Amri Yahyah Sokong ‘Tembakan’ TMJ 100%

Amri Yahyah TMJ 3

Drama mengenai ‘pendedahan’ yang dibuat oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) nampaknya memasuki babak baharu selepas pemain legenda Selangor, Amri Yahyah pula bersuara mengenai isu kebajikan yang melibatkan sebuah pasukan.

Ia merujuk kepada Insta Story pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang mempersoalkan mengapa ada pihak yang susah untuk menerima bahawa pengurusan kelab tersebut tidak bagus sehingga membuatkan pemain-pemain mengadu kepada pihak-pihak tertentu dan meninggalkan pasukan.

Insta Story Amri Yahyah
Tangkap layar dari Insta Story Amri Yahyah

Penyerang Sabah itu kemudian membalas dengan satu kenyataan yang ringkas tetapi mengiyakan dakwaan itu di atas pengalamannya bersama pasukan yang tidak dinamakan itu.

“Berdasarkan pengalaman memang betullah apa kata TMJ. Yang faham, fahamlah. Yang dah merasai pun ada,” ujar pemain kelahiran Tanjong Karang tersebut.

Amri memulakan karier profesionalnya bersama Selangor pada 2001 dan bertahan selama 13 tahun sebelum menyertai JDT pada 2014.

Beliau kemudian kembali ke pangkuan Selangor tiga musim sebelum mengangkat kaki buat kali kedua disebabkan ‘isu dalaman’.

Amri Yahyah Ucap Selamat Tinggal Kepada Selangor

Selangor pada Rabu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan pihaknya bersikap tidak menjaga kebajikan pemainnya yang sedang melawan kanser.

Malah pihak pengurusan The Red Giants telah memenuhi setiap perkara yang telah dipersetujui dalam kontrak pemain, sekaligus tidak timbul isu mengenai potongan gaji.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN