Anak Kandung Ronaldinho Diberi Kontrak 5 Tahun Sertai Cruzeiro

Kerjasama Semuanya BOLA

Menjadi anak kepada bintang bola sepak dunia, Ronaldinho mungkin akan menyebabkan beliau menjadi tumpuan. Namun Joao Mendes benar-benar mahu menyertai Cruzeiro kerana bakat yang dimilikinya.

Disebabkan itu, pemain berusia 14 tahun ini tidak mendedahkan siapa ayah sebenar beliau, sehinggalah berjaya melepasi peringkat pemilihan dan mendapat tempat bersama kelab Brazil itu.

“Walaupun beliau [Mendes] adalah anak kepada Ronaldinho, Mendes tiba untuk menyertai pemilihan di kelab tanpa memberitahu siapa bapanya,” ujar kenyataan dari Cruzeiro. “Dengan bakat yang dimilikinya, beliau membuktikan dirinya. Hanya selepas beliau disahkan menyertai kami, kemudiannya beliau mendedahkan nama ayahnya yang terkenal itu.”

Ronaldinho bersama anaknya, Joao Mendes.

Pengarah pembangunan akar umbi Cruzeiro, Amarildo Ribiero berkata: “Beliau adalah pemain yang mempunyai kelebihan fizikal dan kualiti teknikal yang tinggi.”

“Beliau adalah pemain yang boleh beraksi sebagai ‘target man’ atau penyerang kedua. Walaupun memiliki susuk tubuh yang besar, Mendes memiliki kepantasan dan sentuhan penyudah yang baik.

Ayah kepada Mendez, Ronaldinho disifatkan sebagai salah seorang pemain terbaik yang dunia pernah saksikan. Seanjang karier selama 17 tahun, Ronaldinho pernah beraksi untuk Paris Saint-Germain, Barcelona dan juga AC Milan. Beliau juga pernah memenangi Ballon d’Or pada 2005.

Ronaldinho berada di Kuala Lumpur untuk Majlis promosi UEFA Champions League beberapa bulan lalu.

Perak TBG adalah antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho pada tahun lalu untuk beraksi di saingan di Liga Malaysia.

“Faktor umur bukan masalah, lebih-lebih lagi apabila bermain di Asia ini. Dia masih lagi mampu bermain di liga tahap Asia, malah kehadiran dia juga boleh membantu menarik penaja untuk melabur bersama pasukan,” juar bekas Presiden, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim pada Ogos lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply