Alexis Sanchez Mahu Bermain Di UCL, Isyarat Mahu Keluar Dari Arsenal?

Bintang Arsenal ini dikaitkan dengan Bayern Munich dan Manchester City. Namun Arsenal dilaporkan mahu mengekalkan pemain ini dan yakin Sanchez akan menandatangani kontrak baru.

Arsenal meletakkan harga £80 juta kepada penyerang sensasi dari Chile ini. Beberapa minggu lalu Bayern memberitahu yang mereka tidak akan terdesak untuk membeli Sanchez dengan harga tidak masuk akal.

Bayern Munich seakan-akan sudah menamatkan minat ke atas Sanchez dengan menandatangani James Rodriguez dari Real Madrid.

Buat masa ini, City adalah kelab yang berpotensi untuk mendapatkan Sanchez dengan kuasa beli yang sangat tinggi. Pep Guardiola tidak mahu bersembunyi akan hasrat beliau untuk bergabbung semula bersama Sanchez jika ada peluang.

Namun begitu Arsene Wenger sudah memberitahu yang Arsenal tidak akan menjual pemain utama mereka ke kelab seteru di EPL. Ini kerana langkah itu hanya akan membantu menguatkan pasukan seteru.

ST ALBANS, ENGLAND – MARCH 07: Arsenal manager Arsene Wenger talks to Alexis Sanchez before a training session at London Colney on March 7, 2016 in St Albans, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Alexis Sanchez cemerlang musim lalu bersama dengan pasukan Arsenal. Di peringkat kebangsaan beliau membantu Chile mara sehingga ke final Piala Konfederasi 2017.

Bercakap kepada wartawan sukan di Radio Sukan Chile, Sanchez memberitahu yang beliau mahu beraksi dalam UCL. Beliau berkata:

“Saya mahu bermain di UCL. Namun keputusan ini bukan di tangan saya seorang, saya harus menunggu keputusan pihak Arsenal juga.”

“Idea saya adalah saya mahu bermain dan memenangi UCL. Ia adalah impian saya sejak saya kanak-kanak lagi.”

Sumber

Metro – http://metro.co.uk/2017/07/15/alexis-sanchez-finally-admits-he-wants-arsenal-transfer-exit-6782369/#ixzz4mw1ciO6Q

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram