Amer Azahar Mahu Tamatkan Badi 47 Tahun Piala Malaysia Buat Penang

Amer Azahar

Pemain Penang, Amer Azahar mahu membawa pasukannya itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekali gus menjulang trofi utama bola sepak negara.

Beliau yang berasal dari Bayan Lepas jelas sekali mahu menamatkan badi 47 tahun Penang dalam saingan Piala Malaysia.

Mahu nikmati seperti yang lain

Cemburu melihat pasukan lain mendakap kejuaraan Piala Malaysia, Amer yang beraksi sebagai pemain sayap mahu memberikan kejuaraan kepada Penang sekali gus menambah koleksi kejuaraan mereka.

Sebelum ini, Penang hanya merangkul empat kejuaraan Piala Malaysia sahaja walaupun pernah ke perlawanan akhir 13 kali.

“Siapa yang tidak mahu ke final kerana saya tahu sudah lama Penang tidak mengecap sebarang kejayaan dalam kejohanan Piala Malaysia.”

“Itu menjadi impian utama saya dengan Penang selepas melihat banyak pasukan lain pernah merasai nikmat memenangi Piala Malaysia,” kata Amer menerusi MFL.

Rentak bakal kembali

Walaupun berimpian besar untuk membawa kejuaraan ke Pulau Mutiara, tetapi Amer sedar pasukannya mempunyai momentum yang tersekat kerana kecederaan.

Kecederaan pemain seperti Rafael Vitor dan Khairu Azrin menyukarkan peluang Penang untuk berjuang dalam dua perlawanan awal.

Kini selepas sebulan berehat, dengan kembalinya dua pemain itu diharap dapat memberikan saingan hebat untuk baki saingan kelak.

“Momentum pasukan agak terencat pada dua perlawanan sebelum ini kerana selain faktor keletihan, kami ketiadaan beberapa pemain utama.”

“Harap sebaik aksi ketiga nanti, pemain seperti Khairu Azrin mampu beraksi kerana ketiadaanya amat dirasai di bahagian tengah.”

Perlawanan seterusnya buat Penang adalah bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk berdepan dengan Sri Pahang.

Kali terakhir Penang mendakap Piala Malaysia adalah pada 1974 apabila mereka menewaskan Perak di perlawanan akhir.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply