Anak Sulung Venice Elphi Terkorban Akibat Kemalangan

Venice

Berita sedih menyelubungi keluarga ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Venice Elphi kehilangan anak sulungnya pada awal pagi tadi.

Anak sulung pemain sayap lincah itu, Francisca Deborah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan kediamannya.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika Venice dan isterinya baru sahaja pulang dari Hospital Tentera Tuanku Tuanku Mizan, Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan buat anak ketiga mereka yang mengalami asma.

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) turut menzahirkan rasa dukacita dengan ucapan takziah buat Venice yang juga merupakan ahli persatuan tersebut.

Venice Elphi yang juga merupakan anggota tentera berpangkat Sarjan telah beraksi bersama pasukan ATM FA sejak tahun 2008 dan pernah dipanggil untuk membarisi skuad kebangsaan ketika ATM menjadi antara pencabar dalam kancah bola sepak negara.

Salam takziah buat Venice dan keluarga dari SemuanyaBOLA.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram