“Alex Jaga Team, Budak Kita Elok-Elok” – ‘Pass Over’ Tugas Baddrol Bakhtiar Yang Berlaku Dalam Kereta Myvi

Baddrol Bakhtiar Kedah 2021 last

Sudah empat hari berlalu, masih tiada penghargaan khas daripada Kedah Darul Aman FC terhadap lagenda hidup mereka, Baddrol Bakhtiar yang meninggalkan mereka untuk menyertai Sabah FC, musim depan.

Kami sedar akan kritikan yang diterima atas artikel ‘Di Mana Penghargaan Kedah Yang Lebih Istimewa Untuk Baddrol Bakhtiar?‘, disebabkan laman Facebook KDA FC yang berkata akan ada satu siri slot khas artikel dan video buat Baddrol Bakhtiar bermula esok – yang mana sudah tiga hari berlalu dan masih tiada perkembangan.

Di Mana Penghargaan Kedah Yang Lebih Istimewa Untuk Baddrol Bakhtiar?

 

Bezanya, mereka ‘published’ awal beberapa jam sahaja daripada artikel Semuanya BOLA itu. Artikel tersebut disiapkan awal oleh penulis, namun biasalah, proses untuk editing daripada pihak editor menyebabkan artikel itu terlewat untuk diterbitkan – walaupun ia bukanlah isu besar tetapi menjadi isu akibat posting ‘awal’ KDA FC.

Tiga hari berlalu, masih tiada apa-apa buat Baddrol Bakhtiar. Sewajarnya, apabila pemain itu meninggalkan pasukan, ketika itulah sentimen perpisahan wajar disentuh. Apatah lagi pemain yang sudah 16 tahun menabur baktinya. Lihat sahaja bagaimana Selangor FC beri penghargaan buat Ifedayo Olesegun dan Syahmi Safari.

Adakah Kedah tak sangka Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan pasukan? Jelas, mereka tidak bersedia.

Ini kerana, menurut portal Cakap Sukan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya menanti pemain itu selesai tugasan skuad kebangsaan sebelum membuka meja perbincangan.

Dalam pada itu, satu perkongsian menarik daripada penyokong tegar Kedah, MHazriq Fahimy Abdullah sekali lagi berkongsi antara detik terakhir mereka bersama Baddrol Bakhtiar dalam kereta, pulang dari Johor ke Kedah sejurus berakhirnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2021, berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini beliau pernah berkongsi ‘hint’ awal penghijrahan kapten lagenda mereka itu dengan postingnya.

Menurutnya, Baddrol Bakhtiar dan Azamuddin Akil telah tumpang ‘rombongan’ mereka untuk pulang ke Kedah lebih awal daripada pasukan yang akan pulang sehari kemudian, akibat keluarga yang memerlukan mereka segera berada di sisi. Sebagaimana yang kita tahu, Baddrol Bakhtiar baru menimang cahaya mata.

“Hazriq, Alex tumpang sorang lagi.” Begitulah hantaran Whatsapp daripada Baddrol Bakhtiar kepadanya menyaksikan mereka akan ‘berhimpit’ lima orang dalam kereta Myvi untuk pulang dari Johor ke Kedah. Baginya, ia bukanlah masalah, tetapi rasa sangat teruja, dua lagenda akan berada satu kereta dengan mereka.

Ikuti perkongsian Hazriq Fahimy mengenai erti tanggungjawab dan pengorbanan dua pemain ternama ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN