‘Amri Sendiri Yang Nak Pergi’ – Sathianathan

Amri Yahyah sah meninggalkan pasukan Selangor. Perkara itu sudah dimumumkan oleh Selangor FA.

Segelintir penyokong Selangor mahukan penjelasan. Adakah pemergian Amri Yahyah kerana B. Sathianathan sudah tidak mahukan pemain itu?

Musim lalu, Amri Yahyah gagal mendapat tempat di dalam pasukan Selangor. Ianya dikatakan antara sebab kenapa Amri mahu angkat kaki kerana mahukan lebih minit permainan.

Para peminat Selangor sangat sedih dengan pemain yang digelar lehenda Merah Kuning itu.

Amri Yahyah adalah pemain Selangor yang paling berjaya dalam era profesional.

Kontrak Amri Yahyah masih berbaki setahun dengan Selangor. Tetapi pemain itu dan FAS sudah bersetuju untuk meleraikan ikatan itu lebih awal.

Coach B. Sathianathan menjelaskan, pemergian Amri adalah bukan kerana beliau.

Beliau memberitahu Astro: “Itu bukan keputusan saya.”

Sathianathan menyatakan beliau menghormati keputusan Amri Yahyah – dan ternyata pemain itu memilih untuk pergi.

Sathianathan juga memberitahu bahawa, jika Amri memilih untuk kekal, beliau mungkin akan diletakkan dalam pasukan Selangor 2.

“Saya tidak buat keputusan sama ada dia kekal atau tidak. Selangor sekarang ada dua pasukan, jadi pihak pengurusan boleh buat apa-apa perancangan sama ada gunakan khidmatnya dalam Selangor 2 bagi membimbing pemain muda.

“Kalau dia tetap dengan Selangor, pasukan akan menghormatinya. Saya juga menghormatinya sebagai seorang pemain,” katanya.

Amri Yahyah kini menjadi ejen bebas dan masih mencari kelab baharu. Beliau sudah dikaitkan dengan beberapa pasukan.

Pasukan manakah yang bakal diwakili Amri Yahyah musim hadapan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram