Alex Telles: Saya Datang Ke Manchester United Untuk Bermain

Alex Telles

Pemain bek kiri Manchester United, Alex Telles tanpa berselindung mengakui beliau berhijrah ke kelab tersebut untuk menikmati lebih minit perlawanan berbanding yang sedang dinikmatinya pada ketika ini.

Menyertai United pada jendela perpindahan musim panas lalu dari FC Porto, Telles hanya beraksi pada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dilihat Luke Shaw lebih menjadi pilihan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer di kesebelasan utama.

Pemain kelahiran Brazil itu bagaimanapun tidak kecewa dengan apa yang sedang dihadapi, sebaliknya memuji aksi cemerlang ditampilkan rakan seposisinya, Shaw pada ketika ini dalam menjadi tunjang di jentera pertahanan The Red Devils.

Beliau juga berpendapat perkembangan ini memberikan kelebihan buat Manchester United untuk memilih pemain berkualiti bagi mengisi posisi tersebut.

”Saya sangat bersedia untuk beraksi. Saya juga begitu gembira melihat persembahan yang dipamerkan oleh Luke dan kerja keras ditampilkannya.”

”Saya datang ke sini untuk beraksi. Dan kedua-dua kami, saya dan Luke sangat meningkat bersama-sama, di dalam latihan dan ketika perlawanan. Saya juga pernah bermain dan mempamerkan aksi yang bagus.”

”United mendapat untung daripada perkara ini. Kerana kami menang dengan memiliki pemain yang bagus. Dan sekiranya saya diperlukan untuk beraksi, saya bersedia, memberikan fokus dan bersedia untuk beraksi.”

”Dan sekali lagi saya ulang di mana saya benar-benar gembira untuk Luke Shaw, dengan persembahan dan sumbangan hebat diberikannya,” ujar Telles menurut laporan dikeluarkan Goal.

Luke Shaw turut beraksi sepenuh masa pada aksi Piala FA bertemu Liverpool awal pagi tadi di Old Trafford yang menyaksikan Manchester United mencatatkan kemenangan 3-2 di mana Telles berada di bangku simpanan.

Kredit featured image: Stuart Franklin/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Alex Telles dan Luke Shaw:

RASMI: United Ikat Alex Telles, Smalling Sah Ke Roma

Luke Shaw: Kami Perlu Julang Piala, Bukan Hanya Fokus Kelompok Empat Teratas

Romelu Lukaku: Luke Shaw Pemain Terbaik Manchester United Musim Ini

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

  • Aku rasa ole patut buat rotation utk diorg berdua ni. Kalau tak boleh 50 50, 35 65 pun okay dah… jangan sikit sangatah. Berkarat kang salah sorg

Leave a Reply