menarik perhatian ialah sembilan daripada jaringan tersebut hadir sejak Januari lalu, menjadikan pemain No.8 dari Jerman dengan salasilah Turki ini sebagai penjaring terbanyak di eropah sejak 2021.

Sebagai perbandingan, Gundogan hanya menjaringkan 15 gol untuk Manchester City sejak tiba di England pada musim 2016/17. Ketika bersama Borussia Dortmund sebelum itu, Gundogan hanya memiliki 10 gol.

Persoalannya, apakah perubahan yang dilakukan oleh Pep Guardiola terhadap pemain ini sehingga mampu menjadi sangat klinikal di hadapan gol?

Evolusi atau transformasi

Prestasi di atas padang semestinya menggambarkan evolusi — namun ia sebenarnya adalah sebuah transformasi — mengambil kira perubahan peranan diberikan Guardiola dan bukannya perubahan posisi yang diambil kira.

Gundogan masih lagi adalah pemain No.8 dan bermain di sebelah kiri berpasangan dengan Rodri di jentera tengah Man Citu, tetapi permainannya kini mempunyai sasaran berbeza.

Lihat kedudukan dan larian oleh Ilkay Gundogan ketika Man City memiliki penguasaan bola.

Kredit juga harus diberikan kepada pembantu jurulatih Guardiola, Juanma Lillo yang menurut ESPN adalah individu bertanggungjawab melakukan analisis dan latihan di atas padang sekaligus menyumbang kepada peranan baharu Gundogan di dalam sistem Juego de Posicion Pep Guardiola.

Gundogan bebas berada di garis tinggi untuk melakukan larian ke hadapan.

Hasil analisis tersebut Lillo menyedari potensi Gundogan (untuk menghadirkan ancaman) ketika pemain itu berada di garisan atas yang lebih tinggi – ketika pasukan memiliki penguasaan bola dan sedang melakukan tekanan kepada pertahanan lawan.

Apa yang Lillo sedari ialah Gundogan kerap berada di posisi yang baik untuk menjaringkan gol. Pada ketika Joao Cancelo melakuan larian dari posisi bek kanan ke bahagian tengah pada ketika City memiliki penguasaan bola misalnya, Gundogan bebas melakukan larian ke dalam kotak penalti dari bahagian kiri half-space.

Sistem 2.3-5 Pep Guardiola bersama Man City pada fasa serangan. Lihat larian Gundogan selari dengan penyerang lain di hafl-space.

Di situlah pemain ini amat efisien dan mampu menyumbang lebih banyak kepada serangan Man City – baik untuk membina gerakan, atau menyudahkan gerakan dengan gol.

Fokal kepada Man City yang pincang

Seperti pasukan-pasukan lain, Manchester City juga mempunyai masalah mereka sendiri dalam hal kecergasan dan prestasi pemain di musim pandemik ini.

Di bahagian penyerang Sergio Aguero hanya sempat dibariskan sebanyak dua kali dalam kesebelasan utama pada musim ini. Gabriel Jesus pula bergelut dengan konsistensi. Pep Guardiola turut kehilangan khidmat perancang utama, Kevin de Brune selama enam minggu sejak Januari lalu akibat kecederaan harmstring.

Pemain Liverpool gagal mengekang/marking Gundogan.

Situasi ini memaksa Man City untuk tidak menyandarkan harapan memburu gol bersandarkan pemain No.9. Tanpa perancang utama seperti De Bruyne, Man City juga masih mampu mengekalkan fludity dan intensiti serangan dari sumber yang tidak dijangka.

Sumber tersebut, iaitu ‘Gundogan baharu’ pada ketika ini terbukti amat efektif dalam usaha Man City merampas kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris daripada Liverpool.

Pemain Liverpool gagal membaca gerakan Gundogan kerana kebijaksanaannya.

Lebih banyak kebebasan diberikan, maka beliau akan lebih efisien. Gundogan adalah pemain yang bijak dalam merancang gerakannya dan lariannya juga sukar dikekang pertahanan lawan.

Menentang Liverpool tempoh hari, barisan pemain Jurgen Klopp seperti ketandusan idea bagaimana untuk melakukan marking terhadap pemain ini. Dua gol yang dijaringkan oleh Gundogan pula persis seorang pemain No.9.

Tanpa pemain utama di beberapa posisi, Guardiola boleh dikatakan berjaya mengubah pendekatan dengan menjadikan Gundogan sebagai fokal baharu serangan Man City.

Statistik buktikan kemampuan Gundogan

Statistik turut membuktikan perubahan kepada kemampuan Gundogan, terutama penglibatan beliau di fasa terakhir serangan Man City. Dibandingkan dengan musim 2019/20, Gudogan kini memiliki purata 2.2 percubaan ker arah gol berbanding hanya 1.9 pada musim sebelumnya dalam setiap 90 minit perlawanan.

Heatmap Gundogan menentang Tottenham. Buktikan masih di posisi asal sebagai No.8.

Musim ini juga menunjukkan Gundogan tampil lebih tajam apabila menyempurnakan 28% peluang yang terhidang berbanding 6% sebelumnya. Kebanyakkan percubaan yang dilakukan oleh Gundogan (72%) dihasilkan dari dalam kotak penalti.

Kadar sentuhan bola (indikasi penglibatan di fasa akhir serangan) juga meningkat apabila Gundogan mencatatkan 3 sentuhan untuk setiap 90 minit perlawanan berbanding hanya 1.9 pada musim lalu.

Walaupun merupakan pemain No.8, objektif dan peranan bebas Gundogan dalam permainan ibarat seorang No.9.

Prestasi luar biasa Gundogan sejak Januari ini telah membenarkan Manchester City merekodkan 14 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Penutup

Di sebalik kebangkitan luar biasa prestasi Ilkay Gundogan, pemain dari Turki ini sememangnya mempunyai nilai rendah diri yang tinggi. Beliau tidak mengambil kredit sepenuhnya atas apa yang berlaku. Pada masa yang sama beliau juga enggan berhenti di situ saja dalam memenuhi potensi diri.

“Kami harus kekal rendah diri dan menghadapi setiap perlawanan seperti yang telah dilalui sejak beberapa minggu. Kami sedar pasukan berada pada momen yang sangat penting dan [pemain] tidak seharusnya mengambil ringan [kedudukan semasa]. Jika kami meneruskan rentak sedia ada, ia mungkin akan berakhir dengan kejayaan pada musim ini,” ujar pemain itu.

Apa yang dilakukan oleh Guardiola dan tim kejurulatihan terhadap Gundogan amat menarik sekali. Ia ibarat satu sistem hybrid. Gundogan masih beraksi di posisi asal di bahagian tengah, namun tampil dengan peranan berbeza ketika melakukan serangan.

Inovasi taktikal Pep Guardiola ibarat tidak kering dengan idea baharu, sentiasa tampil dengan pendekatan yang tidak pernah siapa fikirkan demi memastikan falsafah bola sepak yang beliau kehendaki dikekalkan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City:

Analisis Taktikal: Bagaimana Phil Foden Jadi Fokal Sistem ‘Strikerless’ Guardiola Benam Liverpool

Pepe: Ruben Dias Merupakan Pertahanan Terbaik Portugal

Guardiola Anggap Aguero Legenda

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply