Analisis Pendekatan Taktikal Guardiola Dalam Debut EPL

Saya cuba membedah cara pengurusan taktikal Pep Guardiola dalam tugasan pertama beliau. Ia adalah perlawanan sukar menentang Sunderland.

Daripada perlawanan tersebut, jelas Guardiola sudah mempersiapkan blueprint taktikal yang beliau mahukan sebelum liga bermula. Guardiola tidak mahu berlengah-lengah dalam usaha menyuntik falsafah bolasepak beliau di sini.

Berikut adalah 4 aspek utama yang saya dapat rungkaikan daripada perlawanan pertama tersebut.

1. Peranan Goalkeeper-Sweeper

Bercakap kepada media selepas perlawaan, Pep Guardiola mendedahkan beliau mengambil keputusan drastik menggugurkan Joe Hart.

Willy Caballero adalah pilihan yang lebih baik buat masa berbanding Joe Hart kerana beliau lebih bersedia secara taktikal selepas terlibat dengan pra-musim dari awal.

Dalam perlawanan ini, Pep mahukan seorang penjaga gol yang ada keupayaan menjadi asas gerakan taktikal dari belakang.

Guardiola tidak menekankan aspek mahukan ‘Neuer’ dalam pasukan ini. Tetapi Guardiola menekankan aspek tactical awareness dan kemampuan penjaga gol mengawal dan menghantar bola.

Willy Caballero memang jauh kualitinya berbanding Neuer. Hantaran build up awal beliau ada yang terus kepda pihak lawan.

Mengakui terkejut dengan nama beliau berada di kesebelasan utama, Willy menegaskan sepanjang minggu beliau dilatih dengan permainan yang lebih intergrasi dengan outfield players.

Willy dilatih dengan latihan tambahan untuk situasi 1 v 1, 1 v 2, 1 v 3 dan 1 v 4. Ia adalah latihan yang jelas sebagai pelan berdepan worst case scenario jika pertahanan di garisan tinggi ditewaskan pihak lawan secara numerical.

Menurut Pep Guardiola lagi, Joe Hart masih ada peluang untuk merebut tempat utama.

City juga dikhabarkan mahu mengikat penjaga gol Barcelona, Claudio Bravo. Ini adalah statistik perbandingan Joe Hart v Manel Neuer. Jelas sekali Joe Hart penjaga gol yang konvensional dan tidak ‘intim’ dengan bola.

Neuer

Ini pula data perbandingan yang dikeluarkan oleh Whoscored.

2016%2f8%2f3-players(1)

2. The Inverted Full Back/false fullback

Sistem yang memasukkan fullback ke zonal lebih dalam atau half-space. Ia akan membentuk defensive midfielder 2 di antara blok pertahanan dan blok serangan.

ssasa
false fullback

Pep Guardiola menyatakan, cara Sunderland pressing membuatkan beliau risau. Dalam erti kata lain, beliau memang sudah menjangka, Sunderland akan drop deep dan cuba melakukan counter attack.

Mungkin sebab itu, Clichy dan Sagna diarahkan bermain secara inverted. Mereka akan lebih mudah melakukan tackle dengan mematikan ancaman di sayap.

Dari segi hantaran pula, 2 fullback ini akan lebih mudah melakukan diogonal passes ke wide area dengan posisi mereka berada di kawasan ‘dalam’.

Dalam erti kata lain, ia memudahkan fullback melakukan hantaran tepat dalam build up.

Lihat data rantaian hantaran oleh Manchester City dalam perlawanan ini yang jelas banyak berpusat pada Sagna dan Clichy. Seolah-olah mereka adalah pivot taktikal.

city-left-side-connections-683x1024

Di bawah ini adalah heatmap Sagna dan Clichy. Mereka berlegar di garisan tengah padang (halfway line).

city

3. Pemansuhan Sistem No.10

Tidak pasti sama ada, peranan no.10 ini akan wujud selepas ini di kem Manchester City. Ini kerana mereka memiliki pemain no.10 berpengaruh dan antara yang terbaik di dunia iaitu David Silva.

Dengan meletakkan posisi Silva dan De Bruyne lebih di bahagian half-space, ia seakan-akan seperti peranan no.8 (Attacking Midfielder R/L), atau pure attacking midfielder dikembarkan.

2 pemain ini akan banyak melakukan forward run sama ada untuk memecahkan blok pertahanan ataupun melakukan front line pressuring di kiri atau kanan.

Apabila 2 attacking midfielder ini berada berdekatan Nolito mahupun Sterling, Clichy dan Sagna akan meningkatkan lagi garisan tekanan mereka.

Anda boleh lihat gambar di bawah ini bagaimana Silva membantu Nolito di sayap kiri untuk melakukan pressuring di blok tinggi. Clichy-Fernandinho-Sagna menganjakkan lagi tekanan dari garis belakang.

no
false fullback

Silva dan De Bruyne akan lebih banyak turun naik dalam kawasan half-space. Mereka akan turun ke bawah apabila perlu. Mendapatkan bola darip rantaian defensive midfielder 3, Clichy-Fenandinho-Sagna.

4. Fluiditi Dalam Taktikal

Saya pernah menerangkan ciri-ciri grid padang Guardiola dalam artikel Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Dalam Padang.

Guardiola memiliki grid padang beliau sendiri. Ini adalah gambar yang diambil dari kompleks latihan Bayern Munich di Sabener Strase.

Aufteilung-Guardiola

Aufteilung-Schmidt

Anda akan dapati Guardiola menggunakan pendekatan lebih vertical dalam 20 zon berbanding 18 zon. Oleh itu saya akan cuba menerangkan bagaimana formasi mereka berubah ubah di dalam padang berdasarkan grid padang Guardiola.

Formasi asas mereka adalah 4-2-3-1. Di bawah saya gambarkan bagaimana 4-2-3-1 ini disusun dalam 20 grid zon Guardiola.

Ini adalah gambaran kedudukan mereka ketika menekan dengan ultra offensive 2-3-5 di kawasan lawan. Anda akan dapati, garisan half space adalah kawasan yang menjadi tumpuan utama.

Silva dan De Bruyne akan mengawal 2 sektor half-space dan tidak ada peranan no.10 atau penekanan zon 14 dalam formasi ini.

Rajah di atas adalah gambaran secara umum bagaimana mereka beroperasi. Untuk lebih spesifik, mereka bergerak berorientasikan bola.

Ini adalah contoh pergerakan mereka apabila bola berada di zon Nolito, mereka akan menekan ke arah zon tersebut secara unit untuk memastikan kekal compact dan small space untuk pemain lawan bergerak.

press

Apabila Fernandinho turun ke celah celah RCB dan LCB, ia akan membentuk 3-2-5, dan jika dia ke atas, City akan dalam formasi 2-3-5 dengan garisan pertahanan yang tinggi.

Sebab itulah, amat penting untuk penjaga gol dipersiapkan dengan sebarang kemungkinan berdepan situasi 1 v 1 , 1 v 2 dan sebagainya.

Stones, Kolarov dan Fernandinho akan cuba sedaya upaya mematikan ancaman lebih awal. Mereka juga ada pace yang bagus.

Kolarov mungkin mahu dijadikan sebagai Playmaking-Center Back oleh Pep keranan kualiti hantaran beliau adalah baik.

Jadi, amat menarik untuk menunggu kehadiran Kompany, adakah beliau akan berada dalam pasukan utama selepas ini?

Kesimpulan

Ia bukan tiki-taka! Ia lebih menjurus kepada Juego de Posición atau bolasepak yang aktif secara pergerakan posisi seperti mana yang Pep lakukan di Bayern Munich.

Juego de Posición sentiasa aktif menyerang dan menguasai bola dengan berterusan.

Mungkin organisasi formasi agak berbeza dengan apa Bayern era Pep kerana perbezaan aspek teknikal terutama jenis pemain yang ada dalam pasukan. Namun pendekatannya adalah Juego de Posición. 

Aspek utama dalam Juego de Posición adalah

  • pemain diberikan peranan khas yang berubah-ubah di dalam padang mengikut fasa – fasa dan transisi tertentu di dalam padang. Contohnya, ketika menyerang, ketika menyerang dengan ultra offensive, ketika dalam keadaan neutral, ketika bertahan dan sebagainya.
  • pemain bertanggungjawab kepada garisan atau grid khas
  • unit dalam padang perlu bergerak berorientasikan bola
  • menggunakan pendekatan hantaran pendek yang cepat dan berkualiti
  • cepat menggerakkan atau menukar arah bola

Jadi, ia adalah tugasan awal yang hampir gagal menang oleh Pep kerana, pemain-pemain beliau baru bermain konsep ini buat pertama kali di perlawanan kompetitif.

Harus diingat, Guardiola sentiasa ada pelan khas dalam setiap perlawanan berdasarkan lawan yang akan ditentang.

Caballero mungkin menjadi pelan sementara Guardiola kerana, penjaga gol tersebut pun agak gugup dengan peranan untuk memulakan build up.

Namun, jika Caballero atau Hart dapat menguasai aspek yang dimahukan Gurdiola, saya berpendapat mereka tetap akan mendapat tempat.

Clichy dan Sagna masih perlu memperbaiki visi dalam permainan. Manakala Silva perlu lebih komprehensif di half-space.

Ramai pemain perlu membuktikan kualiti mereka dalam berberapa bulan ini, atau sebelum jendela perpindahan musim sejuk.

Ini kerana Pep mungkin akan melakukan pembersihan pemain pada jendela perpindahan yang akan datang dan membawa berberapa muka baru ke Etihad.

Ia adalah gambaran yang sangat nyata oleh Pep, beliau mahukan bolasepak yang tidak bosan di Etihad. Jika para pemain sudah memahami dan lebih faham akan tuntutan taktikal ini, City akan menjadi kuasa bolasepak menyerang yang digeruni.

Baca juga: 10 Perubahan Peminat EPL Boleh Jangkakan Dari Pep Guardiola Di Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram