Alexandre Lacazette Mahu Antoine Griezmann Ikut Jejak Langkahnya Ke Arsenal

Alexandre Lacazette

Penyerang baru Arsenal, Alexandre Lacazette berharap hubungan rapatnya dengan bintang Perancis, Antoine Griezmann dapat meyakinkan rakan senegaranya itu untuk mengikuti jejak langkahnya menyertai Arsenal.

Penjaring 4 gol dalam Liga Perdana Inggeris ini mengatakan yang beliau akan meminta pemain Atletico Madrid itu untuk memeterai perjanjian untuk beraksi di Stadium Emirate.

Sebelum ini Griezmann dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester United pada jendela perpindahan yang lalu, namun beliau memilih untuk kekal di Madrid selepas menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2022.

Walaupun sudah memperbaharui kontrak bersama kelabnya, Lacazette masih mengharapkan agar dapat memujuk rakannya itu untuk mewujudkan gandingan mantap di London.

”Jika beliau melawat saya di London, saya akan memintanya untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal,” kata Lacazette kepada majalah Match of the Day.

”Kami adalah sahabat baik dan banyak keseronokan kami bersama. Nama samaran kami antara satu sama lain adalah Griezzy dan Lacaz.”

Alexandre Lacazette and Antoine Griezmann of France during a training session at Centre National du Football on May 29, 2017 in Clairefontaine, France. ( Photo by Andre Ferreira / Icon Sport )

Sementara itu ketika ditanya samada pemain manakah yang akan dipilih oleh beliau dalam permainan video FIFA 18, beliau tidak melupakan sahabat baiknya itu dan seorang lagi pemain dari Perancis yang juga rakan sepasukannya di Lyon.

”Saya memilih Griezmann dan Corentin Tolisso,” kata pemain berusia 26 tahun itu. ”Seperti di FIFA Ultimate Team, ”kami mempunyai persefahaman yang baik dan tidak perlu bercakap untuk memahami pergerakan antara satu sama lain ketika di padang. Saya sudah lama mengenali mereka.”

Walaupun baru sahaja berhijrah dari Lyon ke Arsenal, Lacazette sudah mula menunjukkan beliau berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan di London apabila berjaya menyumbat 4 gol setakat ini dalam kempen liga.

”Saya menyukai London tetapi cuacanya kurang hebat! Saya kini sedang mempelajari bahasa Inggeris. Ada yang minta saya mengelakkan dari memakan makanan Inggeris kerana ianya kurang baik buat pemain bola sepak,” jelas beliau sambil ketawa.

Sumber :

FourFourTwo (2017) – https://www.fourfourtwo.com/news/im-going-ask-griezmann-sign-arsenal-lacazette

Goal (2017) – http://www.goal.com/en/news/im-going-to-ask-griezmann-to-sign-for-arsenal-lacazette/fw9pgohxn3g1nale5zbfn1p0

The Sun (2017) – https://www.thesun.co.uk/sport/football/4594699/arsenal-transfer-news-alexandre-lacazette-antoine-griezmann/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN