Analisis: 4 Formasi Unai Emery Boleh Eksplotasi Neymar Jr. Untuk Paris Saint-Germain

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Neymar Jr. disahkan telah tersenarai di dalam skuad Paris Saint-Germain (PSG) yang akan berkunjung ke Munucipal du Roudourou untuk perlawanan ke-3 saingan Ligue 1 Perancis bertemu Guingamp.

Tatkala Neymar dijangka akan membuat debut di hadapan 18,250 penonton di halaman lawan, Barcelona akan beraksi di hadapan 99,354 penonton, menanti kunjungan Real Madrid di Nou Camp pada garis waktu yang sama.

Malah ketika Barcelona berkunjung ke Ipurua Municipal Stadium untuk beraksi menentang Eibar pada Februari hadapan, Neymar dan PSG dijadualkan bertemu Strasbourg di Parc des Princes di hadapan 47,929 penonton yang dijangka akan memenuhi setiap ruang tempat duduk stadium.

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)
Restrictions

Jadi bagaimana seterusnya? Kita sudah mengetahui bagaimana dan di mana posisi Neymar di Barcelona.

Menjelang debut Neymar di Ligue 1 bersama PSG pada awal pagi nanti, kami bawakan analisis, 4 cara bagaimana pengurus Unai Emery boleh mengeksplotasi kebolehan Neymar di dalam pasukannya.

1. 4-3-3: Terus kesinambungan di Barcelona

Edinson Cavani bukanlah Luis Suarez dan Lucas Moura tidak boleh disamakan dengan Lionel Messi.

Tetapi jika Unai Emery ingin mengembalikan persekitaran yang menyaksikan Neymar dengan lincahnya memberi masalah kepada pertahanan lawan ketika bersama Barcelona, maka Emery boleh mengekalkan Neymar di posisi yang sama.

Langkah ini akan menyaksikan Angel Di Maria akan beraksi di bahagian tengah gandingan 3 serangkai. Posisi ini juga bukan asing buat Di Maria.

Di posisi tersebutlah pemain antarabangsa Argentina itu memperagakan antara aksi terbaiknya ketika bersama Real Madrid, menjuarai UCL pada 2014 di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Di posisi tengah tersebut Di Maria akan bergandingan dengan Marco Verratti dan juga Thiago Motta. Ini membenarkan Di Maria untuk bebas mengeksplotasi ruang di belakang Neymar, dan pada masa yang sama memberi peluang untuk Neymar melakukan impak sepertimana yang dilakukannya di Barcelona.

2. 4-2-3-1: Neymar fokal serangan pasukan

Wang bukanlah satu-satunya motivasi untuk Neymar meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG. Penyerang dari Brazil itu mempunyai impian untuk memenangi Ballon d’Or satu hari nanti.

Untuk itu Neymar sudah tidak mahu dibayangi oleh Messi atau menjadi pembantu kepada perancang antarabangsa Argentina itu untuk berterusan mencipta nama dan mengambil kredit kehebatan secara bersendirian.

Dan jika perpindahan ke Perancis memungkinkan semua itu, maka PSG adalah pilihan yang wajar untuk Neymar. PSG tidak punyai masalah pemain berkaliber di sebelah kiri.

Kehadiran Di Maria akan menyaksikan Neymar berpeluang mengambil peranan sepertimana yang dimiliki oleh Messi di Nou Camp. Neymar akan diangkat sebagai pemain No.10, dan yang terpenting dalam rangka serangan PSG.

Neymar gemarkan tumpuan sejak beliau bersama Santos di Brazil. Perpindahan ke PSG telah menarik perhatian dunia dan kita jangkakan perhatian yang sama dalam aksinya bersama PSG.

Musim lepas Hatem Ben Arfa diberikan peluang untuk beraksi di belakang Cavani. Neymar sudah tentu pilihan yang jauh lebih baik jika bekas pemain sayap Newcastle United itu dijadikan perbandingan.

3. 4-4-1-1: Watak utama serangan balas

Memenangi kejuaraan UEFA Champions League pasti adalah salah satu impian Neymar bersama PSG. Emery dan anggota skuad PSG dari musim lalu pasti tahu betapa dahaganya Neymar untuk kejayaan di peringkat eropah.

Ingatan kita pasti masih segar bagaimana Neymar membantu Barca menang 6-1 walaupun tewas 4-0 di perlawanan pertama pusingan 16 pasukan pada pertandingan UCL musim lalu.

Pemain termahal dunia itu menjaringkan 2 gol dan menghasilkan 1 bantuan gol untuk menyingkirkan juara Ligue 1 tersebut dalam perlawanan itu.

Untuk komentar yang adil, PSG turut memilih taktik yang salah dalam perlawanan tersebut dan terpaksa membayar dengan harga yang mahal tersingkir dari saingan eropah dan gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Formasi 4-4-1-1 sesuai untuk pasukan yang memilih untuk bermain secara serangan balas. Dalam situasi perlawanan menentang Barcelona di UCL pada musim lalu, taktikal ini mungkin pilihan yang lebih baik.

Kehadiran Neymar akan memudahkan taktikal Emery jika memilih PSG untuk beraksi sedemikian.

Emery telah membuktikan keupayaan beliau di Eropah teutama ketika membimbing Sevilla. Mungkinkah kedatangan Neymar akan tampil sebagai senjata pemusnah Emery di pentas Eropah?

4. 4-4-2-2: Tiru cara Monaco

4 kejuaraan Ligue 1 dalam tempoh 5 musim sebelum ini adalah satu dominasi yang mengkagumkan buat PSG. Pedulikan pengkritik yang mempersoalkan kekuatan kewangan dan sumber yang sentiasa menyokong pasukan ini.

Mereka punyai wang, mereka belanjakan. Demikianlah hakikat bola sepak moden pada hari ini. Mungkinkah lebih baik untuk pasukan lain turut berusaha mencari sumber kewangan yang kuat sepertimana PSG untuk turut bersaing? Itu adalah cadangan yang lebih baik daripada tidah henti-henti menuding dan mancari kelemahan orang lain.

Di sebalik dominasi PSG itu, mereka tetap tidak boleh melawan kebangkitan AS Monaco pada musim lepas yang tampil sebagai pasukan yang bebas menjaringkan gol dan memiliki ramai pemain muda.

Namun demikian Leonardo Jadim sudah kehilangan 3 tongak utama mereka pada musim panas ini. Benjamin Mendy dan Bernardo Silva menyertai Pep Guardiola di City, manakala Tiemoue Bakayoko menyertai Chelsea. Masa depan Kylian Mbappe juga belum mencapai penghujungnya.

Jika Emery mahu meniru model yang digunakan oleh Monaco pada musim lalu, Neymar pasti mempunyai peranan untuk dimainkan.

Di Maria atau Javier Pastore akan bermain di posisi sayap seperti yang dilakukan oleh Silva di Monaco, yang boleh melakukan larian ke dalam. Manakala Draxler mengambil tempat Thomas Lemar sebagai pemain sayap klasik.

Penyerang antarabangsa Brazil ini akan diberi peranan untuk bergandingan dengan Cavani di bahagian serangan.

Rumusan

Kami mempunyai beberapa soalan untuk pembaca kami. Bolehkah Neymar berjaya bersama kelab baharunya, PSG di Ligue 1? Formasi manakah yang lebih sesuai untuk Neymar?

Anda punyai pendapat lain? Berikan pandangan anda di ruangan komen. Kami mahu mendengar daripada anda!

Sumber:

1. Ben pringle, Sunday Express (2017): Neymar to PSG: Predicted starting XI in 2017/18 if Barcelona ace completes record transfer; http://www.express.co.uk/sport/football/836061/PSG-team-news-transfer-starting-XI-predicted-2017-18-Neymar-sportgalleries

2. Mark Doyle, Goal (2017): HOW PSG WILL LINE UP WITH NEYMAR; http://www.goal.com/en/news/how-psg-could-line-up-with-neymar/3sejhclmrbny1dtvvw18r475r

3. The False 9 (2017): How could Neymar & Sanchez fit in? PSG’s thrilling new look 4-3-3 formation in 2017/2018
; http://www.thefalse9.com/2017/07/psg-formation-emery-2018-neymar-sanchez.html