Analisis: 3 Sebab Mengapa Barcelona Terdesak Mahu Dapatkan Depay

Memphis Depay Barcelona

Memphis Depay memang diketahui sebagai pemain yang paling dikendaki oleh Barcelona, namun penyerang Belanda itu gagal dibawa ke Nou Camp semasa tempoh perpindahan musim panas lalu.

Bagaimanapun Ronald Koeman pasti akan mendesak pihak pengurusan kelab untuk sekali lagi cuba untuk mendapatkan penyerang Lyon itu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka beberapa hari lagi.

Apakah yang menyebabkan Dapay amat diperlukan di kelab Catalan tersebut?

Serampang dua mata

Seperti sedia maklum, Lionel Messi berkemungkinan besar akan meninggalkan Barcelona sebaik sahaja kontraknya berakhir pada hujung musim ini. Maka pastinya Koeman memerlukan seorang ‘key player‘ di barisan serangan.

https://twitter.com/comps_hd/status/1302613841990299650?s=20

Ada yang beranggapan Depay adalah pengganti kepada Luis Suarez yang sebelum ini bertindak sebagai penyerang tengah di kelab tersebut.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan seorang pemain kreatif dan secara semula jadinya berfungsi dengan baik sama ada sebagai penjaring gol atau pencita jaringan.

Kebolehannya untuk beraksi sebagai penyerang, sayap kiri mahupun pemain tengah menyerang mejadikan beliau seorang pemain yang amat unik.

Berdasarkan statistiknya pada musim lepas, jelas Depay lebih bertindak sebagai tonggak utama di bahagian serangan dengan terlibat dalam 17 gol daripada 22 perlawanan (15 gol dan 2 bantuan jaringan).

Beliau juga memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu Lyon menyingkirkan dua pasukan pilihan iaitu Juventus dan Manchester City daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kreativiti

Di bawah bimbingan Rudi Garcia di Lyon, walaupun di atas kertas Depay diletakkan di posisi sayap kiri dalam formasi 3-4-1-2, beliau diberi kebebasan untuk memainkan peranan di beberapa posisi berbeza.

https://twitter.com/cnbarca/status/1296605536864133120?s=20

Maka beliau menggunakan kebolehan serta kemahirannya untuk membuat gerakan dari bahagian sisi ke tengah dan membuat rembatan bagi menghasilkan jaringan dengan rembatan kaki kanannya.

Ia merupakan peranan penyerang sisi dalam bola sepak moden seperti mana peranan yang dimainkan oleh beberapa pemain sayap ternama seperti Arjen Robben, Neymar, Son Heung-min, Mohamed Salah, Raheem Sterling, Eden Hazard dan ramai lagi.

Ini bermakna Barcelona bukan semata-mata mencari pengganti untuk Suarez, tetapi Dapay merupakan pelan jangka panjang untuk menggantikan tonggak utama mereka iaitu Lionel Messi.

Berbanding dengan penyerang Uruguay berkenaan, berdasarkan statistik Depay mempunyai kemampuan bukan sahaja menjaringkan gol tetapi mencipta jaringan untuk rakan sepasukannya.

Memphis Depay Heat Map (2019-20) Season
Memphis Depay Heat Map (2019-20) Season

Beliau juga mempunyai statistik lebih baik dari segi menggelecek melepasi pemain lawan serta jumlah hantaran ke dalam kotak penalti.

Jadi bagaimanakan Dapay akan berperanan dalam sistem Koeman di Barcelona?

Serba boleh

Barcelona sudah cukup terkenal dengan formasi 4-3-3, namun pada musim ini Koeman telah beberapa kali bertindak mengubah formasinya. Bagaimanapun sistem yang kerap digunakan adalah 4-2-3-1.

Sementara De Jong, Miralem Pjanic dan Sergio Busquets bertindak sebagai pivot berganda di bahagian tengah. Di bahagian serangan pula terdapat deretan pemain berkualiti.

Jika ditolak Messi yang berkemungkinan akan meninggalakan Barcelona, Koeman masih ada pemain muda seperti Ansu Fati, Pedri,Ousmane Dembele dan Francisco Trincao selain dua pemain berpengalaman Antoine Griezmann dan Philippe Countinho.

Sama ada 4-2-3-1 atau 4-3-3, apa yang pasti Depay adalah pemain yang diharapkan boleh bermain di setiap posisi dalam formasi tersebut.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Memphis Depay dan Barcelona:

Memphis Depay: “Saya Sudah Bosan Dan Mahu Dihormati Di Lyon”

Liverpool Tolak Spekulasi Mahu Beli Bekas Pemain Man Utd, Memphis Depay

Ini Sebab Mengapa 2020 Dianggap Tahun Malapetaka Buat Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN