Alexandre Lacazette Dedahkan Mengapa Dirinya Bergelut Untuk Jaringkan Gol Di EPL

Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette memahami bahawa tugas beliau untuk menyamai pencapaian jaringan yang diciptanya ketika di Ligue 1 adalah satu perkara yang tidak mudah untuk dilakukan.

Lacazette turut mengakui beliau bergelut untuk menjaringkan banyak gol sepertimana dilakukannya ketika di Lyon pada musim lepas.

Bekas pemain Olympique Lyon itu telah menandatangani kontrak bersama Arsenal pada musim panas yang lalu dengan menjadikan pembelian beliau sebagai rekod pembelian termahal buat The Gunners bernilai hampir £52.7 juta walaupun Paris Saint-Germain (PSG) turut berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Perancis ini.

Walaupun mengakui bergelut untuk menjaringkan banyak gol di Liga Perdana Inggeris (EPL), pemain berusia 26 tahun itu berjaya menyesuaikan diri dengan cepat apabila berjaya menjaringkan empat gol dalam tujuh penampilan dalam perlawanan liga.

”Saya akan mencuba yang terbaik untuk mencapai apa yang sangat kecapi di Perancis tetapi disini agak berbeza dimana ketika di Perancis, saya hampir beraksi di kesemua perlawanan Lyon,” kata Lacazette. ”Disini pengurus akan menggilirkan pemain untuk mengekalkan kecergasan dan kesegaran pemain untuk Liga Perdana.”

”Saya akan mencuba yang terbaik bagi menjaringkan banyak jaringan tetapi ini merupakan musim pertama saya, jadi semuanya masih baru.”

”Saya mahu menyelesaikannya dan membalas kembali keyakinan yang telah diberikan kepada saya.”

Ketika penggiliran yang dilakukan membuatkan kemampuan beliau sedikit terhad, pemain tersebut turut mengakui kepantasan dan permainan fizikal dalam saingan EPL yang sangat tinggi berbanding di Ligue 1.

Alexandre Lacazette
Alexandre Lacazette of Lyon celebrate his goal during the Ligue 1 match between Olympique Lyonnais and OGC Nice at Stade des Lumieres on May 20, 2017 in Decimes, France. (Photo by Romain Lafabregue/Icon Sport)

”Perbezaan yang ketara adalah corak permainan di Liga Perdana Inggeris lebih bersifat fizikal. Kepantasan permainan juga sangat berbeza. Kini saya sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan ‘play box to box’.”

”Ianya bergerak dengan pantas membuatkan anda tidak mempunyai masa untuk berfikir tentang pergerakan seterusnya.”

Alexandre Lacazette turut mendedahkan bahawa beliau hanya mahu beraksi untuk Lyon sekiranya beraksi di Perancis dan tidak akan bermain dengan pasukan lain termasuk PSG yang meminatinya.

”Di Perancis, saya hanya akan bermain untuk Lyon,” kata beliau kepada RMC Sport.

”PSG akan membantu meningkatkan prestasi saya kerana mereka mempunyai pemain nama-nama besar tetapi saya mahu beraksi di liga negara lain.”

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-gb/news/lacazette-still-adjusting-to-life-in-the-premier-league/2s7bt5yy0sbk1ovl0dr9o0vvh

Evening Standard (2017) https://www.standard.co.uk/sport/football/alexandre-lacazette-reveals-he-turned-down-psg-before-signing-for-arsenal-a3650851.html

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN