Analisis: UEFA Melaporkan 4-3-3 Memintas Populariti 4-2-3-1 Dalam UCL 2015/16

Sejak beberapa musim lalu, pasukan yang bermain bola sepak moden menggemari sistem 4-2-3-1. Guardiola menganggap sistem ini adalah yang terbaik untuk bermain bola sepak menyerang. Hal ini kerana adanya ‘gelombang’ yang dominan dari belakang no.9. Satu sistem yang memudahkan counter-pressing.

Berapa banyak pasukan yang menggunakan 4-3-3 dan 4-2-3-1 pada musim 2015/16? Berikut adalah laporan daripada UEFA tentang kekerapan formasi digunakan di dalam UCL musim 2015/16.

1. 4-3-3: 13 (2015/16), 8 (2014/15)
2. 4-2-3-1: 10 (2015/16), 14 (2014/15),
3. 4-4-2: 6 (2015/16), 10 (2014/15)
4. 4-5-1: 2 (2015/16), 0 (2014/15)
5. 3-4-3: 1 (2015/16), 0 (2014/15)

Musim 2015/16 dianggap sebagai musim yang semakin kompleks di dalam perkembangan taktikal di Eropah terutama sekali yang melibatkan struktur pasukan.

Gent satu-satunya pasukan pada musim 2015/16 yang bermain sistem 3-4-3. Renato Neto dan Sven Kums bermain sebagai no.6 kembar (doble sixes). Mereka akan membentuk formasi 4-2-3-1 dengan segera apabila bertahan.

Musim 2015/16 Wolfsburg menukar sistem permainan mereka daripada struktur 4-2-3-1 yang mereka gunakan dalam peringkat kumpulan kepada 4-4-2 pada peringkat kalah mati.

Pengurus Wolsfburg, Dieter Hecking sendiri tidak pasti formasi dominan mereka pada peringkat kalah mati. Beliau berkata kepada pemerhati teknikal UEFA, Gareth Southgate:

“Saya tidak tahu nak katakan bagaimana kami bermain. Saya hanya boleh katakan kami sedang bermain 4-3-3.”

Namun begitu, Gareth Southgate mendapati mereka meletakkan sistem pemain tengah yang berbeza. Gustavo bermain di kawasan lebih ke belakang. Manakala Christian Traesch dan Max Arnold beroperasi di garis hadapan Gustavo.

Dalam perlawanan suku akhir pertama UCL menentang Real Madrid, Wolfsburg bermain dengan sistem 4-2-3-1. Ketika bertahan mereka akan membentuk 4-1-4-1. Pengurusan taktikal yang baik ini membantu mereka menang 2-0 di gelanggang sendiri.

PSG pula menukar sistem mereka daripada 4-3-3 kepada 3-5-2 ketika menentang City. Namun City berjaya mengatasi perubahan taktikal ini dengan seri di Paris dan menang tipis di Etihad.

Benfica adalah satu-satunya pasukan yang bergantung kepada 4-4-2. Mereka menggunakan 4-2-3-1 ketika menentang Bayern Munich di peringkat kalah mati. Mereka tewas 2-3 secara agregate.

Roma adalah pasukan yang memang bermain 4-3-3 pada musim 2015/16. Namun dalam perlawanan peringkat 16 pasukan, mereka menukar sistem kepada 4-2-3-1. Hasilnya amat lemah dan mereka tewas 4-0 secara aggregate.

Pep Guardiola ketika di Bayern Munich mengambil pendekatan yang varian di dalam taktikal beliau. Beliau ada platform yang kukuh untuk bermain 4-2-3-1, 4-3-3- dan 4-1-4-1.

Bayern antara pasukan yang diramalkan akan menjuarai UCL musim tersebut. Namun dikejutkan Atletico Madrid.

Rumusan: Kenapa 4-3-3?

Berdasarkan pemerhatian, dalam kejohanan yang kompleks seperti UCL amat sukar untuk menyerang menggunakan saluran tengah.

Jadi, formasi 4-3-3 adalah satu formasi yang aktif bergerak di kawasan sayap dengan sokongan yang kuat dari bek sisi.

Sistem ini lebih efektif berbanding dengan 4-4-2 kerana ia juga membolehkan sesebuah pasukan itu ada kelebihan secara kuantiti di tengah.

4-2-3-1 adalah formasi yang kadangkala terlalu bergantung kepada fluiditi di zon tengah. Konsep pertahanan itu sendiri adalah untuk segera membentuk struktur yang kompak di blok pertahanan yang rendah.

Sebab itu, Pep Guardiola sendiri tidak terlalu bergantung kepada 4-2-3-1 sahaja. Beliau tahu, jika ruang tengah itu di’sumbat’ dengan pemain yang ramai, mereka perlu akur untuk lebih aktif menyerang dari sayap.

4-3-3 adalah formasi yang sesuai untuk permainan kombinasi. Ia adalah formasi asas pilihan kepada bola sepak yang berasaskan ‘total-football’.

Namun dalam revolusi taktikal di Eropah, mereka menggunakan 3 pemain tengah yang ada kemampuan serba boleh. Pemain yang selesa memegang bola dan boleh menggelecek.

Anda boleh baca laporan lengkap di pautan di bawah ini:

Laporan teknikal UCL 2015/16

Rumusan

Formasi adalah asas kepada taktikal. Persedian yang baik untuk menyediakan 2 atau 3 formasi asas sangat penting tetapi ia bukan mudah.

Namun, jika perubahan formasi ini dilakukan pada perlawanan yang salah, ia akan menjadi bom jangka yang membunuh diri. Itu yang berlaku kepada PSG dan Roma.

Dalam pertarungan taktikal yang semakin kompleks, jurulatih harus lebih bersedia dengan sebarang tuntutan semasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram