Analisis: Debut Cemerlang Diogo Dalot Menentang Young Boys

Pemain bek kanan muda ini baru pulih daripada kecederaan. Beliau dibeli dari Porto dengan nilai £19 juta.

Sky Sports membentangkan analisis ringkas mereka tentang pemain ini.

Pemain yang dianggap sebagai antara pemain remaja terbaik di Eropah musim lalu. Akhirnya beliau berpeluang bermain dan melakukan debut dengan Man. United semalam.

Sebelum ini, Jose Mourinho sudah melabel Diogo Dalot sebagai pemain bek sisi terbaik di Eropah untuk pemain pada usia beliau.

Namun ramai juga peminat Man. United tidak begitu mengenali pemain ini. Aksi menentang Young Boys dianggap salam perkenalan paling penting oleh Dalot dan para penyokong.

Jelas sekali, Mourinho melihat kualiti pada pemain muda ini untuk menyaingi bek kanan Antonio Valencia.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 10: Leroy Sane of Manchester City and Antonio Valencia of Manchester United clash as Jose Mourinho, Manager of Manchester United and Ander Herrera look on during the Premier League match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on December 10, 2017 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Diogo Dalot antara pemain yang beraksi cemerlang dalam pertemuan UCL menentang Young Boys BSC.

Pemain berusia 19 tahun ini memiliki kepantasan yang sangat baik untuk mengatasi lawannya.

Dengan Luke Shaw kembali ke prestasi terbaik beliau. Dalot akan memberikan Mourinho tambahan kualiti. Tipikal bek sisi yang digemari dalam bola sepak moden.

Mampu menyerang dan mencipta peluang di blok atas. Ini adalah statistik beliau ketika menentang Young Boys BSC

Young Boys Ivorian forward Roger Assalé (R) looks on as Manchester United’s Portuguese defender Diogo Dalot controls the ball during the UEFA Champions League group H football match between Young Boys and Manchester United at The Stade de Suisse in Bern on September 19, 2018. (Photo by Fabrice COFFRINI / AFP) (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Jumlah hantaran: 22
Ketepatan hantaran: 84.8%
Hantaran silang: 4
Pintsan: 3
Kekasaran: 1

Bercakap kepada MUTV selepas perlawanan, beliau ternyata gembira untuk memberikan persaingan sengit.

“Tugas saya adalah untuk menyukarkan jurulatih membuat keputusan.”

Jose Mourinho juga gembira dengan aksi cemerlang Dalot dalam perlawanan ini.

“Jika dia mampun untuk tiba di zon melakukan gol selepas ini, ianya akan menjadi tambahan berguna untuk pasukan.

“Saya gembira dengannya. Pasukan ini ada kestabilan di tengah dan membolehkan beliau mara ke posisi itu.”

“Namun saya lebih gembira dengan aksi kental berpasukan berbanding dengan individu.”

“Ianya aksi yang cemerlang dan kental daripada pemain yang baru pulih daripada pembedahan lutut. Semua orang boleh melihat potensi beliau. Dan dia baru 19 tahun yang masih ada lebih 10 tahun lagi untuk bermain di sini.”

Jadi, misi seterusnya untuk Dalot adalah cuba merampas tempat daripada pasukan utama. Ianya bukan mudah.

Ini kerana beliau perlu menyaingi Antonio Valencia yang pernah dilabel Mourinho sebagai bek kanan terbaik dunia.

Pemain yang ternyata dalam senarai kegemaran Mourinho kerana komitmen di dalam padang. Paling penting, Valencia adalah kapten Man. United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN