Amaran Mourinho! Penganjur Pra-Musim Jangan Sesuka Hati Tampal Gambar Pemain Pada Bas

Pengurus Manchester United tidak suka pengurus jelajah pra-musim melekatkan gambar pemain termasuk beliau sendiri pada bas yang membawa mereka.

Dalam jelajah pra-musim Manchester United musim lalu, pihak penganjur pra-musim di China melekatkan gambar Ibrahimovic, Martial, Luke Shaw, Marcus Rashford dan Jose Mourinho.

Hal itu ternyata tidak disenangi oleh Jose Mourinho. Tahun ini, penganjur di Amerika Syarikat sudah dimaklumkan untuk mengelakkan hal tersebut.

Dan mereka menyediakan bas seperti di bawah ini untuk Jelajah ‘Unmissable 2017’. Bas merah ini hanya ditampal dengan logo kelab dan penaja.

Mourinho bukan tidak mahu gambar pemain dilekatkan pada bas. Tetapi beliau mengingatkan agar gambar pemain haruslah untuk semua pemain.

Jika penganjur tidak mampu melakukannya, adalah lebih baik tidak payah melekatkan langsung gambar pemain pada bas.

Mourinho tidak mahu ada pemain yang dilayan seperti bintang di dalam jelajah pra-musim. Ia akan mewujudkan perpecahan di dalam pasukan secara tidak langsung.

Manchester United akan berhadapan dengan LA Galaxy pada Sabtu ini. Penyerang baru mereka, Romelu Lukaku antara yang paling mencuri tumpuan.

Pemain ini memuktamadkan perjanjian dengan Manchester United dari Everton pada minggu lalu.

Sumber

Dailymail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4690628/Manchester-United-boss-Jose-Mourinho-orders-images-bus.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN