Allardyce Simpati Nasib Liverpool

Bekas pengurus England Sam Allardyce berpendapat saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini mustahil untuk ditamatkan ekoran penularan wabak coronavirus, walaupun ia akan menjadi perkhabaran sedih buat Liverpool jika ia berlaku.

Premier League dijadualkan akan bermesyuarat sekali lagi pada 3 April bersama-sama wakil kelab, setelah sebelum ini memutuskan saingan ditangguhkan sehingga 30 April.

Namun setelah Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan perintah berkurung pada Isnin lalu, Allardyce tidak melihat kemungkinan liga akan dimulakan kembali pada tarikh tersebut.

“Kerisauan terbesar sata ialah kita terpaksa melupakan terus saingan pada musim ini, dan memulakannya kembali pada musim hadapan,” ujar bekas pengendali Bolton, Newcastle dan Everton itu kepada Sky Sports News.

“Saya tida tahu bagaimana anda akan menamatkan musim ini dengan apa yang berlaku di peringkat NHS. Ia amat menggusarkan, dan semua orang harus menjaga keselamatan diri di rumah masing-masing.

“Demikianlah hakikat pada hari ini di seluruh dunia, termasuk juga di negara kita. Virus ini telah merebak dengan cepa dan lihat sahaja berapa ramai yang sudah menjadi korban.

“Satu-satunya cara untuk kita mengawal musibah ini ialah dengan perintah berkurung.”

Sehingga kini tidak dapat dipastikan nasib Liverpool yang memiliki kelebihan 25 mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris jika saingan pada musim ini dihentikan.

Namun Allardyce berpendapat Liverpool tidak seharusnya diberikan kejuaraan sekiranya – walaupun tidak memenangi kejuaraan tersebut selama 30 tahun – kerana masih ada baki saingan yang belum dihabiskan.

“Ia akan menjadi perkhabaran yang menyedihkan buat banyak kelab,” tambah Allardyce.

“Di Liga Perdana Inggeris kita melihat Liverpool telah melalui musim yang menakjubkan, tetapi nyawa adalah lebih penting, dan tidak ada perkara lain yang boleh dibandingkan dengan keutamaan itu.”

Allardyce yang pernah membimbing West Ham turut berjenaka dengan berkata Naib Pengerusi West Ham Karen Brady mahukan musim ini dibatalkan terus kerana mahu West Ham terselamat dari penyingkiran.

Pada ketika ini, West Ham hanya diselamatkan dari zon penyingkiran oleh perbezaan gol.

Baca artikel lain mengenai Sam Allardyce:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram