Allgeri Tekad Kekal Di Juventus, Anggap Kemenangan Ajax Turut Dibantu Gol Nasib

Massimiliano Allegri kini mendapat tekanan daripada banyak pihak. Ini selepas beliau terus gagal membantu Juventus menjuarai UCL.

Ramai peminat Juventus sudah muak dengan Allegri yang dituduh hanya mampu menjadikan Juventus jaguh kampung – hanya gah di Itali, namun generasi emas Juventus di bawah Allegri terus gagal mendakap kejuaraan UCL.

Pada awal pagi tadi, skuad Old Lady disingkirkan oleh Ajax daripada suku akhir UCL. Juventus pasukan kedua terbaik dari segi kualiti permainan dalam kedua-dua perlawanan timbal balik.

Musim ini Allegri membelanjakan €118 juta, hanya untuk Cristiano Ronaldo sahaja. Pemain itu dibawa masuk – atas alasan menjadi faktor penting yang akan membantu Juventus menjuarai UCL.

Allegri juga membawa balik Leonardo Bonucci ke Juventus pada pra musim 2018/19.

Namun ianya masih tidak mampu untuk membantu pasukan tersebut menamatkan penantian kejuaraan UCL yang kali terakhir mereka menangi pada 1996.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Allegri mengesahkan masa depan beliau sudah pun diputuskan lebih awal. Beliau menyatakan bahawa beliau memilih untuk kekal bersama Juventus.

Allegri berkata: “Ajax mara selepas aksi mereka pada separuh masa kedua. Kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama dan memberikan mereka masalah.”

“Namun bola sepak ini boleh menjadi sukan yang kejam. Mereka mendapat gol nasib. Itu membuatkan kami gemuruh dan tidak bermain baik pada separuh masa kedua.”

“Ajax pasukan yang baik, namun kami malam ini agak tak cukup sabar dan terpecah unit. Kamu tidak boleh dengan mudah memberikan lawan kamu gol di tempat lawan.”

“3 gol daripada 2 perlawanan ini, kami menghadiahkan Ajax 2.5 gol.”

Berkenaan dengan masa depan beliau, ini komen Allegri: “Saya sudah bercakap dengan Presiden dan saya sudah memberitahu apa keputusan saya.”

“Saya memutuskan untuk terus kekal di Juventus. Dan selepas ini saya akan bercakap dengan kelab tentang perancangan kerja untuk masa hadapan.”

Ditanya tentang prestasi Ronaldo, Allegri berkata: “Cristiano Ronaldo banyak membantu kami di UCL dan sepanjang musim ini. Namun di peringkat suku akhir seperti ini, kamu pelukan skuad lengkap.”

“Hari ini kami kehilangan 4 atau 5 pemain yang terpaksa direhatkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN